Teknopenmelaka

Call Directions Website

Teknopenmelaka SSTP memberi penekanan kepada gerak kerja SSTP dalam menangani pembelajaran abad ke 21

πŸ“Ί Siaran DidikTV Kementerian Pendidikan MalaysiaSukses Matriks Pembelajaran Tahun 4  (MPT4)Bahasa Melayu (Bahagian A dan...
19/09/2026

πŸ“Ί Siaran DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia

Sukses Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4)
Bahasa Melayu
(Bahagian A dan B)

Jangan lepaskan peluang bersama Cikgu Rahimah Yaacob, GPK HEM, SK Kelebang Besar, Melaka, dalam slot Sukses MPT4 Bahasa Melayu (Bahagian A dan B) yang padat dengan ilmu dan menarik!

πŸ—“οΈTarikh: Isnin, 21 September 2026
⏱️Masa: 8.00 pm – 8.30 pm
πŸ“ΊSaluran: DidikTV KPM (Astro 147 | unifiTV 147 | MyFreeview 107)

Jom kita saksikan bersama-sama!πŸ₯°

πŸ’‘ Teruskan belajar, di mana sahaja anda berada β€” hanya di DidikTV KPM, saluran rasmi pendidikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.










19/09/2026

πŸ“š 10 Tesis Pilihan : KEPIMPINAN PENGETUA DALAM TRANSFORMASI DIGITAL & INOVASI PENDIDIKAN

Koleksi kali ini menampilkan 10 tesis pilihan berkaitan Kepimpinan Pengetua dalam Transformasi Digital & Inovasi Pendidikan yang merangkumi kajian tentang kepimpinan teknologi, kepimpinan transformasi, kepimpinan instruksional, kepimpinan inovasi, kompetensi digital guru serta pengintegrasian teknologi dalam pengajaran.

πŸ“Œ Dapatkan tesis ini di Perpustakaan KPM

Perbadanan Kota Buku dengan sukacitanya mengundang wanita-wanita ke Pertemuan Kedua Kelab Perempuan Membaca.Daftar sekar...
18/09/2026

Perbadanan Kota Buku dengan sukacitanya mengundang wanita-wanita ke Pertemuan Kedua Kelab Perempuan Membaca.

Daftar sekarang dengan mengimbas kod QR pada poster atau melalui pautan berikut:

πŸ”— https://forms.gle/ztw6ofzb8WfcZ6w26

Luangkan satu jam untuk menelusuri kisah wanita yang telah meninggalkan jejak dalam sejarah. Jangan lupa untuk bawa bersama sebuah buku berkaitan dengan tema "Perempuan dalam Sejarah" yang dekat di hati anda.

Marilah kita membaca, bertukar pandangan dan menghidupkan kembali kisah-kisah wanita yang wajar dikenali oleh generasi hari ini.

Ayuh, teruskan perjalanan "12 Bulan, 12 Bab Kehidupan Seorang Perempuan"

Kami menanti kehadiran anda untuk berkongsi dan meraikan kisah wanita yang telah membentuk sejarah.

Jumpa anda pada 19 September 2026!
❀️❀️

πŸ—“οΈ Tarikh Tutup Penyertaan: 25 September 2026Cara Penyertaan Mudah:1️⃣ Hasilkan video naratif berdurasi 3–5 minit .2️⃣ P...
18/09/2026

πŸ—“οΈ Tarikh Tutup Penyertaan: 25 September 2026

Cara Penyertaan Mudah:
1️⃣ Hasilkan video naratif berdurasi 3–5 minit .
2️⃣ Perkenalkan diri lengkap di awal video.
3️⃣ Muat naik video, borang penyertaan & salinan Kad OKU JKM ke pautan seperti tertera di poster.

