SRITI Darul Qurro

SRITI Darul Qurro

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SRITI Darul Qurro, Education, No 95, Jalan Takh 15, Taman Ayer Keroh Height, Melaka, Ayer Keroh.

16/04/2026

TARIKH TUTUP : 26 APRIL 2026
PENGAMBILAN : MEI 2026

Photos from SRITI Darul Qurro's post 25/03/2026

πŸ“šβœ¨ JUALAN BUKU SRITI DARUL QURRO – EDISI EKSKLUSIF! βœ¨πŸ“š

πŸ”₯ Stok terhad, rebut peluang miliki karya-karya ilmiah pilihan:

Tadabbur Al-Quran – RM15

Dosa Tersembunyi – RM20

Ingatlah Tiga Perkara di Zaman Kita Ini (Eksklusif SRITI) – RM15

Pelajaran daripada Perang Arab-Israel 1967 (Eksklusif SRITI) – RM28

πŸ’‘ Buku-buku ini bukan sekadar bacaan, tetapi panduan hidup, muhasabah diri dan kebangkitan umat.

🚚 Berita baik!
Penghantaran POS tersedia ke seluruh Malaysia – bukan hanya di Melaka.

πŸ“ž Tempah segera melalui WhatsApp: 011-5759 9112
πŸ‘‰ Jangan tunggu lama, stok sangat terhad!

20/03/2026

Takbir pertama… terus meresap ke hati πŸŒ™βœ¨

Di SRITI Darul Qurro, takbir pertama Syawal dipimpin oleh Muallim Zulhilmi bersama Muallim Syukran & Muallim Hakimi… diiringi suara anak-anak lelaki SDQ yang penuh jiwa.

Kecil suara mereka,
tapi besar maknanya…
tanda kemenangan setelah sebulan berjuang di bulan Ramadan 🀍
Esok raya…

moga mereka membesar menjadi anak soleh,
yang membesarkan Allah dalam setiap langkah kehidupan.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar… Walillahilhamd πŸŒ™

16/03/2026

𝐓𝐀𝐁𝐔𝐍𝐆 πƒπ„π‘πŒπ€ πŠπˆπ‹π€π“ πŠπ„ππ€πŠπ€π‘π€π

Dimaklumkan bahawa rumah keluarga Salahuddin Ayyubi (Tahun 1), murid SRITI Imam As-Syafie telah ditimpa musibah kebakaran pada 13 Mac 2026 di Kampung Petagas. Kejadian ini menyebabkan rumah mereka mengalami kerosakan yang teruk.

Sehubungan itu, pihak sekolah membuka Tabung Derma Kilat bagi membantu meringankan beban keluarga ini, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan dan menjelang Hari Raya.

Tuan/puan yang berhasrat untuk menyumbang boleh menyalurkan sumbangan ke akaun berikut:

πŒπ€π˜ππ€ππŠ
π’π‘πˆπ“πˆ 𝐀𝐒-π’π˜π€π…πˆπ„
πŸ“πŸ”πŸŽπŸπŸ–πŸ’πŸŽπŸ”πŸπŸ“πŸπŸ•
𝑹𝒆𝒇𝒆𝒓𝒆𝒏𝒄𝒆: π‘΄π’‚π’π’ˆπ’”π’‚π‘²π’†π’ƒπ’‚π’Œπ’‚π’“π’‚π’

Semoga setiap sumbangan tuan/puan menjadi amal jariah dan dipermudahkan segala urusan.

Jazakumullahu khairan kathira.

PEJABAT PENTADBIRAN SRITI IMAM AS-SYAFIE

12/03/2026

Setiap pagi mereka memulakan hari dengan menghafal Tahfiz Quran Sunnah.
Bukan mudah perjalanan ini.

Ada yang masih pelat membaca,
ada yang mengulang ayat berkali-kali,
ada yang mengantuk… tetapi tetap berusaha.

Namun demi agama, mereka teruskan juga. 🀍

Ya Allah, mudahkanlah hafalan anak-anak kami.
Jadikan Al-Quran sebati dalam hati mereka.
Dan moga suatu hari nanti mereka menjadi asbab
membantu kedua ibu bapa mereka menuju syurga.

Amin 🀲



11/03/2026

Kadang-kadang sebagai ibu bapa, kita selalu tertanya…

β€œMacam mana keadaan anak aku di sekolah?”
β€œDia makan cukup ke?”
β€œDia selesa belajar?”
β€œAdab dan akhlaknya terjaga tak?”

Itulah antara sebab kenapa wujudnya SRITI Darul Qurro Melaka.

