21/08/2021
Survey yang dilakukan oleh CDC menunjukkan 80% kanak kanak menggunakan ubat gigi terlalu banyak.
Ubat gigi berflorida boleh mencegah karies gigi tetapi pengambilan berlebihan akan menyebabkan masalah flourosis.
Ini akan mengakibatkan permukaan gigi menjadi tidak rata dan warna gigi berubah. Gigi sebegini lebih s**ar dijaga dan mudah rosak.
Pesan pada anak, jangan picit ubat gigi sepenuh berus gigi seperti dalam iklan! Itu memang nak cepat lariskan ubat gigi ๐
19/08/2021
Anda pasti kenal mana mana individu yang makan dengan banyak, s**a makanan segera dan minuman manis.. tetapi badan mereka sentiasa maintain kurus.
Tidak perlu cemburu kerana tubuh yang kurus itu, tidak semestinya SIHAT.
Walaupun memiliki berat badan ideal, tanpa disedari, akibat pemakanan dan gaya hidup, lemak mereka tersembunyi bersama organ orang penting di abdomen.
Situasi ini dikenali sebagai TOFI. โThin Outside, Fat Insideโ.
Hal ini, menjelaskan persoalan mengapa individu yang kurus turut menghidap penyakit penyakit metabolik seperti,
โ๏ธ Kencing Manis
โ๏ธ Darah Tinggi
โ๏ธ Tinggi Kolesterol
โ๏ธ Penyakit jantung dan strok
Jika anda perasan, individu TOFI ini tidak cergas, cepat penat dan kadang kala nampak pucat. Situasi stress dan kurang tidur menyebabkan paras kortisol meningkat dan seterusnya meningkatkan lagi pengumpulan lemak di organ.
TOFI s**ar dikesan. Lemak tersembunyi itu hanya boleh dilihat menerusi ujian imbasan MRI atau ujian darah untuk mengesan paras kolesterol, gula dan fungsi organ.
Lebih bahaya, akibat sentiasa langsing, mereka tidak mengawal pemakanan dan tidak menjaga kesihatan. Mereka juga tidak pergi menjalani ujian saringan kesihatan seperti orang lain.
Kesimpulannya, tubuh kurus tidak bermakna anda lolos dari risiko penyakit metabolik. Makanlah dengan kadar sederhana.. kurus bukan lesen untuk tidak menjaga kesihatan
17/08/2021
Kedai yang last tu tak payah buka sampai bila bila pun bagus.
12/08/2021
Jadi, apa2 yang kita lakukan, dimana-mana ataupun pada bila-bila masa perlulah...
BALANCE ataupun SEIMBANG
Bekerja mahupun pemakanan, semuanya perlulah seimbang!
Ingat abang akak kat luar sana!
Adakah anda mengalami salah satu atau kedua dua gejala berikut;
โ
Sukar untuk tidur
โ
Terjaga di tengah waktu malam dan s**ar untuk kembali tidur.
Gejala ini di namakan sebagai INSOMNIA.
Apakah Punca Insomnia?
Insomnia yang berlaku secara akut atau jangka masa pendek berlaku akibat;
โ
Stress ( seperti kematian, masalah rumah tangga dan penyakit)
โ
Gangguan fizikal dan emosional
โ
Faktor persekitaran - bunyi bising, cahaya yang terang, terlalu sejuk/ panas.
โ
Ubat ubatan
โ
Perubahan jaduan tidur seperti Jet Lag.
Sekiranya masalah ini berlaku lebih dari 2 minggu atau mula menganggu kehidupan dan rutin harian anda, dapatkan pemeriksaan dan rawatan.
Anda mungkin memerlukan bantuan.
11/08/2021
Setelah lebih setahun kita berada dalam tempoh pandemik, kini data penyelidikan semasa menunjukkan bahawa wanita hamil dengan C-19 mempunyai risiko lebih tinggi untuk dimasukkan ke hospital, mengalami komplikasi teruk dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi berbanding wanita yang tidak hamil.
