Maahad Tahfiz al-Bayan

Maahad Tahfiz al-Bayan Status al-Bayan sebagai Sekolah Menengah Agama Rakyat (SAR). Beralamat di Arau Perlis SISTEM PENGAJIAN :

Pengajian al-Bayan menggunakan sistem marhalah.

Setiap marhalah mengambil masa sekurang-kurangnya satu tahun. Tempoh satu marhalah tidak terikat dengan bilangan tahun tetapi bergantung kepada pencapaian pelajar. Pelajar yang gagal dalam marhalah berkenaan tidak dibenarkan meneruskan ke marhalah berikutnya. Pelajar yang berjaya menamatkan 4 marhalah pengajiannya dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Al-Bayan layak dikurniakan SIJIL TAHFIZ AL-BAYAN. SYARAT PENGAMBILAN :

1) Lancar membaca al-Qur'an dan mahir membaca dan menulis jawi dan rumi.
2) Tamat tahun 5 atau 6 di sekolah rendah kerajaan atau swasta. Pencapaian di tahap tersebut sekurang-kurangnya 3A 2B. Pengambilan pelajar dihadkan seramai 20 orang (lelaki sahaja)
3) Lulus temuduga seperti yang ditetapkan oleh Al-Bayan. Semua pelajar WAJIB tinggal di asrama. YURAN PENGAJIAN :

1) Pendaftaran pelajar : RM 10 (Sekali sepanjang pengajian)
2) Yuran peperiksaan dan PIBG : RM 50 (Sekali setahun)
3) Yuran pengajian : RM 700 (Sekali setahun)
4) Yuran makan minum asrama : RM 200 (Setiap bulan)

*Bergantung kepada pindaan dari semasa ke semasa

SUKATAN PELAJARAN :

1) Hafazan al-Qur'an
2) Ulum al-Qur'an dan Tajwid
3) Pendidikan Islam KBSM, Tingkatan 1,2,3
4) Bahasa Arab Komunikasi KBSM, Tingkatan 1,2,3
5) Bahasa Melayu, Tingkatan 1,2,3
6) Bahasa Inggeris, Tingkatan 1,2,3
7) Ko-kurikulum

GURU DAN PENDIDIK :

Guru dan pendidik yang mengajar di al-Bayan ialah mereka yang berkelayakan Diploma atau Ijazah dan menghafaz 30 Juzuk al-Qur'an dan mempunyai syakhsiah islamiyah yang baik. KERJAYA :

Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian al-Bayan akan dianugerahkan SIJIL TAHFIZ AL-BAYAN. Sijil tersebut akan melayakkan mereka ke Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Agama Rakyat atau Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), seterusnya membolehkan mereka mengambil SPM atau STAM atau pengajian Khas di UNISEL Selangor atau menyambung pengajian di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi dalam atau luar negara. OPERASI :

Maahad Tahfiz al-Bayan akan mula beroperasi dan memulakan pengambilan pelajarnya pada awal Januari tahun 2015. PEMEGANG AMANAH :

1) UST IDRIS BIN YAACOB (012-4005648)
2) EN. MOHD NOOR BIN MOHD ISA (019-4362141)
3) EN. AZHAR BIN SHAARI (012-5367186)

KOS PEMBANGUNAN :

Kami sebagai pemegang amanah al-Bayan merayu dan memohon sumbangan daripada Muslimin / Muslimat bagi membantu menjayakan Maahad Tahfiz al-Bayan sama ada berupa wakaf atau derma. Sumbangan anda boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) No. Acc ( 09010010068324 ) di atas nama Maahad Tahfiz al-Bayan, Kg. Bukit Mas, Jln. Ulu Pauh, 02600 Arau, Perlis. ATAU melalui pemegang-pemegang amanah al-Bayan. PERALATAN ATAU KEPERLUAN :

1) 10 buah katil besi 2 tingkat
2) 20 buah tilam dunlop
3) 5 set komputer
4) 10 almari besi untuk pelajar
5) Set dapur
6) Peti ais dan freezer
7) 1 Projector dan skrin layar sebagai alat bantuan mengajar
8) 2 Papan putih
9) 20 Rehal Lipat

Kehadapan yang berbahagia Dato'/Datin/Tuan/Puan yang ingin menyumbang sila hubungi PEMEGANG-PEMEGANG AMANAH AL-BAYAN.

