08/08/2026
πππ ππππππ ππππ ππππ: πππππππ πππππππππ, πππππππππ ππππππππ πππππππ ππππππππ ππππππππππ ππππππ πππππππππ, πππππππππ
Ayer Molek, 8 Ogos 2026 - Seramai 12 orang peserta, terdiri daripada tujuh orang delegasi Politeknik Negeri Bengkalis, Indonesia dan lima orang pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) (DJK), Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Melaka, telah menyertai PSR Solar Lighting & Smart Security Community Enhancement Project di Pondok Turath Ar-Rahmah, Solok Gaung, Melaka.
Program anjuran JKE ini memberi fokus kepada peningkatan aspek pencahayaan dan keselamatan komuniti pondok melalui pemasangan lampu solar dan kamera keselamatan (CCTV) berkuasa solar, selain pemeriksaan lokasi, pengujian sistem serta perkongsian ilmu berkaitan teknologi solar.
Inisiatif ini bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti pondok, malah menjadi platform pembelajaran praktikal serta pengukuhan kerjasama antarabangsa TVET antara Politeknik Melaka dan Politeknik Negeri Bengkalis. Program ini turut mencerminkan komitmen JKE dalam menyantuni komuniti melalui penerapan teknologi yang lestari, selamat dan berimpak tinggi.
Kredit kepada Politeknik Melaka - Rasmi ππΌ