08/06/2026
✨ LANGKAH BAHARU, SEMANGAT BAHARU! ✨
Sesi persekolahan kembali membuka tirainya! 📚
Selamat kembali ke sekolah buat seluruh warga Sekolah Menengah Agama i-Musleh, Ayer Keroh.
Semoga sesi kali ini membawa semangat yang lebih segar, azam yang lebih tinggi dan kejayaan yang lebih bermakna.
Mari mulakan perjalanan ilmu dengan disiplin, adab yang baik dan semangat untuk terus berkembang menjadi insan yang berilmu, berakhlak dan memimpin. 🌟
🗓️ 8 Jun 2026 | Isnin
Semangat baharu, fokus baharu, kejayaan milik kita!
01/06/2026
DAULAT TUANKU 🇲🇾
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Patik sekalian mendoakan semoga KDYMM Tuanku dikurniakan keafiatan yang berpanjangan, kesejahteraan, serta terus memayungi negara dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.
Dirgahayu Tuanku
Daulat Tuanku 🇲🇾
“Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk bagi urusan kami.”
(Surah Al-Kahfi: 10)
01/06/2026
KONTINJEN SMAIM KE UKP2026
Assalamualaikum wbt.
Mohon doa semua ibu bapa untuk 8 orang kadet KRS Musleh SMA i-Musleh Melaka yang akan menyertai Ujian Kenaikan Pangkat KRS Musleh 2026 pada 2–5 Jun 2026 di Sitiawan, Perak, bersama Muallimah Dr. Siti Adlina sebagai guru pengiring.
Kontinjen akan bertolak tengahari ini dengan bantuan sokongan serta iringan daripada En Mohd Rafi dan Puan Puspawati.
Semoga perjalanan dipermudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik serta memperoleh kejayaan cemerlang dalam ujian yang akan ditempuhi.
Selamat maju jaya buat kontinjen SMA i-Musleh Melaka! 💚🎖️💪🏻
Daripada :
GPK Kokurikulum SMAIM
01/06/2026
🌟 ANUGERAH KHAS HARI MURABBI 2026 🌟
Setiap guru hadir dengan keistimewaan tersendiri — ada yang menceriakan suasana, ada yang menjadi sumber inspirasi, ada juga yang sentiasa dekat di hati para pelajar ❤️
Sempena Sambutan Hari Murabbi yang lepas, pelbagai kategori anugerah khas telah disediakan sebagai tanda penghargaan buat para pendidik yang telah mencurahkan bakti dengan penuh dedikasi dan kasih sayang dan anugerah-anugerah ini adalah hasil pencalonan pilihan para pelajar sendiri 😁
🏆 Antara kategori anugerah yang dicalonkan ialah:
✨ Guru Paling Berdedikasi
✨ Guru Paling Sporting
✨ Guru Paling Penyayang
✨ Guru Paling Kreatif
✨ Guru Paling Sabar
✨ Guru Paling Inspirasi
✨ Guru Paling Kelakar
✨ Guru Paling Mesra Pelajar
✨ Guru Paling Berdisiplin
✨ Guru Favourite Pelajar
✨ Guru Paling Aktif
✨ Guru Ikon Sekolah
Setiap anugerah ini membawa makna tersendiri dan mencerminkan keunikan peribadi guru-guru yang sentiasa menjadi inspirasi kepada anak-anak didik.
Terima kasih pelajar-pelajar SMAiM atas pencalonan ini 😉✨
27/05/2026
🐪🐄🐐 SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H / 2026 🥩🍖🍛
Surah al-Hajj, ayat 34:
"Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadah penyembelihan (korban), supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur terhadap binatang ternak yang telah dikurniakan Allah kepada mereka..."
"Berkorban dengan keikhlasan, merayakan dengan kesyukuran."
Dalam kemeriahan sambutan Aidiladha tahun ini, marilah kita sama-sama menghayati erti pengorbanan yang sebenar.
Semoga ibadah korban kita diterima oleh-Nya dan segala amalan kita diberkati.
Kami warga SMA i-Musleh Ayer Keroh mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di seluruh negara. Maaf Zahir & Batin.
26/05/2026
✨ SAMBUTAN HARI MURABBI SMAIM 2026 ✨
"Murabbi Bitara, Nadi Pembina Ummah Rabbani"
Alhamdulillah, pada 22 Mei 2026 yang lalu, telah berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna Majlis Sambutan Hari Murabbi SMAIM sebagai tanda penghargaan buat insan bergelar pendidik yang tidak pernah jemu mencurah ilmu, membimbing serta mendidik generasi pewaris ummah.
Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan istimewa, CEO PPIM, Tuan Haji Zamzuri, yang turut bersama meraikan jasa dan pengorbanan para murabbi SMAIM.
Turut menjayakan majlis ialah barisan juri yang terdiri daripada seorang guru SRIIM serta dua orang staf PPIM bagi mengadili Pertandingan Peragaan Busana Budaya Dunia peringkat guru-guru SMAIM.
Dengan penuh warna-warni dan kreativiti, para guru tampil bergaya mengikut tema “World Culture”, manakala para murid turut menyerikan suasana dengan tema “Colour Blocking” yang ceria dan menarik.
