Tadika Dzul Iman Ayer Keroh

Tadika Dzul Iman Ayer Keroh

Share

Dimiliki oleh :
Tadika Hayyan Iman (MA0253547-H)
Kod JPN : (M52221PRA)

Tadika untuk anak 4 hingga 6 tahun.

Dengan menggunakan kaedah khalifah, mendidik secara positif dan menggembirakan adalah misi kami.

Photos from Tadika Dzul Iman Ayer Keroh's post 29/04/2026

๐๐ซ๐จ๐ฃ๐ž๐ค ๐›๐ž๐ซ๐ญ๐ž๐ฆ๐š : โ€œ๐–๐จ๐ฐ, ๐ข๐ญ๐ฌ ๐€๐ฅ๐ข๐ฏ๐žโ€
๐’๐ฎ๐›๐ฃ๐ž๐ค : ๐€๐ฅ๐ฅ๐š๐ก, ๐€๐ฅ๐š๐ฆ ๐๐š๐ง ๐Œ๐š๐ง๐ฎ๐ฌ๐ข๐š
๐“๐š๐ง๐š๐ฆ๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข ๐ค๐š๐ž๐๐š๐ก ๐‡๐ข๐๐ซ๐จ๐ฉ๐จ๐ง๐ข๐ค

Dalam subjek ini, anak-anak didedahkan untuk mengenali kebesaran Allah sebagai Maha Pencipta melalui pemerhatian terhadap kejadian alam. Anak-anak menjalankan projek penanaman pokok menggunakan kaedah hidroponik, iaitu tanpa menggunakan tanah.

Melalui aktiviti ini, anak-anak bukan sahaja mempelajari proses tumbesaran tumbuhan, malah memahami bahawa setiap kehidupan berlaku dengan izin dan kekuasaan Allah.

Projek ini juga mendidik anak-anak tentang disiplin dan tanggungjawab apabila mereka perlu hadir awal ke sekolah untuk menjalankan tugasan harian seperti menyiram dan memantau perkembangan pokok. Selain itu, aktiviti ini membantu anak-anak lebih bersemangat untuk bangun pagi kerana mereka mempunyai amanah terhadap tanaman masing-masing. Perasaan teruja melihat perubahan pokok dari hari ke hari menjadikan mereka lebih komited dan seronok untuk hadir ke sekolah.

Secara tidak langsung, ia membentuk sikap amanah, konsisten, berdikari serta memupuk rasa kasih sayang terhadap alam sekitar dalam diri anak-anak.

Allah Al - Kholiq



29/04/2026

I got over 40 reactions on one of my posts last week! Thanks everyone for your support! ๐ŸŽ‰

Photos from Tadika Dzul Iman Ayer Keroh's post 19/04/2026

๐‘๐š๐ข๐ฌ๐ข๐ง๐  ๐Š๐ก๐š๐ฅ๐ข๐Ÿ๐š๐ก ๐“๐ก๐ซ๐จ๐ฎ๐ ๐ก ๐Œ๐ž๐š๐ง๐ข๐ง๐ ๐Ÿ๐ฎ๐ฅ ๐Œ๐จ๐ฆ๐ž๐ง๐ญ๐ฌ๐Ÿค๐Ÿ’š๐ŸŽต๐ŸŽถ

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah ๐Ÿค
Selesai sudah majlis sambutan bersama anak-anak kami.

Sambutan Hari Raya yang dirancang secara sederhana, namun Allah jadikan luar biasa indah dan bermakna.

Terima kasih ibu ayah yang begitu murah hati menyumbang pelbagai juadah serta duit raya buat anak-anak dan teachers. MasyaAllah, sokongan ibu ayah sangat besar ertinya buat kami.

Setinggi-tinggi penghargaan juga buat guru-guru yang berjuang dari latihan persembahan sehingga ke hari kejadian. Alhamdulillah, Allah mudahkan setiap perancangan dan perjalanan kita.

Dan buat anak-anak didik kami, VVIP cilik yang ๐’‚๐’˜๐’†๐’”๐’๐’Ž๐’† ๐’ƒ๐’๐’๐’”๐’”๐’๐’Ž, terima kasih kerana sangat taat dengan arahan dan menunjukkan adab yang baik sepanjang majlis ๐Ÿฅฐ

Mereka juga dididik bahawa setiap rezeki itu amanah. Apa yang diambil, perlu dihabiskan. Alhamdulillah, tiada pembaziran walau sedikit pun di pinggan, walaupun mereka mengurus sendiri pilihan makanan masing-masing.

