02/03/2026
Program STRIKE 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 23 Februari hingga 26 Februari 2026. Program kecemerlangan akademik ini memberi fokus kepada strategi dan teknik menjawab peperiksaan bagi pelajar Semester 4 SVM di Kolej Vokasional Arau.
Sepanjang program berlangsung, para pelajar telah didedahkan dengan teknik menjawab soalan yang berkesan, pengurusan masa semasa peperiksaan serta kaedah memahami kehendak soalan dengan lebih tepat. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Umum dan mendapat sambutan serta komitmen yang baik daripada para pelajar.