SMA Hidayah Islamiah, Alor Biak, Ayer Hitam KEDAH - RASMI

SMA Hidayah Islamiah, Alor Biak, Ayer Hitam KEDAH - RASMI Sederap Memacu Aspirasi Hidayah Islamiah

19.08.2026 | Rabu | 7.30 - 7.40 pagiDewan Semarak IlmuSEMARAK BULAN KEBANGSAAN 2026Kuiz Infografik MERDEKA Bahasa Arab 📷...
19/08/2026

19.08.2026 | Rabu | 7.30 - 7.40 pagi
Dewan Semarak Ilmu

SEMARAK BULAN KEBANGSAAN 2026

Kuiz Infografik MERDEKA Bahasa Arab



📷 kuhasnawati ku ahmad

18.08.2026 | Selasa | 2.30 petangSJKC Chung HwaAlhamdulillah. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Khairul...
19/08/2026

18.08.2026 | Selasa | 2.30 petang
SJKC Chung Hwa

Alhamdulillah.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Khairul Anwar bin Haji Mohamad Ali, Pengetua SMA Hidayah Islamiah, atas penerimaan Sijil Penghargaan Anugerah Lonjakan Saujana Kehadiran Murid Mencapai 95% yang telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Pendidikan Daerah (KPPD) Tian Haji Ishak bin Zulkifli sebagai penghargaan atas komitmen sekolah dalam memastikan kehadiran murid sentiasa berada pada tahap yang baik.

Pencapaian ini merupakan hasil kerjasama dan komitmen semua pihak, khususnya para guru yang sentiasa mengambil berat kehadiran dan kebajikan murid, ibu bapa/waris yang memberikan sokongan serta memastikan anak-anak hadir ke sekolah, dan para pelajar yang menunjukkan kesungguhan untuk hadir dan mengikuti sesi pembelajaran.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Unit HEM, SU HEM Puan Zurina bin Zulkepeli dan semua guru kelas atas usaha, komitmen, pemantauan serta tindakan berterusan dalam meningkatkan kehadiran murid.

Semoga pencapaian 95% kehadiran ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga SMAHI untuk terus berusaha mencapai tahap kehadiran yang lebih tinggi demi memastikan kemenjadian murid dan kecemerlangan sekolah.

18.08.2026 | Selasa | Makmal ICTPentaksiran Kompetensi dan Literasi (PKL). Hari ini giliran kelas 1 Ibnu Khaldun p**a. 📷...
18/08/2026

18.08.2026 | Selasa |
Makmal ICT

Pentaksiran Kompetensi dan Literasi (PKL). Hari ini giliran kelas 1 Ibnu Khaldun p**a.



📷 zulkeffly abdullah

18.08.2026 | Selasa | Dewan Makan Asrama🇲🇾🎬 TAYANGAN FILEM PATRIOTIKPenghayatan sejarah dan semangat patriotisme melalui...
18/08/2026

18.08.2026 | Selasa |
Dewan Makan Asrama

🇲🇾🎬 TAYANGAN FILEM PATRIOTIK

Penghayatan sejarah dan semangat patriotisme melalui tayangan filem patriotik bersama para pelajar sempena Bulan Kebangsaan 2026.



📷 kushaari ismail

18.08.2026 | Selasa | 9.00 pg - 2.00ptgBilik PengetuaKUNJUNGAN JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI KEDAH KE SEKOLAH Alhamdu...
18/08/2026

18.08.2026 | Selasa | 9.00 pg - 2.00ptg
Bilik Pengetua

KUNJUNGAN JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI KEDAH KE SEKOLAH

Alhamdulillah, SMA Hidayah telah menerima kunjungan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) Kedah yang diketuai oleh tuan Nazir Kanan, Tuan Ikhwan bin Zainuddin, bersama rakan-rakan pegawai daripada JNJK pada hari ini.

Kunjungan ini adalah bagi melaksanakan pemeriksaan serta bimbingan Standard 4 SK@S (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia), khususnya dalam memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah sentiasa menepati standard kualiti yang ditetapkan.

Pihak SMAHI amat menghargai kehadiran, perhatian, teguran, pandangan serta bimbingan profesional yang diberikan oleh pihak JNJK. Sesi ini bukan sahaja menjadi ruang untuk menilai amalan sedia ada, malah menjadi peluang kepada pihak sekolah untuk mengenal pasti kekuatan, menambah baik kelemahan dan memperkukuh kualiti pengurusan serta PdP secara berterusan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Nazir Kanan, Tuan Ikhwan Zainuddin dan seluruh pasukan JNJK Kedah atas kesudian hadir, berkongsi kepakaran serta memberikan bimbingan yang sangat bermakna kepada warga SMAHI.

Semoga segala pandangan dan bimbingan yang diberikan menjadi pemangkin kepada penambahbaikan berterusan dan peningkatan kualiti pendidikan di SMAHI, demi memastikan kemenjadian murid terus menjadi keutamaan.

Terima kasih atas bimbingan, teguran dan perkongsian ilmu.
SMAHI terus melangkah dengan tekad untuk memperkasa kualiti dan kecemerlangan.






18.08.2026 | Selasa | Surau Al-MunawwarahGAMIFIKASI SEJARAH | SEMARAK BULAN KEBANGSAAN 2026 🇲🇾🎮Belajar sejarah bukan sek...
18/08/2026

18.08.2026 | Selasa |
Surau Al-Munawwarah

GAMIFIKASI SEJARAH | SEMARAK BULAN KEBANGSAAN 2026 🇲🇾🎮

Belajar sejarah bukan sekadar menghafal fakta, tarikh dan tokoh, tetapi boleh diterokai dengan cara yang lebih menyeronokkan, interaktif dan mencabar!