Kita tidak mampu menjaga mereka selamanya,
tetapi kita mampu mendidik dan membekalkan ilmu dunia dan akhirat, agar menjadi panduan dan amalan dalam kehidupan mereka, insyaAllah. Selebihnya doa, tawakkal dan yakin hasilnya dari Allah swt.

Semoga setiap usaha kecil ini menjadi asbab pembentukan akhlak yang indah buat anak-anak kita ๐Ÿค




01/04/2026

Subjek : Allah, Alam dan Manusia (sains)
Tema : ๐—ช๐—ผ๐˜„, ๐—ถ๐˜โ€™๐˜€ ๐—”๐—น๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ!

Tema kali ini bercerita tentang tumbuh - tumbuhan ciptaan Allah swt. Khalifah belajar melalui projek ๐Ÿฅ— salad buah bertemakan โ€œWow, Itโ€™s Alive!โ€ ๐ŸŒฑ untuk memupuk rasa syukur atas nikmat ciptaan Allah ๐Ÿค

Anak-anak mengenal makanan sihat dan mencuba potong buah dengan bimbingan guru, melatih motor halus, fokus & keyakinan โœจ

Akhir sekali, mereka menikmati hasil sendiri bersama - sama. Yummmmyโ€ฆ..!

Alhamdulillah, Allah Al - Kholiqโ€ฆ


Photos from Tadika Dzul Iman Ayer Keroh's post 31/03/2026

๐€๐ง ๐ข๐ซ๐ซ๐ž๐ฉ๐ฅ๐š๐œ๐ž๐š๐›๐ฅ๐ž ๐ฌ๐จ๐ฎ๐ฅ ๐ข๐ง ๐จ๐ฎ๐ซ ๐ฃ๐จ๐ฎ๐ซ๐ง๐ž๐ฒ, ๐š ๐ญ๐ž๐š๐œ๐ก๐ž๐ซ ๐ฐ๐ก๐จ ๐ฅ๐ž๐š๐๐ฌ ๐ฐ๐ข๐ญ๐ก ๐ก๐ž๐š๐ซ๐ญ, ๐ง๐จ๐ญ ๐ฃ๐ฎ๐ฌ๐ญ ๐๐ฎ๐ญ๐ฒ.๐Ÿ’š๐Ÿ’Ž

Kadang-kadang, dalam sesebuah perjalananโ€ฆ Allah hadirkan insan yang bukan sekadar โ€œdatang bekerjaโ€, tetapi datang membawa makna.

Teacher Hema adalah salah satunya.

Bermula sebagai satu-satunya guru non-Muslim di Dzul Iman sejak 2021, beliau melalui perjalanan hampir 4 tahun yang penuh warna warni. Berhenti seketika untuk menyambung pengajian, kemudian kembali semula untuk melengkapkan amanahnya sebagai seorang pendidik.

๐€๐ฉ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐›๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐ค๐ข๐ญ๐š ๐›๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ?
Bahawa nilai seseorang bukan pada latar belakangnya, tetapi pada hatinya.
Beliau hadir dengan ๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ๐ข, ๐ค๐ž๐ข๐ค๐ก๐ฅ๐š๐ฌ๐š๐ง, ๐š๐๐š๐› ๐๐š๐ง ๐ค๐จ๐ฆ๐ข๐ญ๐ฆ๐ž๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข, menyantuni anak-anak, menghormati majikan, menghargai pasukan dan menjaga hubungan dengan ibu ayah. Kepekaan beliau bukan sesuatu yang dibuat-buat, tetapi lahir daripada hati yang ikhlas. Dan dari situlah terbinanya hubungan yang kuat bukan sekadar kerja, tetapi sebuah ikatan jiwa dan kasih sayang dalam perjuangan mendidik.

Lebih menyentuh hati, apabila seseorang yang bukan dilahirkan dalam Islamโ€ฆ mampu menghafal doa, memahami rukun solat, mengikuti bacaan Yasin dan menyimpan hasrat untuk mengenali syurga bersama orang-orang yang disayangi. Di saat beliau diuji kehilangan ayah tersayang, zikir yang dipelajari di Dzul Iman menjadi pegangan untuk menenangkan hati.