Tunjukkan kepada dunia potensi dan kekuatan kisah anda! Jangan tunggu minit terakhirβ€”hantar karya anda sekarang! πŸš€

πŸ”— Hantar Penyertaan di sini: https://forms.gle/CfAFABALgzcXZNW38

πŸ“² Imbas Kod QR tertera di poster untuk borang & syarat pertandingan

PT3 Aeroskills Centre menawarkan program: SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) TAHAP 3Pemasangan Komponen & Struktur PesawatKo...
18/09/2026

PT3 Aeroskills Centre menawarkan program:

SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) TAHAP 3
Pemasangan Komponen & Struktur Pesawat
Kod Program: C282-002-3:2019

πŸ“† Penyertaan dibuka: 14 September 2026 (Isnin)πŸ“† Penyertaan ditutup: 30 September 2026 (Rabu), 11.59 malamπŸ’» Penyertaan: P...
18/09/2026

πŸ“† Penyertaan dibuka: 14 September 2026 (Isnin)
πŸ“† Penyertaan ditutup: 30 September 2026 (Rabu), 11.59 malam
πŸ’» Penyertaan: Percuma dan secara dalam talian
🏫 Terbuka kepada: Murid Tingkatan 1 hingga 5 sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan seluruh Malaysia

PENYERTAAN DAN PENGHANTARAN

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfgTf5ebIOVQwx1DYM7YJrgl_OLCkGIZ1qNVNQQRRTuRWXMGg/viewform

SYARAT PERTANDINGAN & MAKLUMAT LANJUT

https://drive.google.com/file/u/1/d/1f-0ieE3nKgYbt2WTS8GR-fqH_e4OZzAI/view?usp=sharing

Jom..
18/09/2026

Jom..

iPad Creative Challenge Series 2026 Peringkat Kebangsaan Setinggi-tinggi tahniah kepada pemenang dari Negeri Melaka 🏫 Ka...
17/09/2026

iPad Creative Challenge Series 2026 Peringkat Kebangsaan

Setinggi-tinggi tahniah kepada pemenang dari Negeri Melaka

🏫 Kategori Sekolah Rendah

πŸ… Saguhati
SK Jeram, Masjid Tanah
Lutfil Hadi bin Muhammad Zaid

🏫 Kategori Sekolah Menengah

πŸ… Saguhati
SMK Bukit Rambai
Nur Afiqah Damia binti Mohd Azman

πŸ… Saguhati
SMK Bukit Rambai
Sarah Auni binti Khairul Amzari

Syabas dan tahniah kepada murid, guru pembimbing, pihak sekolah serta semua yang terlibat atas usaha dan komitmen sehingga berjaya mencipta pencapaian di peringkat kebangsaan.




Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan dari SMK Sungai Udang dan SK Sungai Udang atas kejayaan cemerlang dalam...
15/09/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan dari SMK Sungai Udang dan SK Sungai Udang atas kejayaan cemerlang dalam Cabaran Digital Storytelling Animation (DSTA) Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 yang berlangsung pada 13 hingga 15 September 2026 di SSTP Kedah. Program ini adalah di bawah Program Pemerkasaan Pendidikan Digital Murid (PPPDM), Kementerian Pendidikan.

Pencapaian membanggakan yang diraih adalah seperti berikut:

Kategori Sekolah Rendah (3D/Stop Motion)
πŸ₯‡ Johan - SK Sungai Udang

Kategori Sekolah Menengah (3D/Stop Motion)
πŸ₯‰ Tempat Ketiga - SMK Sungai Udang

Kejayaan ini membuktikan potensi, kreativiti dan kompetensi digital murid Melaka yang mampu bersaing dengan cemerlang di peringkat kebangsaan.

Syabas dan tahniah juga kepada guru pembimbing, pihak pentadbir sekolah serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan sokongan.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga pendidikan negeri Melaka untuk terus memperkasa pendidikan digital dan mencungkil lebih ramai bakat murid.

Jadual Harian Rancangan DidikTV KPM (Selasa - 15 September 2026)
15/09/2026

Jadual Harian Rancangan DidikTV KPM (Selasa - 15 September 2026)

Address

Ayer Molek

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Teknopenmelaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share