08/06/2026
🎙️ Jom sama-sama pagi ini kita dengarkan perkongsian menarik mengenai UniMAP di PERLISfm
✨ HINGAQ PAGI x UniMAP LEBIH DARI SEKADAR KEJURUTERAAN
Bersama:
PROF. MADYA IR. TS. DR. BAHARUDDIN ISMAIL
TIMBALAN DEKAN AKADEMIK & PENYELIDIKAN MERANGKAP
PEMANGKU DEKAN, FAKULTI KEJURUTERAAN & TEKNOLOGI ELEKTRIK (FKTE)
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
📅 8 Jun 2026 (Isnin)
⏰ 9:30 pagi
📻 PERLISfm
31/05/2026
🌏✈️ TECHBOUND COIMBATORE 2026
Telah berlangsung dengan jayanya program Techbound Coimbatore 2026, iaitu program mobiliti outbound pelajar UniMAP ke Sri Ramakrishna Institute of Technology (SRIT), Coimbatore, India pada 24–30 Mei 2026.
Program ini mencipta sejarah sebagai program mobiliti outbound pelajar UniMAP yang pertama ke India. Dianjurkan sepenuhnya oleh mahasiswa melalui kerjasama Persatuan Pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKTE) dan Persatuan Pelajar Fakulti Komputer Cerdas (FKC), program ini melibatkan 9 pelajar FKTE dan 2 pelajar FKC.
Selaras dengan Teras 2 Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) iaitu Pemerkasaan Mahasiswa, Pembangunan Pelajar serta Jaringan Antarabangsa dan Industri, peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti yang memperkukuh kompetensi akademik, kemahiran insaniah dan pendedahan global, termasuk perkongsian ilmu berkaitan Internet of Things (IoT), lawatan industri ke Defree Engineering, serta program CSR di rumah kebajikan.
Lebih daripada sekadar program akademik, pengalaman ini membuka mata peserta terhadap kepelbagaian budaya, perkembangan teknologi global dan kepentingan nilai kemanusiaan, sekali gus membentuk mahasiswa yang lebih berdaya saing, berfikiran terbuka dan bersedia menghadapi cabaran di peringkat antarabangsa. Pelajar juga turut berpeluang menunaikan Solat Sunat Aidiladha disana yang disambut pada 28hb Mei.
Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
20/05/2026
📢 OFFICIAL ANNOUNCEMENT 📢
The results for the International Virtual Expo of Innovation Product and System Design 2026 (INVIDE 2026) will be officially announced as follows:
🗓️ Date : 20th May 2026
📅 Day : Wednesday
⏰ Time : 12:01 PM
📍 Platform : FKTE Facebook & YouTube
🔗 Facebook Live : : https://www.facebook.com/ftke.unimap
🔗 YouTube Channel: https://www.youtube.com/
We would like to express our sincere appreciation to all participants, judges, strategic partners, and supporters for contributing to the success of INVIDE 2026 as an international platform for innovation and creativity.
Stay tuned and all the best to all participants! ✨