Sekolah Rendah Islam I-Musleh Melaka

Directions Website

Sekolah Rendah Islam I-Musleh Melaka Premis Sementara
No.25-2,Jalan TU 49A, Kompleks Komersial Boulevard, 75450 Melaka.

'Ke Arah Pembentukan Generasi Soleh wa Musleh'

Maklumat lanjut, sila hubungi:

email: [email protected]

Lokasi:
GPS - 2.266331, 102.305875

Sila baca Soalan Lazim Mengenai SRiM di bahagian Notes.

24/09/2026

πŸ‘€ CAN YOU HANDLE THE CHALLENGE? πŸ”₯

26 September 2026
THE ADVENTURE BEGINS πŸ•οΈπŸŒΏ

MUKHAYYAM KHARIJI 2026
COMING SOON ⏳πŸ”₯

#

πŸ“’ JAWATAN KOSONG | GURU GANTI AKADEMIKSekolah Rendah Islam I-Musleh membuka peluang kepada calon yang berminat untuk men...
23/09/2026

πŸ“’ JAWATAN KOSONG | GURU GANTI AKADEMIK

Sekolah Rendah Islam I-Musleh membuka peluang kepada calon yang berminat untuk menyertai keluarga I-Musleh sebagai Guru Ganti Akademik.

πŸ“š Subjek:
β€’ Bahasa Melayu Tahap 1
β€’ Bahasa Inggeris Tahap 1
β€’ PJK Tahap 1

⏳ Tempoh: 3 bulan
πŸš€ Boleh mula dengan segera!
πŸ“… Tarikh tutup: 25 September 2026

πŸ“© Hantar permohonan: [email protected]
πŸ“± Pertanyaan: 019-6313522

Jom jadi sebahagian daripada keluarga I-Musleh β€” mendidik dengan iman, menginspirasi dengan ihsan. πŸ’š

With Himmah, we strive. With Najah, we thrive πŸŽ‰
23/09/2026

With Himmah, we strive.
With Najah, we thrive πŸŽ‰

πŸ“Œ TAHNIAH ALUMNI SRIIM! MUHAMMAD HAMIZAN DINOBATKAN PEMBAHAS TERBAIK & JOHAN DEBAT MRSM BAHASA ARAB PIALA TIMBALAN PERDA...
22/09/2026

πŸ“Œ TAHNIAH ALUMNI SRIIM! MUHAMMAD HAMIZAN DINOBATKAN PEMBAHAS TERBAIK & JOHAN DEBAT MRSM BAHASA ARAB PIALA TIMBALAN PERDANA MENTERI 2026 πŸ†πŸŒŸ

(Gambar ehsan daripada MRSM Gemencheh)

MRSM Sekolah Rendah Islam I-Musleh Melaka (SRIIM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan rasa bangga kepada Alumni SRIIM Generasi ke-8 (2022), Muhammad Hamizan bin Mohd Hanif, atas kejayaan cemerlang dalam Pertandingan Debat Bahasa Arab Piala Timbalan Perdana Menteri 2026.

Menerusi pertandingan tersebut, pasukan MRSM Gemencheh telah berjaya dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Debat Bahasa Arab Piala Timbalan Perdana Menteri 2026.

Lebih membanggakan, Muhammad Hamizan turut dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik, sekaligus menyerlahkan keupayaan beliau dalam penguasaan bahasa, kemahiran berhujah, pemikiran kritis serta komunikasi berkesan.

Pencapaian ini bukan sahaja menjadi kebanggaan buat keluarga dan MRSM Gemencheh, malah turut mengharumkan nama SRIIM sebagai alma mater yang terus melahirkan generasi berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.

Kejayaan Muhammad Hamizan membuktikan bahawa kecemerlangan alumni SRIIM terus mekar dalam pelbagai bidang, termasuk akademik, komunikasi, kepimpinan dan penguasaan bahasa.

Seluruh warga SRIIM mengucapkan tahniah dan syabas kepada Muhammad Hamizan serta pasukan MRSM Gemencheh atas pencapaian yang membanggakan ini.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh murid SRIIM untuk terus berusaha, mengembangkan potensi diri dan melakar kejayaan di peringkat yang lebih tinggi.

