Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan - FTKMP

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan - FTKMP

Share

The Official Page of Faculty Of Mechanical & Manufacturing Engineering Technology, Universiti Teknik

Faculty of Mechanical and Manufacturing Engineering Technology (FTKMP) was established on 1 July 2018, inconsistent with the objectives of the establishment of Technical Universities under the Malaysian Technical University Network (MTUN) which aims to educate and train highly skilled manpower to contribute to the advanced industrial countries (world-class industrial nation), and a catalyst for na

Photos from Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan - FTKMP's post 14/09/2023

PENSTRUKTURAN SEMULA FAKULTI KEJURUTERAAN DAN FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN DI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

FTK DALAM KENANGAN 11 APRIL 2011 - 14 SEPTEMBER 2023.

Photos from Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan - FTKMP's post 14/09/2023

TAHNIAH KEPADA PELAJAR DAN STAF FTKMP ATAS PENGANUGERAHAN 'MACRA TOP STUDENT AWARD 2023'

8 September 2023 - MALAYSIAN AIR-CONDITIONING & REFRIGERATION ASSOCIATION (MACRA) merupakan satu badan bukan kerajaan NGO yang dianggotai oleh pemain industri dan orang perseorangan dalam bidang penyamanan udara dan penyejukbekuan – HVAC di Malaysia.

Dua orang pelajar bagi Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuteraan (Sistem Penyejukan dan Penyaman Udara) (BMMH) iaitu Chew Jun Kai dan Program Sarjana Muda Teknologi Penyaman Udara dan Penyejukan Dengan Kepujian (BMMS), Muhammd Ariz Amsyar Mohd Jafri menerima ‘Top Student Award 2023’ di bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre yang mana berlangsung 2nd Air-Conditioning, Refrigeration & Ventilation Expo, Malaysia (MARVEX) 2023.

Selain itu, dalam Pertandingan Anugerah 3rd MIDEA International HVAC Design Contest kali 2023 bagi kategori pelajar, Muhammad Ariz Amsyar, Muhamad Aiman Syahir, Noraiman Naim bin Che Ibrahim dan Muhammad Asy-Syakir masing-masingnmembawa pulang sijil dan wang tunai berjumlah RM500.00. Manakala Pn Siti Nor’ain binti Mokhtar, Jurutera Pengajar Kanan dari FTKMP juga membawa pulang RM1500 dan sijil bagi ketegori professional dalam pertandingan sama.

Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh Presiden MACRA, Peter Tan Chin Wah yang mewakili MACRA.

Untuk makluman, MACRA adalah persatuan yang menaungi individu, syarikat, dan pemain industri bidang ACMV di Malaysia. Terdapat lebih 200 syarikat bernaung di bawah MACRA.

Pada majlis ini juga, MACRA turut memberi penghargaan kepada pelajar cemerlang bagi institusi yang melahirkan tenaga mahir dan professional TVET dalam bidang penyamanan udara dan penyejukbekuan - HVAC dari aspek akademik dan juga ko-kurikulum.

MENJAJAR UNIVERSITI, MELONJAK KE HADAPAN.

12/09/2023

FTKMP jalin kerjasama strategik dengan CARSOME Academy pindah kepakaran dan teknologi.

30/08/2023

“Merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah didapati, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan”.
—Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri Malaysia Pertama

Dari Kelantan Ke Negeri Melaka,
Singgah Berehat di Pekan Kuantan,
Sudah 66 Tahun Malaysia Merdeka,
Hidup Aman Tiada Keperitan.

Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-66 dan Hari Malaysia buat negaraku Malaysia tercinta. Semoga negara kita terus aman, sentosa dan harmoni. Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.

"Menjajar Universiti, Melonjak Ke Hadapan"

Photos from Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi UTeM's post 30/08/2023
Photos from Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan - FTKMP's post 25/08/2023

24 Ogos | Bersempena Program Mobiliti Inbound Pelajar Universiti Ahmad Dahlan (UD) Indonesia di UTeM, telah diadakan Program Khidmat Masyarakat / CSR di Kampung Morten Melaka.