21/07/2026
JAWATAN KOSONG JAWATAN KOSONG JAWATAN KOSONG JAWATAN KOSONG JAWATAN KOSONG ‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️📣📣📣📣📣📣📣📣📣...
23/05/2026

JAWATAN KOSONG JAWATAN KOSONG JAWATAN KOSONG JAWATAN KOSONG JAWATAN KOSONG ‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️
📣📣📣📣📣📣📣📣📣📣📣📣📣📣📣📣📣📣

Assalamulaikum wbt. Maahad Tahfiz Al Bayan memerlukan dan membuka peluang bagi jawatan berikut :

WANITA SAHAJA 🧕
1. WARDEN
2. GURU TAHFIZ

SYARAT-SYARAT 💡
1️⃣ Mempunyai syahadah tahfiz/sijil/diploma
2️⃣ Minat mendalam
3️⃣ Berakhlak mulia

Jika berminat, sila emel resume anda ke [email protected] atau,

Hubungi 012-4005648 (Ust. Idris) / 019-9824028 (Ust. Wafie)

“BERILMU, BERIMAN, BERTAKWA”

📌 Maahad Tahfiz Al-Bayan mengucapkan...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATINKepada semua muslimin dan muslim...
21/03/2026

📌 Maahad Tahfiz Al-Bayan mengucapkan...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Kepada semua muslimin dan muslimat.

Minal 'aaidin wal faizin, kullu 'aam wa antum bikhair ✨🌙

📌 Assalamualaikum wmt. wbt.Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT.Tahniah dan syabas diucapkan kepada dua orang pelaj...
18/03/2026

📌 Assalamualaikum wmt. wbt.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada dua orang pelajar Maahad Tahfiz Al-Bayan (MATAB) yang telah berjaya dalam Pra Syahadah Tahfiz (2 Juzuk) :

📖 MUHAMMAD MU'AZ MIHZAM BIN MOHD RIZUWAN : Juzuk 1–2
📖 MISY'AL MUJAHID BIN MOHD SHAHAROM : Juzuk 5–6

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat dan inspirasi kepada pelajar-pelajar lain untuk terus istiqamah dalam menghafaz dan mencintai Al-Quran.

InsyaAllah, teruskan usaha dan doa kami sentiasa bersama kalian.
آمين يارب العالمين... سروا على بركات اللّٰه 🤲🏻
“BERILMU, BERIMAN, BERTAKWA”

📌Assalamualaikum wmt. wbt.🌙 Majlis Iftar Jamai'e Ramadan Maahad Tahfiz Al-Bayan (MATAB) 🌙 Bersempena bulan Ramadan 1447H...
15/03/2026

📌Assalamualaikum wmt. wbt.

🌙 Majlis Iftar Jamai'e Ramadan Maahad Tahfiz Al-Bayan (MATAB) 🌙

Bersempena bulan Ramadan 1447H yang mulia ini, Maahad Tahfiz Al-Bayan (MATAB) dengan berbesar hati telah mengadakan Majlis Iftar Jamai'e Ramadan MATAB bersama ibu bapa, waris, ahli Lembaga Tadbir MATAB, guru-guru, alumni, dan pelajar-pelajar Banin dan Banat.

Kehadiran dan sambutan seluruh warga MATAB amatlah kami hargai dalam memeriahkan majlis dan mengeratkan ikatan silaturrahim dalam bulan Ramadan yang mulia tahun ini.

📅 Tarikh: 15 Mac 2026
⏰ Masa: 07.00 pm (Ahad)
📍 Lokasi: Bangunan MATAB (L), Kampung Bukit Mas, Ulu Pauh, 02600 Arau, Perlis

✨Erat Silaturrahim, Raih Keberkatan✨

Semoga majlis ini menjadi wasilah keberkatan buat kita semua. Aamin ya rabbal 'alamin 🤲

📌 Assalamualaikum wmt. wbt.Kerja-kerja penggalian telaga tiub Maahad Tahfiz Al-Bayan (MATAB). Alhamdulillah... Hadza min...
15/03/2026

📌 Assalamualaikum wmt. wbt.

Kerja-kerja penggalian telaga tiub Maahad Tahfiz Al-Bayan (MATAB). Alhamdulillah... Hadza min fadhli rabbi. Hasil sumbangan waqaf orang ramai, kerja-kerja penggalian telaga tiub dapat dijalankan. Mudah-mudahan, pahala yang berterusan kepada para pewaqaf dan semua pihak yang menyumbang.

Pembaca al-Quran mengulang sehingga dia menghafaz.Penghafaz p**a mengulang sehingga hafazannya menjadi kukuh.Yang telah ...
05/02/2026

Pembaca al-Quran mengulang sehingga dia menghafaz.
Penghafaz p**a mengulang sehingga hafazannya menjadi kukuh.
Yang telah kukuh terus mengulang sehingga dia benar-benar mahir (mutqin).
Dan yang telah mahir terus mengulang sehingga dia tidak lupa.

Nikmat pertama di sebalik semua itu ialah
amalan yang tidak pernah terputus.

Sebahagian daripada hikmah Allah yang sangat mendalam ialah:
Allah menjadikan al-Quran sentiasa “melekat” denganmu,
sehingga wujud antara kamu dan helaian-helaiannya
ikatan yang berterusan.

Dan suaramu sentiasa bergema dengannya
kadang dikuatkan,
kadang diperlahankan,
melalui bacaan al-Quran.

