SMK Datuk Menteri Rasmi

SMK Datuk Menteri Rasmi LAMAN SOSIAL RASMI SMK DATUK MENTERI, LAMAN INI ADALAH UNTUK BERKONGSI AKTIVITI SEPANJANG TAHUN, YANG BERLAKU DI SEKOLAH MENEGAH KEBANGSAAN DATUK MENTERI.

SEMOGA DENGAN PERKONGSIAN AKTIVITI INI, IBU BAPA DAN MASYARAKAT DAPAT MENGETAHUI PERKEMBANGAN SEMAS

PELANCARAN SAMBÚTAN BULANKEMERDEKAAN KAL KE-69SMK DATUK MENTERITempat: Dewan Seri Perdanamasa: 7.30-8.40Tarikh: 12 JULAI...
12/08/2026

PELANCARAN SAMBÚTAN BULAN
KEMERDEKAAN KAL KE-69
SMK DATUK MENTERI

Tempat: Dewan Seri Perdana
masa: 7.30-8.40
Tarikh: 12 JULAI 2026

MAJLIS PERPISAHAN EN SAHRIL dan CIKGU NIZAMSELAMAT MAJU JAYASekalung Penghargaan & Selamat Bertugas di Tempat Baharu.Ter...
07/08/2026

MAJLIS PERPISAHAN EN SAHRIL dan CIKGU NIZAM

SELAMAT MAJU JAYA

Sekalung Penghargaan & Selamat Bertugas di Tempat Baharu.Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan, ilmu dan bimbingan yang telah dicurahkan sepanjang bersama warga sekolah. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, namun kenangan bersama akan sentiasa terpahat di hati.
Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan, kejayaan dan keberkatan dalam setiap langkah.

“Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung, Kenangan Bersamamu Abadi Selamanya.”

LAWATAN SANTAI PEGAWAI JPN DISEKITAR SMK DATUK 'M' MAJESTICEMPIRE31 Julai 2026
30/07/2026

LAWATAN SANTAI PEGAWAI JPN DI
SEKITAR SMK DATUK 'M' MAJESTIC
EMPIRE
31 Julai 2026

22/07/2026

INFO J-SAFE SIRI 2/2026
CEK BEG ANAK, SEKOLAH LEBIH SELAMAT

Keselamatan murid bermula dari rumah.

Ibu bapa dan penjaga memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak membawa hanya barangan yang diperlukan ke sekolah. Luangkan hanya 2 minit setiap hari untuk memeriksa beg anak sebelum mereka melangkah ke sekolah.

✅ Buka beg bersama anak.
✅ Periksa setiap ruang beg.
✅ Pastikan tiada barang terlarang.
✅ Bawa hanya keperluan pembelajaran.
✅ Berbual dengan anak tentang kepentingan menjaga keselamatan diri dan rakan-rakan.

🚫 Jangan sesekali membawa ke sekolah:
• V**e atau rokok
• Senjata tajam
• Mercun
• Pemetik api
• Dadah atau bahan terlarang
• Ubat tanpa kebenaran
• Sebarang barangan yang boleh membahayakan murid lain

Sekolah yang selamat bukan hanya tanggungjawab pihak sekolah, tetapi merupakan tanggungjawab bersama ibu bapa, masyarakat dan seluruh komuniti.

Marilah kita berganding bahu membudayakan amalan "Cek Beg Anak" sebagai langkah pencegahan awal demi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, kondusif dan sejahtera untuk semua murid di Negeri Johor.

JPN Johor komited memastikan setiap sekolah kekal sebagai tempat yang selamat, kondusif dan bebas daripada sebarang ancaman.

INFO J-SAFE
Siri perkongsian rasmi JPN Johor bagi memperkasakan budaya keselamatan, kesejahteraan dan perlindungan murid di semua institusi pendidikan negeri Johor.