Kami bukan sekadar tempat anak-anak belajar membaca dan menulis.
Di sini kami berusaha membina anak yang kenal Allah, berakhlak dan beradab.
Supaya mereka membesar bukan hanya dengan ilmu… tetapi juga dengan iman dan akhlak.

Sempena Ramadan yang penuh keberkatan ini, kami sedang menjalankan Program Ihya Ramadan – Kongsi Rezeki.

Dana yang dikumpulkan akan digunakan untuk:
πŸŒ™ Kit Ramadan untuk murid
πŸŒ™ Pengurusan program Ramadan
πŸŒ™ Pembangunan dan keperluan sekolah

Sasaran kami hanya RM4000, dan setakat ini baru 18.9% berjaya dikumpulkan.
Mungkin bagi kita sedikit,
tetapi bagi anak-anak ini… ia sangat bermakna.
Ramadan ini, jom kita kongsi rezeki.

Mudah-mudahan menjadi amal jariah yang berpanjangan.



28/02/2026

Alhamdulillah dah bergerak program kami, Jom siapa lagi sudi kongsi rezeki 🫢

Resit pembayaran boleh sent di https://wa.link/99t1ro atau (011-57599112)

28/02/2026

KOPERASI SDQ TELAH DI BUKA!

✨ Koperasi SDQ SRITI Darul Qurro, Melaka kini membuka tempahan kuih raya homemade!

πŸͺ 100% Homemade
🎁 Sesuai untuk hadiah & juadah Aidilfitri
🏫 Setiap pembelian anda membantu Dana Pembangunan Sekolah

Antara pilihan menarik:
βœ… Kacang Mazola
βœ… Suji
βœ… Popia Nestum
βœ… Blackout Cookies
βœ… Cornflakes Crunchy
βœ… Kerepek Pisang

πŸ“… Tempahan ditutup: 20 Ramadan
πŸ“ Ambil di: SRITI Darul Qurro, Melaka

πŸ’š Beli sambil menyumbang untuk pendidikan anak-anak Islam.
Rezeki kita, saham akhirat bersama.

πŸ“² Tempahan: 011-57596988 (Mudirah Yanah)







28/02/2026

🎬 β€œMAIS Moments in Motion. More coming soon !✨

Mohon semua like, komen dan share 🌸



27/02/2026

Jom kongsi rezeki

Photos from SRITI Darul Qurro's post 24/02/2026

πŸŒ™βœ¨ Program Ihya’ Ramadan 2026 βœ¨πŸŒ™
πŸ“… 13 Februari 2026
πŸ“ Dianjurkan sebelum Ramadan bermula

Tujuan utama:
➑️ Memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang persediaan menghadapi Ramadan
➑️ Membimbing mereka menghayati nilai sabar, ibadah & pengurusan masa sepanjang bulan mulia

Sepanjang Ramadan nanti, pelajar akan disajikan dengan pelbagai program menarik & bermanfaat yang telah disusun khas untuk menghidupkan suasana Ramadan di sekolah.

πŸ’‘ Semoga Ihya’ Ramadan ini menjadi titik mula untuk pelajar lebih bersedia, bersemangat, dan menghayati keberkatan Ramadan dengan penuh makna.




Photos from SRITI Darul Qurro's post 23/02/2026

Majlis Watikah Pelantikan Pimpinan Muda 2026
Hari ini berlangsung dengan penuh bermakna apabila majlis dirasmikan oleh Tuan SM Ab Halim, Timbalan Ketua Balai Polis Ayer Keroh.

Majlis turut diserikan dengan slot ceramah anti-buli, memberi pendedahan kepada para pelajar tentang bahaya dan kesan buli dalam kehidupan seharian.

Lebih istimewa, Tuan SM Ab Halim juga merasmikan program β€œHENTIKAN BULI”, sebagai simbol komitmen bersama dalam mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, harmoni dan bebas daripada budaya buli.

Murid yang dilantik sebagai Pimpinan Muda turut mengangkat Ikrar Pimpinan Muda, sebagai tanda kesediaan mereka untuk menggalas amanah, memimpin dengan integriti, dan menjadi teladan kepada rakan-rakan pelajar.

Semoga pimpinan muda yang dilantik hari ini menjadi suara pelajar, membawa semangat kepimpinan yang berwawasan, dan bersama-sama kita berganding bahu untuk serta membina generasi berani, berakhlak dan berdaya saing.



Want your school to be the top-listed School/college in Ayer Keroh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


No 95, Jalan Takh 15, Taman Ayer Keroh Height, Melaka
Ayer Keroh
75450