23/04/2026
MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM IHYA RAMADAN DAN PEMBERIAN BUBUR LAMBUK
π ANJURAN: PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
π
TARIKH : 13 MAC 2026 (JUMAAT)
β° MASA : 8.00 PAGI - 11.30 PAGI
π TEMPAT : DEWAN SKFBS
β¨ AKTIVITI :
π Penyampaian hadiah pemenang aktiviti Ihya' Ramadan
π€² Pemberian bubur lambuk kepada warga sekolah
π Tahniah kepada semua warga Fabulous yang telah menjayakan majlis ini dengan penuh komitmen dan kerjasama!
π Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, meningkatkan keimanan dan mengeratkan ukhuwah dalam kalangan kita semua.
23/04/2026
π Bengkel Dron Bersama Kelab Rakan Udara Malaysia KRUM
π 5 Mac 2026 ( Khamis )
Alhamdulillah, pada 5 Mac 2026 (Khamis) telah berlangsung Bengkel Dron anjuran Kelab Rakan Udara Malaysia (KRUM) bersama murid-murid SK Felda Bukit Senggeh.
Program ini memberi pendedahan awal kepada murid tentang teknologi dron serta kemahiran asas pengendaliannya. Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya dan menjadi inspirasi kepada murid-murid untuk terus meneroka bidang teknologi pada masa hadapan.
Terima kasih kepada pihak KRUM atas perkongsian ilmu yang sangat bermakna.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Hafiz dan Ustaz Ridhwan atas usaha mengurus serta memberi semangat kepada murid-murid sepanjang bengkel ini πͺ
Teruskan melangkah ke hadapan, anak-anak hebat, bersemangat belajar dan mencapai kejayaan!
05/03/2026
β’ Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda
β’ Duta Sahsiah
β’ Pelancaran Nilam
π9 Februari 2026
πIsnin
Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda, Pelantikan Duta Sahsiah dan Pelancaran Program NILAM telah berlangsung dengan jayanya pada 9 Februari 2026 (Isnin). Program ini diadakan sebagai satu usaha untuk memupuk semangat kepimpinan, sahsiah terpuji serta budaya membaca dalam kalangan murid.
Majlis ini turut menyaksikan penyampaian watikah pelantikan kepada pemimpin muda sekolah yang terdiri daripada pengawas, ketua kelas dan barisan kepimpinan murid yang lain. Pelantikan Duta Sahsiah p**a diharapkan dapat menjadi contoh teladan kepada rakan-rakan dalam mengamalkan nilai murni, disiplin dan akhlak yang baik di sekolah.
Selain itu, pelancaran Program NILAM turut dilaksanakan bagi menggalakkan murid membudayakan amalan membaca sebagai satu gaya hidup. Semoga program ini dapat melahirkan murid yang berilmu, berakhlak mulia dan berdaya saing pada masa hadapan. πβ¨
05/03/2026
π
Majlis Penutupan Program Transisi 2026π
Majlis penutupan telah berlangsung dengan jayanya pada 6 Februari 2026 (Jumaat) bertempat di Dewan SKFBS. Majlis ini telah dirasmikan oleh Guru besar Puan Amaliah binti Khamis.
Program ini bertujuan membantu murid Tahun 1 menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, guru serta rakan baharu sebelum memulakan sesi pembelajaran secara rasmi. Semoga pengalaman sepanjang program ini menjadi langkah permulaan yang baik buat anak-anak dalam perjalanan menuntut ilmu.
Terima kasih kepada semua guru dan warga sekolah yang telah menjayakan program ini dengan penuh dedikasi. πΈπ
05/03/2026
π Jom Daftar Prasekolah π
Ibu bapa yang mempunyai anak lahir pada 2 Januari 2021 hingga 31 Disember 2023, jangan lepaskan peluang untuk mendaftarkan anak anda ke Prasekolah SK Felda Bukit Senggeh.
Mari beri anak-anak permulaan pendidikan yang ceria, menyeronokkan dan penuh pengalaman pembelajaran.
20/02/2026
PROGRAM ANTARABANGSA β Guiding Tiesβ Malaysia - Singapore
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran atas kejayaan Program Antarabangsa βGuiding Tiesβ MalaysiaβSingapore yang telah dianjurkan oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka, melibatkan penyertaan dari Malaysia dan Singapore.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada KPC Tunz Zaharah dan Ketua Program, Izanoriza Binti Ab Rahim atas penganjuran program yang penuh bermakna ini. Penghargaan khas juga buat Ustazah Tijah selaku Penyelaras Unit Beruniform Pandu Puteri Tunas SK Felda Bukit Senggeh atas peluang yang diberikan kepada Naurah dan Amani untuk menyertai program ini.
