Akademi Masakan Dapur Kayu

Akademi Masakan Dapur Kayu

Share

Pelbagai jenis kelas masakan di sini. Terdapat kelas hands on dan hands off. Kelas diadakan kebanya

10/06/2022

KELAS ROTI TERLAJAK VIRAL (ZOOM)!!!!!

Kelas roti hands off akan menemui anda pada

DATE : 11 JUNE 2020 (SABTU)
TIME : 9.00AM - 12.30PM
LOKASI :ZOOM

5 ROTI YANG AKAN DI AJAR:
πŸ‘‰πŸ‘‰ MEXICO BUN
πŸ‘‰πŸ‘‰ BUN SARANG LEBAH
πŸ‘‰πŸ‘‰ LOAF BUTTERSCOTCH
πŸ‘‰πŸ‘‰ WOOL BREAD
πŸ‘‰πŸ‘‰ MANGO CHEEESE CAKE VIRAL

YURAN : RM10 SAHAJA!!!!!

PENDAFTARAN KLIK LINK
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
Www.wasap.my/+60197526764/KELASZOOM

20/03/2022

Resepi Creampuff Gebu

Bhn2:
400g air
175g marjerin
1sb gula
200g tepung gandum
4bj telur

Cara2:
-Masukkan air, gula & marjerin ke dlm periuk (sy guna kuali senang nak kacau). Masakkan atas api smpi mendidih. Guna api besar pun boleh.
- bila dah mendidih masukkan tepung gandum dan terus kacau smpi la jd adunan yg tak melekat kt kuali. Tepung tu ayak la dlu kalu rajin nt sng dia nak sebati. Sy malas ayak terus tuang jeπŸ˜†
- lepas tu tutup api dan terus masukkan adunan tu dlm mangkuk mixer. Angkat je kuali tu atas mangkuk mixer nt dia bergolek sndiri terjun lam mangkukπŸ˜‚πŸ˜‚. Sy putar low speed dlm 10mnt bg wap panas keluar.
- bila adunan dah suam2 masukkan telur sebiji2 dan putar high speed dlm 5minit. Dah nmpk sebati ttup mixer. (If xde mixer boleh buat manual kacau guna senduk kayu je tp lenguh la ckit tgn😁)
- sementara tu panaskan oven suhu 220c api atas bwh.
- masukkan adunan td dlm piping beg. Guna la nozel bunga kalu nak bercorak atau bulat biasa pun boleh xde hal. Then paipkan atas tray. Jarak2 kan ckit sb nt dia nk membesarkan bdn msg2πŸ˜…. Tray tu sapu dlu marjerin sb xnk bg melekat nt. Sy mmg malas nk sapu2 ni lecehπŸ˜‚ Lapik baking paper je sng. B4 bakar semburkan air kt atas creampuff yg kite dah paipkan tu. Then bakar la dlm masa 25mnt lbh krg. Dah nmpk warna perang2 gold kira dah masak la tu. Kuarkan dr oven then biar dia sejuk
- kalu xmelepet puff tu mksdnya jd la tu. Dlm dia mesti jd kosong. Biasa dlu buat yg xjd tu bila melepet dlm jd padat mcm cekodok plak gayanyaπŸ˜†
1 adunan ni boleh dpt dlm 40-45 bj bergantung pd size.
Inti dlm dia plak boleh pelbagaikan. Kalu nak sng guna instant custard je. Tp sy jrg guna instant tu slalu buat sndiri filingnya. Pelbagaikan mcm2 krim cth mcm krim nutella, karamel, green tea, original custard, krim custard, choc b*k lg la boleh pelbagaikan. Sy bg dlu yg basic original custard ye.

400ml susu segar (sy guna low fat)
800ml air
200g gula
150g tepung kastard
1sb esen vanilla
Sedikit garam

- masukkan semua bahan dlm periuk kacau atas api smpi jd pekat berkilat. Tggu sejuk baru paipkan dlm puff.

Selamat mencuba semua

Utk b*k resepi2 menarik

https://chat.whatsapp.com/HH1tM67uhkyI94NA5hp4fR

18/03/2022

RESEPI KEK KUKUS BUAH

Bahan A
300 gm gula pasir.
250 gm butter berkualiti tinggi.
500 gm mixed fruit.
50 ml air panas.

