Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Daripada warga PPKI SMK Tunku Seri Indera Putera, kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan.
Semoga Syawal ini membawa sinar kebahagiaan, keberkatan dan kasih sayang buat semua. 💚
PPKI Smktsip
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PPKI Smktsip, School, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Seri Indera Putera, Ayer Hitam.
27/03/2026
MAJLIS PENUTUP PROGRAM CERIA SYAWAL & PROGRAM INDAHNYA RAMADAN PPKI 2026
🗓️16 Mac 2026 | Isnin
⏰ 11.30 PG- 1.00 TGH
📍Balai Ibnu Sina
20/03/2026
Alhamdulillah, Program Ceria Syawal telah berlangsung dengan meriah sepanjang 2 minggu bermula 8/3/2026 hingga 16/3/2026 🌙✨
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi menyemarakkan suasana Syawal, antaranya aktiviti membuat kuih raya yang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada murid 🎉
Antara kuih raya yang dihasilkan:
🍪 Biskut Chocolate Chip
🌽 Crispy Cornflake
🥨 Maruku Gunting
Program ini bukan sahaja menceriakan suasana menjelang Syawal, malah memberi pengalaman pembelajaran secara hands-on kepada murid dalam kemahiran asas penyediaan makanan.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan murid yang terlibat dalam menjayakan program ini 🤲
20/03/2026
PROGRAM CERIA SYAWAL✨
Alhamdulillah, Program Ceria Syawal telah berlangsung dengan meriah sepanjang 2 minggu bermula 8/3/2026 hingga 16/3/2026 🌙✨
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi menyemarakkan suasana Syawal, antaranya aktiviti membuat kuih raya yang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada murid 🎉
Antara kuih raya yang dihasilkan:
🍪 Biskut Chocolate Chip
🌽 Crispy Cornflake
🥨 Maruku Gunting
Program ini bukan sahaja menceriakan suasana menjelang Syawal, malah memberi pengalaman pembelajaran secara hands-on kepada murid dalam kemahiran asas penyediaan makanan.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan murid yang terlibat dalam menjayakan program ini 🤲
20/03/2026
PROGRAM INDAHNYA RAMADAN 1447H/ 2026M
Alhamdulillah, Program Indahnya Ramadan telah melabuhkan tirainya dengan jayanya setelah berlangsung selama 2 minggu yang penuh dengan pengisian bermakna 🌙✨
Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat telah dijalankan bagi menyemarakkan lagi penghayatan bulan Ramadan dalam kalangan murid.
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan:
✨Misi Pengembaraan Ramadan- Cikgu Siti Zaleha
✨Risalah Puasa & Kisah Nabi Musa A.S- Cikgu Salleh
✨Majlis Pelancaran Program Indahnya Ramadan
✨Sirah Nabi Muhammad SAW- Cikgu Zaki
✨Jurnal Ramadan Saya- Cikgu Aishah
✨Hafazan Surah Lazim- Cikgu Suriyani
✨Pengenalan Nasyid- Cikgu Aqilah
✨Sajian Tradisi Ramadan- Cikgu Normi
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua guru, murid dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini 🤲
Semoga segala usaha dan penglibatan kita sepanjang Ramadan ini diberkati dan memberi manfaat yang berpanjangan.
14/02/2026
KARNIVAL SUKAN OLAHRAGA & UNIFIED GAMES SPECIAL OLYMPICS KEDAH
🗓️7/2/2026 | Sabtu
📍Kompleks Sukan UUM
👩🏻🏫 Guru Pengiring: Cikgu Aqilah & Cikgu Mazzian
🏃🏻Atlet: Nur Syatirah, Iman Sofea, Firhan Hafis & Farid Ridzuan
🏅 Tahniah & Syabas! 🏅
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada murid-murid PPKI yang telah berjaya meraih pingat dalam Karnival Sukan Olahraga & Unified Games Special Olympics Kedah.
Kejayaan ini membuktikan semangat juang, disiplin dan usaha gigih yang luar biasa. Terima kasih juga kepada guru, jurulatih serta semua pihak yang sentiasa memberi sokongan.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.
14/02/2026
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SMKTSIP
🗓️5/2/2026 | KHAMIS
📍Padang Sekolah
⏰8.00 PG - 1.30 PTG
🌟 Tahniah & Syabas! 🌟
Sekalung tahniah diucapkan kepada murid-murid PPKI yang telah berjaya meraih pingat dalam Kejohanan Olahraga Tahunan SMKTSIP🏅
Kejayaan ini adalah hasil daripada usaha gigih, semangat juang yang tinggi serta sokongan padu daripada guru dan rakan-rakan. Semoga terus bersemangat untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Seri Indera Putera
Ayer Hitam
06150
Opening Hours
| Monday | 07:00 - 14:00 |
| Tuesday | 07:00 - 14:00 |
| Wednesday | 07:00 - 14:00 |
| Thursday | 07:00 - 14:00 |
| Sunday | 07:00 - 14:00 |