Jiwa Hamba

Jiwa Hamba

Share

Akademi Jiwa Hamba memberikan fokus untuk melahirkan manusia yang berjiwa hamba dan berminda khalifah. Akademi Jiwa Hamba

"Sempurnakan Ibadat, Selamat Di Akhirat"

Jom bersama menyokong gerak kerja dakwah di Akademi Jiwa Hamba dengan layari jiwahamba.com

21/05/2026

Kuliah Inspirasi Kematian Minggu ke-85
21 Mei 2026 Khamis
9-10 pagi

07/05/2026

Kuliah Inspirasi Kematian Minggu ke-84
7 Mei 2026 Khamis
9-10 pagi

12/03/2026

Ramai orang menyesal selepas Ramadhan.

Bukan sebab mereka tak tahu Ramadhan itu mulia.

Tapi sebab mereka tak tahu apa sebenarnya perlu buat pada 10 malam terakhir.

Bila malam Lailatul Qadar datang…

mereka terlepas begitu sahaja.

Bayangkan satu malam:

lebih baik daripada 1000 bulan ibadah.

Itu bersamaan 83 tahun pahala.

Ramadhan masih belum tamat.

Masih ada masa untuk ubah Ramadhan tahun ini.

Saya kongsikan langkah mudah hidupkan 10 malam terakhir walaupun sibuk kerja dan keluarga.

>>>
ajwahplus.com/legasiramadhan
ajwahplus.com/legasiramadhan
ajwahplus.com/legasiramadhan

16/10/2025

🌿 KEM BINA IMAN DENGAN AL-FATIHAH 🌿
✨ “Bermula dengan Bismillah, membina iman dari hati.” ✨

Setiap kali kita solat, kita membaca Surah Al-Fatihah. Tapi… sejauh mana hati benar-benar menghayati maknanya?

Surah pembuka Al-Quran ini bukan sekadar bacaan tetapi ia adalah kunci kepada iman, pintu untuk mengenal Allah dan memahami tujuan hidup. 🌸

Kini tiba masanya untuk anak-anak kita belajar memahami, bukan sekadar menghafal.

💫 Kem Bina Iman dengan Al-Fatihah hadir sebagai satu program separuh hari yang padat dengan pengisian rohani, aktiviti interaktif dan tadabbur mudah. Khas untuk remaja & pelajar sekolah yang ingin mengenal Allah dengan cara yang menyeronokkan dan menyentuh hati.

🌸 Apa yang mereka akan pelajari?
✅ Maksud & mesej setiap ayat dalam Surah Al-Fatihah
✅ Bagaimana Surah ini membimbing akhlak & hati seorang mukmin
✅ Aktiviti tadabbur & refleksi diri yang menyeronokkan

📅 Tarikh: 21 Oktober 2025 (Selasa)
🕘 Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Tempat: Ajwah Space
👦👧 Umur: 10 – 17 tahun (bawah dari umur ini boleh bincang dengan admin)
💰 Yuran: RM10 sahaja

📲 Daftar sekarang: ezy.la/bina_iman

atau scan QR code dalam poster

Sebarang pertanyaan❓
Hubungi admin 👉 http://wasap.my/60103067806/KemBinaImanDenganAlFatihahSiri1

💫 Cuti mereka tidak seharusnya kosong.
Isikan dengan ilmu yang menenangkan jiwa dan menyuburkan iman.

✨ Bina iman, kukuhkan hati — bermula dengan Al-Fatihah. InsyaAllah!

16/10/2025

Assalamualaikum ukhti,

Pernah tak rasa penat menjaga semuanya… penat dengan tanggungjawab, penat dengan perasaan sendiri? Kadang hati rasa kosong, fikiran kusut, dan jiwa perlukan ruang untuk bernafas dan tenang. 🌿

Sebenarnya, jiwa kita rindu untuk diisi.
Rindu untuk dekat dengan Allah.
Rindu nak rasa bahagia tanpa syarat.
Dan rindu nak merasa hati yang damai dalam perjalanan menuju-Nya. 🌸

Program Istimewa Untukmu
✨ Bidadari Berselawat ✨
Tausiyah & Terapi Jiwa
"Penghalang Tenang & Bahagia Saat Menuju-Mu"

Jom hadir ke Bidadari Berselawat, sebuah majlis penuh kasih dan rahmat, khusus buat kita para wanita yang ingin memulihkan jiwa, membersihkan hati dan menghidupkan kembali semangat untuk terus melangkah menuju Allah.

📌 Tarikh: Sabtu, 25 Oktober 2025
🕰 Masa: 8:30 pagi - 12.00 tengahari
📍 Tempat: Ajwah Space, Vista Kirana, Ayer Keroh, Melaka

🌿 Apa Yang Menanti Kamu di Sana

✨ Alunan selawat yang mendamaikan jiwa
✨ Tausiyah menyentuh hati oleh Ustazah Huda Edayu Hamdah
✨ Sesi Terapi Jiwa & Doa Munajat untuk melepaskan beban perasaan

💞 Pelaburan Kecil Untuk Jiwa Besar

🎟 Yuran: Hanya RM20 sahaja
Termasuk: Sarapan pagi dan bahan cetak

Tempat adalah terhad!!

📲 Daftar Sekarang

Klik link dibawah
https://ezy.la/terapi_jiwa

atau scan QR code dalam poster

Sebarang pertanyaan
hubungi admin 👉 http://wasap.my/60103067806/BidadariBerselawat

🌷 Ukhti, kadang hati kita lemah, bukan kerana kita tidak kuat… tetapi kerana kita terlalu lama mengurus dunia, sampai lupa mengurus jiwa.
Mari, hadiahkan sedikit masa untuk diri sendiri.
Mari, isi hati dengan cinta pada Allah.
Mari, pulihkan semula bahagia yang sebenar. 🌸

“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”
(Surah Ar-Ra’d, 13:28)

22/08/2025

Kuliah Inspirasi Kematian Minggu ke-64
21 Ogos 2025 Khamis
9pagi - 10pagi

Want your school to be the top-listed School/college in Ayer Keroh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


No 22-1, Wisma Yaminika, Jalan Kompleks Niaga, Vista Kirana 1, Taman Vista Kirana,, Melaka
Ayer Keroh
75450

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00