Perkara ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana sebarang jangkitan pada wanita hamil biasanya akan memberi implikasi lebih buruk.
Semasa tempoh kehamilan, rahim yang semakin membesar akan menghimpit otot pernafasan diafragma, hal ini akan mengurangkan keupayaan paru paru. Paru paru juga perlu bekerja keras lebih dari biasa dengan bekalan oksigen yang perlu dibahagikan antara ibu dan janin.
Selain itu, tempoh kehamilan adalah fasa imuniti tubuh rendah. Perkara ini terjadi supaya tubuh membenarkan perkembangan janin dalam rahim.
Berita baiknya adalah bahawa bayi kebanyakannya terhindar dari jangkitan pernafasan yang teruk. Sampel dari plasenta, tali pusat dan darah dari ibu dan bayi menunjukkan bahawa virus jarang menyeberang dari ibu ke bayi.
Namun jangkitan pada ibu menyebabkan risiko kelahiran pra matang. Hal ini menyebabkan bayi mempunyai pelbagai risiko komplikasi lain selain dari jangkitan C-19.
Tempoh pandemik adalah fasa yang cukup mencabar untuk semua masyarakat termasuk wanita hamil. Oleh itu, perlindungan berganda perlu diamalkan oleh wanita hamil dan ahli keluarga lain.
Sama sama kita doakan keselamatan ibu ibu hamil, besar sungguh pengorbanan mereka bertarung nyawa untuk membawa kehidupan baru insan lain.
06/08/2021
Dah ada tanda-tanda tu buat lah apa yang patut. bukan dibiar saja gula makin mencanak
Betul bukan?
Tapi tak perlu risau sebab... ada cara yang mudah untuk buatkan paras Gula lebih TERKAWAL..!
Tekan pada link dibawah untuk ketahui cara mudah untuk kawal Kencing Manis
hanya amalkan dari dalam rumah saja
- 1 sudu pagi
- 1 sudu malam
Insya Allah dalam masa 2 minggu, akan nampak kesannya
Jangan lupa tekan link dibawah ya
โถโถ https://misaikucingrawat.com/
โถโถ https://misaikucingrawat.com/
04/08/2021
JANGAN AMBIL MUDAH JIKA MENGALAMI CIRIT BIRIT
Kebiasaanya CIRIT BIRIT berlaku berpunca daripada keracunan makanan. Namun ia juga boleh berlaku disebabkan masalah kesihatan yang lain.
Masalah CIRIT BIRIT ini boleh dikurangkan dengan minum air banyak, pengambilan sumber prebiotik & probiotik yang baik untuk kesihatan usus.
Cirit birit yang berpanjangan adalah berbahaya terutamanya kepada golongan yang berisiko tinggi.
Sekiranya gejala ini berterusan, dapatkan pemeriksaan & rawatan segera di klinik yang berdekatan.
Belajar sesuatu hari ini? Kongsikan pada yang lain.
Jom ramai-ramai kita like FB Page Nutritionistkkm untuk banyak lagi informasi pemakanan.
21/07/2021
Kenali kemurungan dan kerisauan.
Apa rasanya jika ada dua dua?
Saring kesihatan mental anda di sini. www.tinyurl.com/ramlidass
25/06/2021
Akibat kurang tidur sehingga ditembak mickey dan minie malam tadi ๐ด๐ด
Ambil peluang tengahari ini untuk power nap
16/06/2021
Pendermaan darah boleh merangsangkan badan untuk menghasilkan sel โ sel darah yang baru
Sel sel darah baru ini mempunyai lebih keupayaan untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Justeru penderma darah akan berasa lebih sihat dan segar selepas menderma.
Derma darah dapat membuat tubuh anda berasa lebih sihat dan segar. Ia dapat menyelamatkan nyawa dan bawa pelbagai manfaat
14/06/2021
Peningkatan berat badan bukan sekadar makan berlebihan ya.. ada faktor faktor lain yang boleh menyebabkan berat badan berlebihan