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pelajar UD berkaitan cara hidup dan budaya masyarakat Melayu di negeri ini.

Terima kasih diucapkan kepada JPKK Kampung Morten yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Menjajar Universiti, Melonjak Ke Hadapan.

Photos from Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan - FTKMP's post 24/08/2023

24 Ogos | Pagi tadi telah berlangsung aktiviti membersihkan Sungai Melaka melibatkan pelajar FTKMP, pelajar Universitas Malang (UM) dan Universitas Brawijaya (UB) dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM).

Aktiviti ini merupakan sebahagian pengisian program yang dirancang bersempena Program Mobiliti Pelajar UM dan UB ke UTeM.

Dekan FTKMP, Profesor Ts. Dr. Effendy bin Mohamad berkata, pihaknya membersihkan kawasan sekitar Sungai Melaka bagi mewujudkan kesedaran mengenai kebersihan dan kepentingan sumber alam dikalangan pelajar.

Katanya, program ini juga merupakan komitmen UTeM untuk membantu usaha kerajaan negeri menjadikan kawasan tumpuan pelancong sentiasa bersih sepanjang masa.

Tambah beliau, penglibatan pelajar dari luar secara tidak langsung dapat mempromosikan keindahan Sungai Melaka sebagai salah satu tempat pelancongan di negeri ini.

Pihak UTeM merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak PPSPM yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan program ini.

'MENJAJAR UNIVERSITI, MELONJAK KE HADAPAN'

24/08/2023

𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇!

𝐒𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢-𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐟𝐞𝐬𝐨𝐫 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐓𝐬. 𝐃𝐫. 𝐌𝐚𝐬𝐬𝐢𝐥𝐚 𝐊𝐚𝐦𝐚𝐥𝐫𝐮𝐝𝐢𝐧 𝐍𝐚𝐢𝐛 𝐂𝐚𝐧𝐬𝐞𝐥𝐨𝐫 𝐔𝐓𝐞𝐌 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐃𝐚𝐫𝐣𝐚𝐡 𝐌𝐮𝐥𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚 (𝐃.𝐌.𝐒.𝐌).

𝐃𝐚𝐫𝐣𝐚𝐡 𝐌𝐮𝐥𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐠𝐞𝐥𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐃𝐀𝐓𝐔𝐊 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐚𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐉𝐚𝐝𝐢 𝐊𝐞-𝟕𝟒 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐓𝐮𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚 (𝐃𝐫) 𝐇𝐣 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐀𝐥𝐢 𝐛𝐢𝐧 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐑𝐮𝐬𝐭𝐚𝐦, 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢-𝐏𝐞𝐫𝐭𝐮𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐩 𝐂𝐚𝐧𝐬𝐞𝐥𝐨𝐫 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤𝐚𝐥 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚.

Naib Canselor UTeM Prof Ts Dr Massila Kamalrudin

23/08/2023

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran TYT Tun Canselor.

Semoga TYT Tun dan keluarga dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dan dilimpahi rahmat oleh Nya.

Menjajar Universiti, Melonjak Ke Hadapan.

Photos from Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan - FTKMP's post 23/08/2023

23 OGOS | LAWATAN PELAJAR PROGRAM ASASI TVET POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA KE FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN (FTKMP).

SEMOGA LAWATAN INI AKAN MEMBERI INPUT DAN MANFAAT KEPADA SEMUA PELAJAR.

MENJAJAR UNIVERSITI, MELONJAK KE HADAPAN

22/08/2023

Sempena cuti semester dan ketiadaan proses PnP di fakulti, kami ingin mengajak rakan-rakan semua untuk mengamalkan penjimatan tenaga.
Jom bersama kita amalkan. Sila pastikan langkah-langkah penjimatan elektrik dan punca air telah ditutup.
Kerjasama semua warga FTKMP amatlah dihargai.

Want your school to be the top-listed School/college in Ayer Keroh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Jalan TU 43 Taman Tasik Utama
Ayer Keroh
75450

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00