๐๐š๐ ๐š๐ข๐ฆ๐š๐ง๐š ๐“๐ž๐š๐œ๐ก๐ž๐ซ ๐’๐ก๐ข๐๐š ๐ญ๐š๐ก๐ฎ?
Teacher Shida tahu kerana ketika itu beliau berada dalam fasa yang sangat down, sehingga meminta doa dan zikir kerana hatinya masih belum tenang walaupun sudah โ€œsembahyangโ€.
Di situlah kita belajar, ketenangan bukan sekadar pada amalanโ€ฆ tetapi pada penghayatan dan hubungan hati dengan Allah.

โ€œ๐™ž ๐™ฃ๐™–๐™  ๐™ข๐™–๐™จ๐™ช๐™  ๐™จ๐™ฎ๐™ช๐™ง๐™œ๐™– ๐™๐™š๐™–๐™˜๐™๐™š๐™ง, ๐™ฉ๐™–๐™ฅ๐™ž ๐™ฉ๐™–๐™  ๐™ฃ๐™–๐™  ๐™ข๐™–๐™จ๐™ช๐™  ๐™จ๐™š๐™ค๐™ง๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™™๐™ž๐™ง๐™ž. ๐™†๐™–๐™ก๐™–๐™ช ๐™—๐™ค๐™ก๐™š๐™ ๐™ฃ๐™–๐™  ๐™—๐™–๐™ฌ๐™– ๐™ข๐™ฎ ๐™ข๐™ค๐™ข ๐™–๐™ฃ๐™™ ๐™–๐™ก๐™ก ๐™›๐™–๐™ข๐™ž๐™ก๐™ฎ ๐™ข๐™š๐™ข๐™—๐™š๐™ง๐™จโ€๐Ÿฅบ

Di sinilah kita belajar,
hidayah itu milik Allah tetapi akhlak dan kasih sayang adalah jalan yang membukanya.

Dalam perjalanan ini juga, kita diingatkan bahawa setiap insan di sekeliling kita, termasuk keluarga mereka, boleh menjadi sebab kita terus kuat berdiri. Sokongan, kata-kata baik dan kepercayaan kadang itulah โ€œ๐ฉ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญโ€ saat kita diuji.

Sayang beliau, kerana sayang kami melepaskan untuk beliau belajar dan menimba pengalaman di tempat lain bagi meneruskan kerjayanya. Tidak hanya bekerja dalam โ€œ๐’„๐’๐’Ž๐’‡๐’๐’“๐’• ๐’›๐’๐’๐’†โ€. Keluar dari zon selesa bukan kehilangan, tetapi ruang untuk berkembang. Kerana manusia dan kehidupan ini luas untuk diterokai. Dan hari ini, kami belajar satu lagi perkara penting bahawa ๐˜€๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐˜€๐˜‚๐—ฑ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ธ๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ, ๐˜๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ฝ๐—ถ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ถ ๐—บ๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐˜€๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป.

Terima kasih Teacher Hema, kerana pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.
Bukan sekadar stafโ€ฆ tetapi satu kenangan, satu kekuatan, dan satu pengajaran yang akan terus hidup dalam hati kami.

Semoga setiap langkah selepas ini dipermudahkan,
dan segala kebaikan yang pernah diberi, kembali dalam bentuk yang lebih indah โค๏ธ





Photos from Tadika Dzul Iman Ayer Keroh's post 13/03/2026

๐€ ๐๐ฅ๐ž๐ฌ๐ฌ๐ž๐ ๐ˆ๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ ๐„๐ฏ๐ž๐ง๐ข๐ง๐ @๐ˆ๐ง ๐€๐ฉ๐ฉ๐ซ๐ž๐œ๐ข๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐จ๐Ÿ ๐Ž๐ฎ๐ซ ๐ƒ๐ž๐๐ข๐œ๐š๐ญ๐ž๐ ๐“๐ž๐š๐œ๐ก๐ž๐ซ๐ฌ

๐Œ๐ž๐ซ๐š๐ข๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค,
๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ก๐š๐ซ๐ ๐š๐ข ๐๐ž๐ซ๐ฃ๐ฎ๐š๐ง๐ ๐š๐ง๐Ÿ’Ž
Alhamdulillah, Allah izinkan kami meraikan teachers kesayangan Khalifah kita.

