Penyelaras Kepenggunaan Parlimen Kpdnhep - P137 Hang Tuah Jaya

Penyelaras Kepenggunaan Parlimen Kpdnhep - P137 Hang Tuah Jaya

Share

LAMAN RASMI PENYELARAS KEPENGGUNAAN PARLIMEN KPDNHEP - P137 HANG TUAH JAYA

14/01/2022

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Antara KESALAHAN PENIAGA/PEMBEKAL Yang Boleh Dikenakan Tindakan (Di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961)

🔖Menyorok/memusnahkan barang kawalan dengan tujuan mewujudkan kekurangan bekalan.
🔖Menyimpan barang kawalan dengan niat penyelewengan.
🔖Memiliki barang kawalan tanpa permit/lesen yang sah.
🔖Menjual barang kawalan melebihi had yang dibenarkan.
🔖Meletakkan syarat jualan barang kawalan yang menyalahi undang-undang.

Terima Kasih..

Sekretariat
Gerakan Pengguna Negeri (GPN) Melaka
13 Januari 2022






09/10/2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

APAKAH TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENGGUNA?

1️⃣ Tingkatkan Pengetahuan
Pengguna perlu tingkatkan pengetahuan berkenaan situasi ekonomi pasaran yang beri kesan kepada kenaikan harga barangan.
2️⃣ Merancang Perbelanjaan
Pengguna perlu merancang perbelanjaan mengikut kemampuan. Amalkan konsep kesederhanaan.
3️⃣ Buat Pilihan
Pengguna perlu buat pilihan & perbandingan harga supaya barangan yang dibeli berkualiti pada harga munasabah.
4️⃣ Bersedia
Pengguna perlu bersedia menghadapi perubahan seiring dengan perubahan pasaran ekonomi dunia.
5️⃣ Semak Dulu Sebelum Beli
Pengguna perlu mendapat kepastian berkenaan tawaran & iklan sebelum membuat pilihan.
6️⃣ Berani Bertindak
Pengguna harus berani bertindak dengan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat individu atau peniaga mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang kawalan, menyeludup barangan kawalan & menyorok barangan kawalan.

Mohon dipanjangkan,
Sharing is Caring & Semoga Bermanfaat☺️🥰
Terima Kasih...

Sekretariat
Gerakan Pengguna Negeri (GPN) Melaka
Pejabat KPDNHEP Melaka
7 Oktober 2021






08/10/2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

KETAHUI FAKTA SEBENAR MINYAK MASAK BERSUBSIDI 1 KG POLIBEG

1️⃣ Melalui proses penapisan minyak sawit (diperhalusi, dijernihkan dan dinyahbau).
2️⃣ Kualiti minyak tidak melebihi tahap kekeruhan (CP) 8.
3️⃣ Dibungkus oleh pembungkus minyak masak yang mendapat kuta minyak masak bersubsidi daripada KPDNHEP melalui program Skim Penstabilan Minyak Masak (COSS).
4️⃣ Pembungkusan dalam polibeg yang lebih jimat berbanding botol.
5️⃣ Dijual pada harga RM2.50 kerana diberi subsidi oleh kerajaan.
6️⃣ Kualiti setanding dengan minyak masak botol.
7️⃣ Bukan minyak masak terpakai yang dikitar semula.

Mohon dipanjangkan,
Sharing is Caring & Semoga Bermanfaat☺️🥰
Terima Kasih...

Sekretariat
Gerakan Pengguna Negeri (GPN) Melaka
Pejabat KPDNHEP Melaka
05 Oktober 2021






21/09/2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

HAK PENGGUNA UNTUK MEMILIH
Bijaklah membeli! Pastikan Setiap Pembelian Memberi Nilai & Pulangan Untuk Wang Anda

➡️ Beli Apa
(Keperluan, citarasa, kesukaan. Pengguna bersedia membayar lebih jika pilihan atas dasar gaya, citarasa & kesenangan (convenience)

➡️ Beli Di Mana
(Kedai, premis, platform dan lokasi. Sedia beralih jika sesebuah premis tidak lagi menjual pada harga yang munasabah)

➡️ Bila Nak Beli
(Keperluan mendesak atau boleh tunggu waktu yang sesuai seperti jualan mega, diskaun & potongan harga untuk tingkatkan penjimatan)

Sharing is Caring & Semoga Bermanfaat☺️🥰

Terima Kasih...

Sekretariat
Gerakan Pengguna Negeri (GPN)Melaka
21 September 2021






18/09/2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

BAGAIMANA PENGGUNA MEMBUAT TUNTUTAN?

TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA (TTPM)

➡️ Melengkapkan Penyata* Tuntutan B1 yang disediakan.

➡️ Nilai tuntutan tidak melebihi RM50,000

➡️ Tuntutan boleh dituntut sah dalam masa 3 tahun

Sharing is Caring & Semoga Bermanfaat☺️🥰

Terima Kasih...

Sekretariat
Gerakan Pengguna Negeri (GPN) Melaka
17 September 2021






31/08/2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

BILA DITIPU? APA YANG PERLU DILAKUKAN?