Sesungguhnya pengalaman ini menjadi satu kenangan paling berharga buat mereka dalam dunia unit beruniform β membina keyakinan diri, persahabatan antarabangsa serta semangat kepimpinan.
Semoga program seperti ini terus menjadi jambatan ukhwah, memupuk jati diri dan melahirkan generasi pemimpin masa hadapan yang cemerlang.
Terima kasih buat semua yang terlibat πΈβ¨
20/02/2026
4 FEBRUARI 2026 | RABU
Alhamdulillah, pada 4 Februari 2026 telah berlangsung Program Anugerah Kecemerlangan Rancangan Felda (AKRF) Tun Ghafar di Felda Bukit Senggeh, Asahan, Melaka.
Pihak penganjur telah menjemput Team Prasekolah SK Felda Bukit Senggeh yang dikenali sebagai Meqcun Fabulous untuk membuat persembahan tarian Melayu. Persembahan yang penuh semangat dan ceria ini telah mencuri perhatian para hadirin.
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada tenaga pengajar, Cikgu Zulaikha, para ibu bapa serta PPM yang telah memberikan sokongan dan kerjasama yang sangat baik dalam menjayakan persembahan ini.
Murid-murid yang terlibat adalah seramai 6 orang:
Prasekolah π
πΈ Anggun Nur Clarissa
πΈ Nur Aisyah Umairah
πΈ Nur Intan Nellydia
πΈ Nurul Iman Aafiyah
πΈ Nur Sha Medina Mikayla
Tahun 1 π
πΈ Nur Aamina Sumayyah
Akhir kata, semoga anak-anak ini terus berani melangkah ke hadapan, menimba pengalaman berharga serta mengasah bakat yang ada. Moga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.
Tahniah Meqcun Fabulous! β¨π
06/02/2026
π PROGRAM PLANETARIUM DI SEKOLAH πͺβ¨
Pada 28 Januari 2026 (Rabu), warga sekolah amat teruja apabila menerima kunjungan Planetarium ke sekolah!
Murid-murid berpeluang melihat dan menyelami pengembaraan ke alam di luar bumi melalui pengalaman yang sangat menarik dan penuh ilmu. Antara pengisian yang dipelajari termasuk sistem suria, gambaran terbentuknya asteroid, serta fenomena meteor yang menakjubkan. βοΈπ
Lebih menarik, murid-murid juga dapat melihat dinosaur secara dekat, sambil menikmati keindahan alam semula jadi yang dipamerkan. Suasana menjadi lebih meriah apabila murid-murid dan guru tidak melepaskan peluang bergambar bersama astronaut gergasi sebagai kenangan istimewa. π§βππΈ
Program ini merupakan usaha kecil pihak sekolah untuk mencipta kenangan dan pengalaman besar buat semua murid. Semoga pengalaman ini menjadi inspirasi untuk terus mencintai ilmu dan meneroka dunia sains dengan lebih dekat. π
27/01/2026
Ayuh Fabulous, dah bersedia? πͺπ₯
Berlari bukan sekadar menang, tapi membina semangat juang dan disiplin diri.
Teruskan melangkah hingga ke garisan penamat! πͺβ¨
Dah sedia ke? Laluan Merentas Desa.
Laluan merentas desa SK Felda Bukit Senggeh, Melaka.
19/01/2026
Perhimpunan Bulanan Badan Beruniform SKFBS 2026
π 19 Januari 2026, Isnin
β° 7.30 pagi
ποΈ Dewan Sk Felda Bukit Senggeh
Unit bertugas: Pengakap
Alhamdulillah, Perhimpunan Bulanan Badan Beruniform bagi sesi 2026 telah berlangsung dengan lancar. Terima kasih kepada semua guru penasihat dan murid-murid yang memberi komitmen penuh sepanjang perhimpunan ini.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Unit Pengakap selaku unit bertugas yang telah mengendalikan perhimpunan dengan teratur, berdisiplin dan penuh semangat. Semoga nilai kepimpinan, kerjasama dan jati diri terus subur dalam diri setiap murid.
Teruskan melangkah maju, membina sahsiah unggul dan semangat berpasukan demi kecemerlangan sekolah tercinta. πΏβοΈ
19/01/2026
Jom ke sekolah SK Felda Bukit Senggeh π
Ep. Khas: Jom ke Sekolah! FABULOUS 26
Pembukaan sekolah sesi 2026. Moga terus cemerlang.Lagu latar: Seindah BiasaSuara latar: Yusof Zulkarnain