Tahun Ini, Tahun Kita, Imej Kita











Youtube rasmi JPNJ : Official JPN Johor
https://www.youtube.com/

Facebook rasmi JPNJ : Jabatan Pendidikan Negeri Johor
https://www.facebook.com/JPNJohor/

Instagram rasmi JPNJ :
https://www.instagram.com/jpnjohormedia/

YouTube Cikgu Podcast :
https://youtube.com/

TikTok Cikgu Podcast :
https://www.tiktok.com/

Laman Sesawang rasmi JPN Johor :
http://jpnjohor.moe.gov.my

08/07/2026

INFO J-SAFE SIRI 1/2026
MEMPERKUKUH KAWALAN KESELAMATAN MURID DI SEKOLAH

Keselamatan murid adalah keutamaan. Tiada kompromi.

Jabatan Pendidikan Negeri Johor menyeru semua institusi pendidikan di negeri ini agar terus memperkukuh kawalan keselamatan sekolah melalui pelaksanaan langkah-langkah pencegahan yang proaktif, pemantauan yang berterusan serta tindakan segera terhadap sebarang risiko yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan murid.

Antara tindakan yang perlu diberi perhatian ialah:
🔹 Memperketat kawalan di pintu masuk sekolah.
🔹 Melaksanakan rondaan berkala di kawasan yang dikenal pasti berisiko.
🔹 Memastikan tiada murid membawa senjata atau objek berbahaya ke sekolah.
🔹 Memperkukuh mekanisme pelaporan awal terhadap sebarang ancaman, pergaduhan atau perlakuan agresif.
🔹 Mempererat kerjasama dengan ibu bapa, PIBG, PDRM dan agensi berkaitan.
🔹 Melaporkan setiap insiden keselamatan kepada PPD dan JPN dengan segera mengikut prosedur yang ditetapkan.

Keselamatan sekolah bukan hanya tanggungjawab pihak pentadbir atau guru semata-mata, bahkan memerlukan komitmen dan kerjasama semua pihak. Persekitaran sekolah yang selamat merupakan asas kepada pembentukan sahsiah, kesejahteraan emosi dan kecemerlangan pembelajaran murid.

JPN Johor komited memastikan setiap sekolah kekal sebagai tempat yang selamat, kondusif dan bebas daripada sebarang ancaman.

"Tiada Kompromi Dalam Aspek Keselamatan."

📘 INFO J-SAFE
Siri perkongsian rasmi JPN Johor bagi memperkasakan budaya keselamatan, kesejahteraan dan perlindungan murid di semua institusi pendidikan negeri Johor.

Tahun Ini, Tahun Kita, Imej Kita











Youtube rasmi JPNJ : Official JPN Johor
https://www.youtube.com/

Facebook rasmi JPNJ : Jabatan Pendidikan Negeri Johor
https://www.facebook.com/JPNJohor/

Instagram rasmi JPNJ :
https://www.instagram.com/jpnjohormedia/

YouTube Cikgu Podcast :
https://youtube.com/

TikTok Cikgu Podcast :
https://www.tiktok.com/

Laman Sesawang rasmi JPN Johor :
http://jpnjohor.moe.gov.my

MALJIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 49 DAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SERTA DISKUSI AKADEMIK BAGI TAHUN 2026Tarikh: 2...
27/06/2026

MALJIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 49 DAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SERTA DISKUSI AKADEMIK BAGI TAHUN 2026

Tarikh: 23 Jun 2026
Tempat: Dewan Seri Perdana SMK Datuk Menteri

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas kejayaan yang telah diraih dalam pertandingan nyanyian. Kejayaan ini merupakan ha...
24/06/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas kejayaan yang telah diraih dalam pertandingan nyanyian. Kejayaan ini merupakan hasil daripada bakat, usaha gigih, latihan yang berterusan serta semangat yang tidak pernah luntur dalam mengejar kecemerlangan.

