29/08/2026
第69届国庆日庆典
日期: 28-8-2026
地点: 黄世华堂
昨日,本校欢庆第69届国庆日,师生齐聚一堂,共同度过了一场充满欢乐与爱国情怀的庆典。🎉
活动中,同学们高唱爱国歌曲,以嘹亮的歌声表达对祖国的热爱;大家也踊跃参与国庆常识比赛,在趣味竞赛中学习国家历史与文化。随后,校长亲自颁发国庆填色比赛奖项,表扬同学们的用心与创意。❤️
为了让庆典更加精彩,校长特别增设了最佳传统服装奖,鼓励同学们穿上传统服饰,展现我国多元文化的独特魅力,并为获奖同学准备了精美礼物,为活动增添更多惊喜与欢笑。🎁
活动尾声,校长还贴心请全体师生享用冰淇淋,让孩子们在甜蜜的笑容中为这场国庆庆典画下圆满句点。🍦
愿我们继续秉持团结、尊重与爱国精神,共同携手建设更美好的马来西亚。
Semalam, sekolah kita telah menyambut Hari Kebangsaan yang ke-69 dengan penuh meriah. 🎉
Warga sekolah berkumpul bersama-sama untuk meraikan satu sambutan yang penuh dengan kegembiraan, semangat patriotik dan kasih sayang terhadap negara tercinta.
Dalam sambutan tersebut, murid-murid menyanyikan lagu-lagu patriotik dengan penuh semangat. Suara lantang dan merdu mereka menjadi tanda kecintaan terhadap tanah air.❤️
Murid-murid juga begitu aktif menyertai Kuiz Pengetahuan Am Hari Kebangsaan, sambil menimba ilmu tentang sejarah dan budaya negara dalam suasana pertandingan yang menyeronokkan. Selepas itu, Guru Besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang Pertandingan Mewarna Hari Kebangsaan sebagai penghargaan terhadap usaha, kreativiti dan kesungguhan murid-murid. 🏆🎨
Bagi memeriahkan lagi sambutan, Guru Besar turut memperkenalkan Anugerah Pakaian Tradisional Terbaik. Anugerah ini bertujuan menggalakkan murid-murid mengenakan pakaian tradisional serta menampilkan keunikan dan keindahan kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia. Para pemenang turut menerima hadiah istimewa yang disediakan oleh Guru Besar, sekali gus menambahkan lagi kejutan dan keceriaan sepanjang sambutan. 🎁
Sebagai penutup, Guru Besar turut menjamu ais krim kepada semua warga sekolah. 🍦😊 Senyuman manis dan wajah ceria murid-murid menjadi penutup yang begitu bermakna bagi sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini.
Semoga kita terus menghayati semangat perpaduan, saling menghormati dan patriotisme, serta berganding bahu membina Malaysia yang lebih harmoni, maju dan sejahtera. 🇲🇾❤️
Selamat Hari Kebangsaan!
Malaysia MADANI, Jiwa Merdeka! 🇲🇾🎊