Menerusi aktiviti Gamifikasi Sejarah, para pelajar berpeluang menguji pengetahuan, kepantasan berfikir dan semangat kerja berpasukan dalam suasana pembelajaran yang santai tetapi bermakna.

Semoga aktiviti ini dapat melahirkan generasi yang bukan sahaja celik sejarah, malah menghargai perjuangan tokoh terdahulu dan memahami nilai kemerdekaan yang diwarisi hari ini.



📷 aminuddin

17.08.2026 | Isnin | 7.30 - 7.40 pagiDewan Semarak IlmuINFO MERDEKA DALAM BAHASA ARAB 🇲🇾Sempena Sambutan Bulan Kebangsaa...
17/08/2026

17.08.2026 | Isnin | 7.30 - 7.40 pagi
Dewan Semarak Ilmu

INFO MERDEKA DALAM BAHASA ARAB 🇲🇾

Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat SMA Hidayah Islamiah Tahun 2026, satu aktiviti Info Merdeka dalam Bahasa Arab diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar melalui pendekatan pembelajaran yang kreatif dan menarik.

Aktiviti ini mengetengahkan fakta, sejarah dan informasi berkaitan kemerdekaan Malaysia dalam Bahasa Arab, di samping memperkaya kosa kata serta meningkatkan penguasaan bahasa dalam kalangan pelajar.

Semoga aktiviti ini dapat menyemai rasa cinta akan negara, menghargai jasa tokoh-tokoh kemerdekaan serta membentuk generasi pelajar yang berilmu, beridentiti dan cintakan Malaysia.



📷 nabila husna

16.08.2026 | Ahad | 7.30 - 8.40 pagiDewan Semarak IlmuMAJLIS PELUNCURAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH TAHU...
16/08/2026

16.08.2026 | Ahad | 7.30 - 8.40 pagi
Dewan Semarak Ilmu

MAJLIS PELUNCURAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, Majlis Peluncuran Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah Tahun 2026 telah dapat dilaksanakan dengan penuh semangat, meriah dan bermakna.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Yang Berusaha Tuan Haji Khairul Anwar bin Haji Mohamad Ali, Pengetua Sekolah, atas kesudian merasmikan majlis peluncuran pada hari ini.

Majlis pada hari ini telah berlangsung dengan pelbagai pengisian menarik, antaranya gimik perasmian melalui pukulan gong, persembahan Dikir Barat oleh pelajar putera, penyerahan Jalur Gemilang kepada ketua-ketua kelas, nyanyian Lagu Jalur Gemilang serta sesi fotografi sebagai tanda kebersamaan dan kecintaan kita kepada negara tercinta.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih khusus ditujukan kepada Puan Nor Farazilla binti Saad (GK Kemanusiaan) selaku penyelaras program, Cikgu Nabila Husna binti Ahmad Nizam selaku pengarah program dan Ustazah Ku Hasnawati Ku Ahmad atas komitmen, kesungguhan dan kerjasama yang diberikan dalam merancang serta memastikan kelancaran majlis ini.

Tidak dilupakan, terima kasih juga kepada Unit Kokurikulum, barisan jawatankuasa pelaksana, guru-guru, para peserta persembahan khususnya kump**an Dikir Barat, ketua-ketua kelas serta semua warga sekolah yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan majlis ini.

Semoga semangat patriotisme, kecintaan kepada negara dan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia yang kita zahirkan pada hari ini akan terus subur dalam jiwa setiap warga SMA Hidayah Islamiah.
“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati"

16.08.2026 | Ahad | Makmal ICTPentaksiran Kompetensi dan Literasi (PKL). Hari ini giliran kelas 2 Ibnu Khaldun p**a. 📷 s...
16/08/2026

16.08.2026 | Ahad |
Makmal ICT

Pentaksiran Kompetensi dan Literasi (PKL). Hari ini giliran kelas 2 Ibnu Khaldun p**a.



📷 sobirah kasim

16.08.2026 | Ahad | 7.00 pagiGURU BERTUGAS MINGGUAN | SAMBUTAN MESRA DI PINTU PAGAR SEKOLAH Mengawali pagi dengan penuh ...
16/08/2026

16.08.2026 | Ahad | 7.00 pagi

GURU BERTUGAS MINGGUAN | SAMBUTAN MESRA DI PINTU PAGAR SEKOLAH

Mengawali pagi dengan penuh senyuman dan kemesraan, Ustazah Siti Hajar, guru bertugas mingguan, menyambut kehadiran para pelajar di pintu pagar utama sekolah.

Sambutan mesra ini menjadi suntikan semangat kepada para pelajar untuk memulakan hari persekolahan dengan lebih ceria, berdisiplin dan bersemangat. 😊

Terima kasih, Ustazah Siti Hajar, atas komitmen dan keprihatinan dalam memastikan kebajikan serta keselamatan pelajar sentiasa diberi perhatian.

Address

Batu 10, Alor Biak, Sg. Korok Changlih
Ayer Hitam
06150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047940050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMA Hidayah Islamiah, Alor Biak, Ayer Hitam KEDAH - RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMA Hidayah Islamiah, Alor Biak, Ayer Hitam KEDAH - RASMI:

Shortcuts

Share

Category