Bahan B
350 gm tepung gandum*
2 sudu kecil soda bikarbonat*
1 sudu kecil cream of tartar*
1 sudu kecil serbuk buah pala @ nutmeg*
(Ayak bahan bertanda * ketepikan)

Bahan C
3 biji telur gred A.
1 sudu kecil esen vanilla.

Cara Membuat Kek Buah
1. Mula-mula sediakan dahulu bahan A.

2. Masak gula sampai cair dan keperangan/hangus.

3. Kemudian tuang air panas perlahan-lahan, cairkan balik gula tadi.

4. Masukkan butter.

5. Bila butter sudah cair masukkan mixed fruit. Kacau sebati dan sejukkan. (Adunan A)

6. Seterusnya dalam bekas lain, putar telur dengan esen vanilla sampai berbuih (guna blender pun boleh).

7. Kemudian tuang telur ke dalam adunan A tadi. Kacau rata sambil masukkan bahan B yang diayak sedikit demi sedikit.

8. Kacau rata sampai semuanya sebati.

9. Masukkan ke dalam loyang yang dilapik baking paper.

10. Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 4 jam. (Sebenarnya 2 jam pun sudah masak tapi untuk dapatkan kek yang moist perlu kukus selama 4 jam dimana 2 jam pertama api sederhana dan 2 jam terakhir api perlahan).

11. Sejukkan kek sebelum potong.

Kek siap untuk dihidangkan.

Utk resepi yg lebih menarik

https://chat.whatsapp.com/HH1tM67uhkyI94NA5hp4fR

14/03/2022

Macam senang jer dia buat.
Kena belajar ni.

13/03/2022

ASSALAMUALAIKUM SEMUA. ARINI AKK KONGSI RESEPI SAMBAL GORENG. NI KIRA MCM RESEPI TAHUNAN. MASA RAYA JE JUMPA. KALAU AKK BUAT AKK TAK LETAK KACANG PANJANG SUPAYA SAMBAL GORENGNYA TAHAN LAMA.

IS CARING #

RESEPI SAMBAL GORENG SINGAPORE

Bahan:

Udang (buang kepala, lepas tu rebus kepala udang, ambil airnya)

Daging (rebus sehingga empuk)

Paru,limpa, hati lembu (takde pun takpe, gne daging je pun ok)

1 kotak santan kara

Kacang panjang (hiris nipis dan goreng separuh,jgn sampai layu)

Tauhu potong dadu (goreng separuh)

Tempe (hiris2 goreng separuh)

Cili merah, hijau (hiris halus)

3-4labu Bawang merah dikisar

5-6ulas bawang putih dikisar

Cili kisar (dalam 1 senduk aje)

Air asam dan belacan

Air udang yg direbus

Sedikit air

Garam gula secukup rasa

Cara:

1)Goreng separuh masak, kacang panjang, tempe, tauhu. Ketepikan.

2)Daging semua direbus sampai empuk.

3)Kisar bawang dan cili. Tumis sampai pecah minyak, masukkan udang, daging/hati/limpa/paru ..masukkan air udang, masak sehingga mendidih dan pekat.

4)Lepas tu, masukkan air asam n belacan, masukkan santan sedikit demi sedikit. Dan akhir sekali masukkan bahan goreng tadi. Ltk garam secukup rasa ..air jgn ltk bnyk ..biar dia kering2 sikit... Santan jgn berlebihan, nty dia jdi pekat mcm kuah lemak plk..dan cili kisar pun jgn berlebihan nty warna nye terlalu merah sngt.

12/03/2022

Assalamualaikum semua. Akak terjumpa resepi snek yg rare ni dlm google. Kena cuba ni. First time dgr nama snek ni. Nmpk interesting. Bolih cuba buat ni.