Pelbagai aktiviti menarik telah berlangsung sepanjang majlis, antaranya:
✨ Perarakan guru-guru
🎶 Nyanyian Lagu Guru Malaysia
🤝 Bacaan Ikrar Guru Malaysia
🎤 Ucapan epilog penghargaan oleh Pengetua SMAIM
💐 Ucapan wakil guru terpilih
🌍 Pertandingan Peragaan Busana Budaya Dunia guru-guru SMAIM
🎭 Persembahan khas guru-guru lelaki
🎁Sesi Penyampaian Hadiah dan Anugerah Guru
📸 Sesi fotografi kenangan
Semoga sambutan ini menjadi simbol penghargaan atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi para murabbi dalam mendidik anak bangsa dengan penuh kasih sayang dan hikmah.
“Guru Bitara, Nadi Negara”
Terima kasih, Murabbi SMAIM! 💐
24/05/2026
🌙 SELAMAT BERCUTI PENGGAL 1 BUAT SEMUA PELAJAR SMAIM YANG DIKASIHI 🌙
Semoga cuti ini menjadi ruang untuk merehatkan diri, mengeratkan hubungan bersama keluarga, dan yang paling penting… menguatkan hubungan kita dengan Allah 💖
Jangan biarkan cuti berlalu tanpa amal. Ayuh kita isi hari-hari dengan kebaikan!
📒 Rekodkan 13 amalan harian dalam Kad Mutaba’ah Amal (atau buku catatan jika tiada):
1. ✅ Solat 5 waktu
2. ✅ Solat sunat Dhuha
3. ✅ Solat sunat Qabliyah
4. ✅ Solat sunat Ba’diyah
5. ✅ Bacaan Al-Ma’thurat
6. ✅ Bacaan Al-Quran
7. ✅ Hafazan Al-Quran
8. ✅ Bacaan Surah Al-Mulk sebelum tidur
9. ✅ Membantu ibu bapa
10. ✅ Belajar / ulangkaji
11. ✅ Riadhah (aktiviti fizikal)
12. ✅ Puasa sunat Tarwiyah, 8 Zulhijjah
13. ✅ Puasa sunat Hari Arafah, 9 Zulhijjah
✨ Ingat! Dapatkan tanda tangan ibu bapa sebelum menghantar kad laporan nanti..
Semoga kita kembali ke sekolah nanti dengan jiwa yang lebih bersih, hati yang lebih tenang, dan semangat yang lebih luar biasa 💪🌟
Selamat bercuti, jaga diri & terus istiqamah!
Sekian.
Mudirah Masitah,
Pengetua SMAiM
20/05/2026
DEBARAN KIAN TERASA: 2 HARI LAGI MENJELANG MAJLIS SAMBUTAN HARI MURABBI! ✨
Menghitung hari, hanya 2 HARI sahaja lagi sebelum kita meraikan insan-insan hebat yang tanpa jemu mendidik, membimbing, dan membentuk sahsiah anak-anak SMAIM dalam Majlis Sambutan Hari Murabbi.
“Guru Bitara, Nadi Negara”
“Murabbi Bitara, Nadi Pembina Ummah Rabbani”
Tugas seorang murabbi bukan sekadar mencurahkan ilmu di papan putih dan smartboard, malah mengukir masa depan ummah dengan penuh keikhlasan.
Ayuh bersama-sama kita titipkan doa yang terbaik buat para pendidik kita agar sentiasa diberkati, diberikan kesihatan yang baik, dan diganjari pahala yang berlipat kali ganda.
Sama-sama kita nantikan hari bahagia buat para murabbi kita! 💙
18/05/2026
⏳ 4 HARI LAGI: MAJLIS SAMBUTAN HARI MURABBI ⏳
Detik masa terus berjalan! Tinggal 4 hari sahaja lagi sebelum kita meraikan insan-insan hebat yang tanpa jemu mendidik, membimbing, dan membentuk sahsiah anak-anak kita.
"Guru Bitara, Nadi Negara"
"Murabbi Bitara, Nadi Pembina Ummah Rabbani"
Seorang murabbi bukan sekadar memberi ilmu, malah mereka adalah lilin yang menerangi jalan masa depan generasi ummah.
Jom sama-sama kita nantikan hari penghargaan buat mereka!
Sertai kami dalam menghitung hari dan titipkan doa yang terbaik buat semua murabbi kita. 🌹
18/05/2026
🌸✨ MAJLIS SAMBUTAN HARI MURABBI 2026 ✨🌸
“Guru Bitara, Nadi Negara”
“Murabbi Bitara, Nadi Pembina Ummah Rabbani”
🎉 Warga SMA i-MUSLEH bakal menyemarakkan Majlis Sambutan Hari Murabbi 2026 sebagai tanda penghargaan buat insan bergelar guru yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan mencurahkan ilmu dengan penuh kasih sayang.
📅 22 Mei 2026
🕗 8.00 pagi – 12.30 tengah hari
📍 SMA i-MUSLEH, Ayer Keroh
✨ Tema istimewa tahun ini:
🌍 Guru: “World Culture”
🎨 Murid: “Colour-Blocking”
Semoga sambutan ini menjadi medan menghargai jasa para murabbi yang menjadi tunjang pembinaan generasi berilmu, berakhlak dan berbakti. 💙
“Sesungguhnya Allah, para malaikat-Nya, penghuni langit dan bumi… mendoakan kebaikan buat orang yang mengajarkan manusia dengan perkara yang baik.”
— (Riwayat al-Tirmizi)