05/08/2026
Pernah tak kita tengok anak buat benda yang sama berulang kali, kemudian terus fikir, "Kenapa tak cuba cara lain?"
Sebenarnya, kanak-kanak hanya boleh menggunakan strategi yang mereka sudah pernah alami. Kalau mereka belum pernah melihat alternatif, mereka mungkin akan mengulang cara yang sama walaupun hasilnya masih sama. Itu bukan kerana mereka degil. Mereka sedang membina pengalaman.
Sebab itu di KinderKaizen, PlayLeader tidak terus membetulkan atau memberi jawapan. Kami beri ruang untuk anak mencuba, gagal, mengurus rasa kecewa, dan berfikir.
Apabila mereka benar-benar memerlukan bantuan, barulah kami masuk sebagai scaffold—bukan mengambil alih, tetapi membuka satu cara baru yang boleh mereka cuba sendiri.
Kerana pembelajaran bukan tentang siapa paling cepat berjaya. Ia tentang bagaimana seorang kanak-kanak membina cara berfikir untuk menghadapi cabaran yang seterusnya.