05/02/2026

Pernah tak kita terfikir, di sebalik topi keledar yang basah lencun di sebelah kereta kita tu, mungkin ada seorang ayah yang sedang menangis sembunyi-sembunyi?

Bunyi enjin motor dan deru hujan menjadi teman setia.
Dalam kepala dia bukan kosong.
Dia sedang berkira-kira baki duit dalam poket. Cukup tak untuk isi minyak esok? Cukup tak untuk beli pampers anak balik kerja nanti?

Kadang-kadang, air mata jantan jatuh juga. Bukan sebab lemah. Tapi sebab rasa beratnya bahu memikul dunia.
Rasa bersalah sebab keluar rumah sebelum anak bangun, dan balik rumah bila anak dah tidur.

Masa dia tengok orang lain selesa dalam kereta berhawa dingin, syaitan mula berbisik rasa kerdil diri. "Kenapa aku tak mampu bagi anak isteri aku senang macam orang lain?"

Fakta Kesihatan Mental (Burnout Emosi):
Keadaan ini dipanggil "Commuter Stress Syndrome". Rasa penat melampau bukan fizikal, tapi emosi. Ia boleh menyebabkan kemurungan senyap dan serangan panik di atas jalan raya. Jantung berdegup laju, tangan menggeletar tiba-tiba.

Tapi, tuan-tuan.
Tahu tak kenapa motor tu tak berhenti? Tahu tak kenapa kereta kancil lama tu terus bergerak walaupun enjin dah semput?

Sebab ada "Janji" yang perlu ditunaikan.
Janji untuk pastikan dapur berasap.
Janji untuk pastikan anak tak kelaparan.

Kepada abang motor, kakak kereta, pak cik bas kilang.
Anda tidak keseorangan. Penat lelah anda itu dilihat Tuhan. Setiap inci tayar bergolek demi nafkah yang halal, itu adalah jihad.

Janganlah berlumba. Janganlah mencelah bahaya semata-mata nak kejar 2 minit.
Ingatlah wajah anak yang tersenyum tunggu di pintu pagar.
Itulah ubat segala penat.
Itulah trofi sebenar anda.

Sampai dengan selamat ya. Kami doakan.

🌙 KEMPEN WAQAF RM10 PEMBINAAN TELAGA AIR 🌙Maahad Tahfiz Al-Bayan (MATAB)السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهMaahad Tahfiz Al-...
05/02/2026

🌙 KEMPEN WAQAF RM10 PEMBINAAN TELAGA AIR 🌙
Maahad Tahfiz Al-Bayan (MATAB)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Maahad Tahfiz Al-Bayan (MATAB) telah beroperasi sejak tahun 2015.

* Susulan peningkatan kos bil air serta pertambahan warga maahad, pihak MATAB bercadang untuk membina telaga tiub (4 inci) sebagai sumber air bawah tanah bagi kegunaan 23 orang pelajar, 6 orang kakitangan, dan 6 orang guru tuisyen.

💧 Anggaran kos pembinaan telaga: 1,300 lot / RM10 = RM13,000.00

- Sehubungan itu, pihak MATAB mengalu-alukan sumbangan wakaf berbentuk kewangan bagi menjayakan projek ini.

- Setiap sumbangan akan direkod dan dikemas kini, dan pewakaf dimohon untuk memajukan (forward) bukti transaksi/bil transfer bank kepada pihak MATAB bagi tujuan rekod.

- Kutipan wakaf ini akan dihentikan sebaik sahaja sasaran RM13,000.00 dicapai.

✨ Semoga sumbangan tuan/puan diberkati Allah SWT dan menjadi amal jariah yang berpanjangan.
🤲 Moga Ramadan tahun 1447H kali ini menambahkan amal soleh kita semua, insya-Allah.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته** TAJAAN IFTAR RAMADAN 1447H **📌 Jika ada yang berminat untuk menaja Iftar berbuka puasa...
15/01/2026

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
** TAJAAN IFTAR RAMADAN 1447H **

📌 Jika ada yang berminat untuk menaja Iftar berbuka puasa kepada anak-anak Maahad Tahfiz Al-Bayan, lelaki & perempuan seramai 21 orang, boleh maklumkan kepada pentadbiran MATAB di talian:

☎️019-9824028 (Pejabat), atau
📱012-4005648 (Ustaz Idris)

Setiap transaksi atas talian (transfer) mestilah disertakan resit.

Boleh taja makanan atau wang ringgit (1 slot RM250.00).

Semoga Allah SWT memberkati kita semua pada bulan Ramadan yang akan datang. Sekian, terima kasih 🌙✨

Address

Maahad Tahfiz Al-Bayan, Kg Bukit Mas, Jln Ulu Pauh, Perlis
Arau
02600

Opening Hours

09:00 - 17:00

Telephone

+60124005648

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz al-Bayan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Tahfiz al-Bayan:

Shortcuts

Share

Category