Teruskan melakar kejayaan, Alumni SRIIM!
Dari SRIIM, melangkah lebih jauh.

πŸ•οΈπŸ”₯ MUKHAYYAM KHARIJI 2026 | CABAR DIRI, BINA JATI DIRI! 🌿πŸ’ͺ🏻Are you ready, SRIIM? 😎πŸ”₯Satu hari. Pelbagai cabaran. Seribu ...
22/09/2026

πŸ•οΈπŸ”₯ MUKHAYYAM KHARIJI 2026 | CABAR DIRI, BINA JATI DIRI! 🌿πŸ’ͺ🏻

Are you ready, SRIIM? 😎πŸ”₯
Satu hari. Pelbagai cabaran. Seribu satu pengalaman! ✨

Mukhayyam Khariji 2026 kembali dengan pengalaman yang bakal menguji disiplin, keberanian, kepimpinan, kerjasama dan ketahanan diri murid Tahun 4, 5 & 6 🫑

πŸ“… 26 September 2026 | Sabtu
⏰ 8.00 pagi – 4.15 petang
πŸ“ Dataran Perhimpunan SRIIM
πŸ‘€ Murid Tahun 4, 5 & 6

🎯 Misi kali ini?
πŸ”₯ Berani menghadapi cabaran
🀝 Kukuhkan semangat berpasukan
πŸ’ͺ🏻 Bina ketahanan diri
🫑 Bentuk disiplin dan kepimpinan
❀️ Semai akhlak mulia dan ukhuwah

β€œBerdisiplin Dalam Tindakan, Bersatu Dalam Cabaran, Teguh Dalam Perjuangan.”

πŸ“Œ KARNIVAL SEGAK 2026 FASA DUA TERUS SEMARAKKAN BUDAYA HIDUP SIHAT DI SRIIMKhamis, 17 September 2026 – Sekolah Rendah Is...
20/09/2026

πŸ“Œ KARNIVAL SEGAK 2026 FASA DUA TERUS SEMARAKKAN BUDAYA HIDUP SIHAT DI SRIIM

Khamis, 17 September 2026 – Sekolah Rendah Islam I-Musleh Melaka (SRIIM) sekali lagi memperkukuh usaha membudayakan gaya hidup sihat melalui pelaksanaan Karnival SEGAK 2026 Fasa Dua yang melibatkan murid Tahun 4, 5 dan 6.

Program yang dikendalikan oleh guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) SRIIM ini merupakan kesinambungan kepada pelaksanaan SEGAK Fasa Satu, dengan memberi penekanan terhadap tahap kecergasan fizikal serta kesedaran murid terhadap kepentingan penjagaan kesihatan diri.

Sepanjang karnival berlangsung, murid telah menjalani beberapa Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang merangkumi tekan tubi, ringkuk separa, jangkauan melunjur, pengukuran tinggi dan timbangan berat badan.

Pelaksanaan ujian ini bukan sahaja membantu murid mengetahui tahap kecergasan fizikal masing-masing, malah menjadi medium pendidikan untuk membentuk kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal, pemakanan seimbang dan amalan hidup sihat secara berterusan.

Suasana karnival yang ceria, aktif dan penuh semangat turut memperlihatkan kesungguhan murid dalam menyertai setiap aktiviti yang dijalankan, di samping komitmen guru-guru PJPK dalam memastikan program berlangsung dengan lancar dan teratur.

Selaras dengan slogan β€œSegak Hari Ini, Sihat Selamanya!”, pihak sekolah berharap agar amalan hidup sihat terus menjadi sebahagian daripada rutin harian murid, sekaligus menyokong pembentukan generasi yang cergas, sihat, aktif dan seimbang dari aspek fizikal, mental serta emosi.

17/09/2026

🎬✨ SATU PENTAS, DUA SAMBUTAN! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ‰

Saksikan video pendek rangkuman Majlis Penutup Sambutan Bulan Kebangsaan & Hari Keusahawanan SRIIM 2026 yang telah berlangsung pada 15 September 2026.

Terima kasih kepada seluruh warga SRIIM yang bersama-sama menjayakan program ini dan mencipta kenangan yang bermakna.

