09/03/2026
Suprise Penerima Anugerah Pengetua (AP)
9 Mac 2026 Arau, Perlis
Ptg tadi berlangsung assembly maktab dan juga penyerahan Sijil Anugerah Pengetua utk sem 2, 2025.
Tahniah kami ucapkan kepada semua penerima!
Di sebalik sekeping sijil itu, sebenarnya ada b*k masa yang dikorbankan, tenaga yang dikerah, dan emosi yg turun naik sepanjang perjuangan anak-anak ini.
Lepas selesai je majlis di dewan, guru2 buat sikit kejutan kecil. Keluar-keluar dewan ada extra menu untuk iftar malam ni. Suprise ni bukanlah besar, tapi sekadar nak bagi segar mata dan senyum sikit selepas penat berusaha.
Hakikatnya, makanan itu takkan mampu bayar harga usaha dan lelah mereka. Tapi cukuplah sebagai tanda yg guru2 dan pihak maktab nampak usaha mereka dan sgt2 bangga.
Kpd semua penerima anugerah hari ini, teruskan usaha dan jangan cepat rasa selesa. Perjalanan masih jauh. Dan kepada anak-anak yang masih berjuang, jangan putus semangat. Setiap orang ada garis masa sendiri. Kadang2 yg lambat itulah yang akhirnya paling jauh pergi.
Sbb dalam hidup, bukan siapa yang paling cepat sampai… tapi siapa yang tak berhenti berjalan.💪🏻💪🏻