Mereka bekerja bukan sekadar kerana gaji, tetapi kerana hati yang ikhlas mendidik.
Adik-adik guru ini hadir bukan sekadar menjalankan tugas tetapi menggalas amanah besar. Mereka membesar bersama tanggungjawab daripada tiada pengalaman sehingga menjadi pendidik yang berkeyakinan, empati dan berintegriti.

Dalam membina sebuah organisasi yang kukuh, perbezaan pandangan itu lumrah.
Namun yang diraikan bukan kelemahan tetapi kekuatan yang saling melengkapi.
Bukan kesempurnaan yang dikejar tetapi usaha terbaik dalam satu pasukan yang berkongsi satu visi dan satu perjuangan.

Semoga Allah swt terus memelihara keikhlasan, silaturrahim dan menguatkan langkah kami dalam mendidik generasi pewaris ummah.


Photos from Tadika Dzul Iman Ayer Keroh's post 13/03/2026

๐ˆ๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ@๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐ก๐š๐ง

Alhamdulillah, antara momen indah yang sempat kami rekodkan.
Iftar yang dibawakan oleh ibu ayah buat kami semua.๐Ÿ˜Š

Kecil pada zahirnya, tetapi besar maknanya.
Indahnya apabila hubungan antara tadika dan ibu ayah terjalin dengan penuh kasih dan kepercayaan. Ini nikmat yang sangat kami syukuri. ๐Ÿค

Thank you Allah.



10/03/2026

Fun to be fit ๐Ÿ’ก

Qiraati Quiz๐Ÿง๐Ÿค”
Bersemangat semua angkat tangan nak cuba jawab. Hebatlah khalifah berani sungguh๐Ÿ˜๐Ÿ˜



Photos from Tadika Dzul Iman Ayer Keroh's post 08/03/2026

โ€˜๐Œ๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ โ€™ ๐Ÿฅฐ

Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga hajat kami untuk mengedarkan Baryani Johor, resepi turun-temurun arwah mak.

Sudah 2 tahun niat ini tersimpan kerana pelbagai kekangan dan halangan. Alhamdulillah, tahun ini Allah izinkan ia direalisasikan. Bahagia terima maklum balas dan kiriman gambar dari parents๐Ÿ˜๐Ÿ’.

Moga Allah beri rasa sedap dan keberkatan kepada semua yang menerima menu iftar dari Dz Ayer Keroh, Melaka.

Hari ini 18 Ramadhan, umat Islam kini berada hampir ke fasa ketiga bulan Ramadan iaitu fasa 10 malam terakhir yang penuh dengan keberkatan dan peluang untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar.

Moga kita antara salah seorang yang Allah swt pilih dan terpilihโ€ฆ..๐Ÿฆพ๐Ÿฅฐ


03/03/2026

3 AMAL TERBAIK UNTUK KITA AJAK ANAK-ANAK LAKUKAN DI BULAN RAMADAN โค๏ธ

Ramadan bukan cuma tentang ajar anak tahan lapar tetapi
mengenalkan mereka kepada kelebihan bulan Mulia ini.

3 amalan ini boleh dimulakan dari rumah. Nampak mudah tetapi besar ganjaran pahalanya di sisi Allah.

Setiap hari, ibu ayah boleh ajar dan ingatkan anak-anak untuk sentiasa ๐Ÿ‘‡

1. Bercakap baik dengan adik-beradik.
2. Jangan membazir ketika makan.
3. Bersedekahlah walau hanya sebiji gula-gula.

Insya Allah dengan didikan kecil hari ini, menjadikan mereka membesar dengan karakter serta akhlak terpuji. Allahumma Aamiin ๐Ÿ™‚

03/03/2026

Math Time! ๐Ÿ”ข๐Ÿฅณ๐Ÿ˜ƒ

Want your school to be the top-listed School/college in Ayer Keroh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


No. 1&2, Jalan TU58 Taman Tasik Utama
Ayer Keroh
75450

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:00
Tuesday 07:00 - 18:00
Wednesday 07:00 - 18:00
Thursday 07:00 - 18:00
Friday 07:00 - 18:00