RESEPI GABIN GORENG

BAHAN2

Biskut cracker secukupnya

Bahan inti

Tepung gandum 1 cawan
Gula 2 sudu makan
Susu pekat setengah cawan (boleh kurangkan kalau tak s**a manis)
Telor sebji
Air 2 cawan @ secukup nya
Sedikit esen vanila
Cara-carannya…

Bahan diatas( kecuali biskut) satukan dalam periuk
Uli sampai rata dan tapis
Masak atas api sederhana sampai pekat jadi macam doh
Rehatkan sekejap
Letakkan inti 2 sudu besar atas biskut (ikut ketebalan yang kita nak)
Tutup inti dengan biskut lagi 1
Tekan sedikit bagi padat lepastu penuhkan dan ratakan keliling biskut dgn inti
Bole simpan dalam peti ais dulu atau bole terus goreng dalam minyak yang panas dalam 2 minit..
Toskan dan siap dimakan
Saya tambah sedikit garam untuk naikkan rasa lemak tepung tu. Tepung tu boleh gantikan dengan tapai ubi ye bagi yang s**a makan tapai..

Photos from Akademi Masakan Dapur Kayu's post 12/03/2022

RESEPI WAJIK 6 MINIT
===================

2 cawan beras pulut
1 cawan air
1 cawan air gula merah(1cwn gula merah masak dgn 1 1/2 cwn air)
1 cawan gula perang
1/2 cawan pati santan
secubit garam
1 helai daun pandan

1.Basuh dan toskan beras pulut (tak perlu rendam).
Masukkan air, air gula merah, daun pandan dan garam ke dalam periuk Noxxa.
Tutup periuk dan halakan tombol ke arah pressure.

2.Set butang high pressure selama 6minit dan tekan ON. ((button rice utk noxxa baru))
Apabila sudah masak tekan butang OFF dan bebaskan wap. Buka penutup periuk dan masukkan santan

3.Tekan butang stir fry dan tekan ON. Kacau hingga kering dan berpalut. Tekan OFF.
Angkat dan hidangkan.

Wasap je klu ada nk tanya apa2 ya

Www.wasap.my/+60197526764/PC

10/03/2022

BUBUR CANDIL
3 cwn tepung pulut
Santan cair secukupnya
11/2 sdt garam
11/2 sdb gula halus (optional)
2-3 liter air utk merebus
2 helai daun pandan - masukkan dlm air utk merebus
2 liter air sejuk untuk merendam selepas direbus

Kuah santan

1000ml santan
100-150gm gula pasir (ikut s**a nak manis atau krg manis)
2-3 sdb sagu (optional) direndam dgn air panas
11/2sdt garam
2 helai daun pandan disimpul
2sdt tepung ubi/jagung (optional) larutkan dengan air

Cara2:
Satukan tepung pulut, garam, gula. Masukkan santan cair sedikit demi sedikit , hingga menjadi doh yg tak melekat di tangan.
Bahagikan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna yg dis**ai.
Gentel bulat2 sampai habis.
Didihkan air bersama daun pandan sehingga menggelegak dlm periuk. Masukkan bebola tepung dan masak hingga timbul di permukaan. Angkat guna penapis dan rendamkan dlm bekas berisi air sejuk.

Kuah santan:
Masak santan, gula, garam dan daun pandan, sagu hingga mendidih. Kemudian boleh masukkan tepung ubi/jagung untuk memekatkan. Saya tak letak pasal saya letak sagu biji. Tos bebola tepung dlm air sejuk tadi dan masukkan ke dlm santan kacau sekejap tutup api. Siap dah blh mkn

12/01/2022

Kelas masakan viral melaka

Jom belajar buat menara donut

Tarikh : 16hb January 2022
Masa : 2.30pm

Yuran rm30 sahaja

Tempat terhad dan pastikan anda sudah mendapat 2 dose vaksin dan sihat..

Hubungi segera utk pendaftaran

πŸ‘‰ 60197526764

09/12/2021

KELAS ROTI VIRAL MELAKA ‼️
HANDS ON PRAKTIKAL

5 JENIS ROTI VIRAL πŸ₯¨πŸ₯–πŸ₯

GARLIC MOZARELLA
MEXICO BUN
CATERPILLAR BUN
SOSEJ PIZZA
POTATO BUN
FREE ROTI LOAF 🍞

HANYA RM 80 SAHAJA..!!!

Tarikh: 12 dec 2021(ahad)
Masa: 2.30pm
Tempat: Taman tasik utama ,ayer keroh melaka.

Cepat daftar skrg,,
Www.wasap.my/+60197526764/kelasroti12dec

Want your school to be the top-listed School/college in Ayer Keroh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


No 55/1, Jalan TU 41, Taman Tasik Utama, Hang Tuah Jaya
Ayer Keroh
75450