Semangat patriotik disemai, bakat digilap, jiwa usahawan dibina! πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ“Œ SATU PENTAS, DUA SAMBUTAN: SRIIM MERIAHKAN PENUTUP BULAN KEBANGSAAN & HARI KEUSAHAWANAN 2026Selasa, 15 September 2026 ...
17/09/2026

πŸ“Œ SATU PENTAS, DUA SAMBUTAN: SRIIM MERIAHKAN PENUTUP BULAN KEBANGSAAN & HARI KEUSAHAWANAN 2026

Selasa, 15 September 2026 – Sekolah Rendah Islam I-Musleh Melaka (SRIIM) melakar satu lagi detik istimewa apabila buat julung kalinya Majlis Penutup Sambutan Bulan Kebangsaan & Hari Keusahawanan 2026 digabungkan dalam satu program yang penuh warna-warni, meriah dan bermakna.

Majlis ini menjadi kemuncak kepada pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang Sambutan Bulan Kebangsaan, di samping memberi ruang kepada murid untuk mengetengahkan bakat, kreativiti dan kemahiran keusahawanan dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Antara pengisian menarik yang menceriakan majlis ialah persembahan murid yang penuh bertenaga, penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan serta pelbagai jualan yang mendapat sambutan daripada warga sekolah.

Gabungan dua program ini bukan sahaja menyemarakkan semangat cintakan negara, malah memupuk nilai berani mencuba, kreatif, bekerjasama dan berdikari dalam kalangan murid.

Suasana semakin meriah dengan kehadiran warga SRIIM yang bersama-sama memberikan sokongan dan menjayakan program, menjadikan majlis penutup ini satu kenangan manis yang mencerminkan semangat kebersamaan seluruh komuniti sekolah.

Semangat patriotik disemai, bakat digilap, jiwa usahawan dibina!

πŸ“Œ SEMANGAT MERDEKA SRIIM: KELAS PATRIOTIK & KREATIVITI MURID DIHARGAISelasa, 15 September 2026 - Sekolah Rendah Islam I-...
17/09/2026

πŸ“Œ SEMANGAT MERDEKA SRIIM: KELAS PATRIOTIK & KREATIVITI MURID DIHARGAI

Selasa, 15 September 2026 - Sekolah Rendah Islam I-Musleh Melaka (SRIIM) terus menyemarakkan semangat cintakan negara melalui pelbagai aktiviti sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026 yang berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna.

Kemuncak sambutan diteruskan dengan Majlis Penutup Sambutan Bulan Kebangsaan 2026, yang turut menyaksikan penyampaian penghargaan kepada kelas-kelas yang menunjukkan semangat patriotik serta penglibatan aktif sepanjang sambutan berlangsung.

Bagi Kategori Kelas Paling Patriotik Tahap 1, tempat pertama dimenangi oleh 3 Al Asr, diikuti 2 An Nasr di tempat kedua, 1 An Nas di tempat ketiga dan 3 Al Adiyat di tempat keempat.

Sementara itu, bagi Kategori Kelas Paling Patriotik Tahap 2, 4 Al Alaq muncul sebagai pemenang tempat pertama, diikuti 4 Al Qadr di tempat kedua, 6 Al Buruj di tempat ketiga dan 5 Al Lail di tempat keempat.

Majlis turut meraikan para pemenang Pertandingan Payung Merdeka yang mengetengahkan kreativiti murid dalam menghasilkan karya bertemakan patriotik.

Para pemenang ialah Muhammad Harraz Affan (3 Al Ala), Nur Faiqah Awatif (5 Asy Syams), Kaz Afeeyah (1 An Nas), Mariam Carissa (1 An Nas), Inara Sofea (2 An Nasr) dan Anas Syazwan (2 Al Maun).

Penyampaian penghargaan ini bukan sahaja menjadi tanda apresiasi terhadap usaha dan kreativiti murid, malah menjadi pemangkin untuk terus membudayakan nilai cinta akan negara, kerjasama, kreativiti dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga SRIIM.

Address

No. 25-2, Jalan TU 49A, Kompleks Komersial Boulevard
Ayer Keroh
75450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Rendah Islam I-Musleh Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category