Apabila berlaku penipuan berkaitan transaksi di dalam talian (pembelian barangan/perkhidmatan), anda boleh kemukakan aduan melalui saluran-saluran yang disediakan seperti berikut:

1️⃣ Portal e-Aduan http://e-Aduan/kpdnhep.gov.my
2️⃣ Aplikasi Ez-ADU
3️⃣ Talian Hotline 1-800-886-800
4️⃣ Whatsapp 019-279 4317
5️⃣ E-mel [email protected]
6️⃣ Bilik Gerakan Penguatkuasa KPDNHEP Negeri Melaka 06-2345869
7️⃣ Pusat Arahan Penguatkuasa Enforcement Command Centre ECC 03- 8882 6088/6245

Sharing is Caring & Semoga Bermanfaat☺️🥰

Terima Kasih...

Sekretariat
Gerakan Pengguna Negeri (GPN) Melaka



?


25/08/2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pesanan Kepada Pengguna-"Better Safe than Sorry"

Jangan lupa pakai pelitup muka dan 'hand sanitizer' (cecair pensanitasi tangan)

a) Pakai pelitup muka kembar(double face mask) :
✅ Jika berada lama di tempat awam.
✅ Jika berada di tempat yang ramai orang.

b) Sentiasa sanitasi tangan
✅ Selepas menyentuh peralatan awam seperti troli,bakul beli-belah,mesin ATM,pam minyak & sebagainya.
✅ Sebelum buka pelitup muka.
✅ Sebelum sentuh mulut dan hidung.

Sharing is Caring & Semoga Bermanfaat☺️🥰

Terima Kasih...

Sekretariat
Gerakan Pengguna Negeri (GPN) Melaka
25 Ogos 2021






20/08/2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

AWAS! SCAM SINDIKET TAC

1️⃣ Mangsa menerima kod TAC melalui SMS walaupun tidak melakukan transaksi perbankan
2️⃣ Scammer menghubungi mangsa melalui SMS atau panggilan memaklumkan kononnya tersilap nombor telefon semasa melakukan transaksi akaunnya.
3️⃣ Scammer meminta mangsa memberikan kod TAC dengan alasan memperbetulkan butiran transaksi atau mendapatkan kembali wang.
4️⃣ Pelbagai alasan digunakan kononnya scammer terdesak untuk mendapatkan kod TAC tersebut.
5️⃣ Selepas diberikan kod TAC, scammer berjaya mengeluarkan wang dari akaun bank mangsa.

Sharing is Caring & Semoga Bermanfaat☺️🥰

Terima Kasih...

Sekretariat
Gerakan Pengguna Negeri (GPN) Melaka
20 Ogos 2021






17/08/2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

KETAHUI MAKLUMAT UTAMA DALAM PERATURAN PERLINDUNGAN PENGGUNA!

1️⃣ Maklumat Penjual (Seller) spt nama, telefon, e-mel, alamat & no pendaftaran SSM
2️⃣ Penerangan yang jelas berkenaan barang/perkhidmatan
3️⃣ Harga termasuk caj penghantaran, cukai dan kos lain
4️⃣ Kaedah Pembayaran
5️⃣ Terma & Syarat yang jelas
6️⃣ Negeri asal & jangka masa penghantaran

Sharing is Caring & Semoga Bermanfaat☺️🥰

Terima Kasih...

Sekretariat
Gerakan Pengguna Negeri (GPN) Melaka
17 Ogos 2021






06/08/2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Etika Penjual Membalas Pertanyaan Pembeli Di Atas Talian
(Sebagai pengguna, kita juga perlu tahu 😉)

1️⃣ Jawab guna bahasa atau ayat yang sopan & mudah difahami.
2️⃣ Membalas & menjawab semua pertanyaan pembeli.
3️⃣ Menyantuni & menghormati pembeli ikut budaya kita.
4️⃣ Sertakan foto/video menjelaskan produk jika perlu.

Sharing is Caring & Semoga Bermanfaat☺️🥰

Terima Kasih...

Sekretariat
Gerakan Pengguna Negeri (GPN) Melaka
06 Ogos 2021






05/08/2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

BAHAYANYA PRODUK TIRUAN!. (Pengguna Bijak! Produk Tiruan Ditolak!)

1️⃣ Kandungan bahan campuran yang tidak diketahui boleh beri kesan sampingan buruk.
2️⃣ Penggunaan ubat tiruan boleh jejaskan kesihatan & menyebabkan maut.
3️⃣ Tiada jaminan keselamatan seperti cop pengesahan *KKM,SIRIM dan ISO*.
4️⃣ Penggunaan bahan berkualiti rendah & tiada jaminan kualiti.

Sharing is Caring & Semoga Bermanfaat☺️🥰

Terima Kasih...

Sekretariat
Gerakan Pengguna Negeri (GPN) Melaka
05 Ogos 2021






04/08/2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

SCAM WEB PHISHING
(Curi data peribadi & perbankan mangsa melalui laman web palsu)

1️⃣ Scammer mendapatkan maklumat log masuk mangsa melalui laman web phishing.
2️⃣ Mangsa ditipu untuk masuk ke platform belian e-dagang melalui laman web.
3️⃣ Laman web yang diberi adalah laman web yang palsu & bukan rasmi.
4️⃣ Mangsa daftar masuk & scammer memperoleh akses ke akaun mangsa.
5️⃣ Scammer mencuri maklumat peribadi dan perbankan.

Sharing is Caring & Semoga Bermanfaat☺️🥰

Terima Kasih...

Sekretariat
Gerakan Pengguna Negeri (GPN) Melaka
04 Ogos 2021






Want your school to be the top-listed School/college in Ayer Keroh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Aras 6, Wisma Persekutuan, Jalan MITC, Hang Tuah Jaya
Ayer Keroh
75450