Semoga pencapaian yang membanggakan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan. Teruskan mengasah bakat dan menyerlahkan potensi diri dalam bidang seni suara. Semoga setiap langkah yang diambil akan membawa kepada kejayaan yang lebih gemilang.

Kategori nyanyian Solo lelaki
Tempat ke-3
AHMAD AZHAD BIN AFENDI

Kategori nyanyian duet
tempat ke-4
NURISH ALIESYA BINTI MOHD OSMAN
NUR FAQIHAH BINTI MOHD ZAMBERI

Tahniah dan syabas atas pencapaian yang membanggakan! 🎉🎤✨

SELAMAT DATANG GURU BAHARU“Bersama Melakar Kecemerlangan, Mendidik Dengan Penuh Dedikasi”Dengan penuh rasa syukur dan su...
23/06/2026

SELAMAT DATANG GURU BAHARU

“Bersama Melakar Kecemerlangan, Mendidik Dengan Penuh Dedikasi”

Dengan penuh rasa syukur dan sukacita, seluruh warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi ucapan selamat datang dan selamat bertugas kepada guru baharu yang menyertai keluarga besar sekolah ini.

Kehadiran cikgu ibarat sinar mentari yang menyuluh taman ilmu, membawa bersama harapan, semangat dan inspirasi ke arah kecemerlangan yang berterusan. Semoga langkah pertama yang diatur di bumi pendidikan ini menjadi permulaan kepada sebuah perjalanan yang penuh makna, dipenuhi kejayaan, keberkatan dan kenangan yang indah.

Sesungguhnya, seorang guru bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi juga pembimbing jiwa, pencetus inspirasi dan pembina masa depan bangsa. Semoga segala ilmu, pengalaman dan dedikasi yang dicurahkan akan menjadi obor yang menerangi laluan para pelajar dalam mengejar cita-cita dan menggapai impian.

Kami mengalu-alukan kehadiran cikgu dengan hati yang terbuka serta penuh penghargaan. Semoga jalinan ukhuwah yang terjalin akan memperkukuh semangat kebersamaan dalam melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak mulia, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

Selamat datang ke keluarga kami. Semoga kehadiran cikgu menjadi pelengkap kepada usaha membina legasi kecemerlangan, menyemai benih ilmu dan menuai kejayaan yang gemilang untuk masa hadapan.

Dengan penuh rasa syukur dan sukacita, kami merakamkan setinggi-tinggi ucapan selamat datang serta selamat bertugas kepa...
23/06/2026

Dengan penuh rasa syukur dan sukacita, kami merakamkan setinggi-tinggi ucapan selamat datang serta selamat bertugas kepada guru baharu yang kini menjadi sebahagian daripada keluarga besar sekolah ini.

Kehadiran cikgu ibarat sinar mentari yang menyuluh laluan ilmu, menyemai harapan dan menyuburkan semangat dalam jiwa generasi pewaris bangsa. Semoga langkah yang diatur di bumi pendidikan ini sentiasa dipermudahkan, manakala setiap usaha dan pengorbanan yang dicurahkan menjadi benih kecemerlangan yang mekar mewangi.

Kami mengalu-alukan kehadiran cikgu dengan hati yang terbuka dan penuh penghargaan. Semoga jalinan ukhuwah yang terjalin akan memperkukuh tekad serta menyatukan langkah dalam mengangkat martabat pendidikan, demi melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan berdaya saing.

Selamat menabur bakti di taman ilmu ini. Semoga perjalanan sebagai pendidik sentiasa dihiasi kejayaan, keberkatan dan kegemilangan yang berpanjangan.

23/06/2026

MALJIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 49 DAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SERTA DISKUSI AKADEMIK BAGI TAHUN 2026

Tarikh: 23 Jun 2026
Tempat: Dewan Seri Perdana SMK Datuk Menteri

Address

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK MENTERI
Ayer Hitam
86100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 16:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6077581134

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Datuk Menteri Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category