Jabatan Pelancongan & Hospitaliti - JPH, PTSS

Jabatan Pelancongan & Hospitaliti - JPH, PTSS Fb Page rasmi bagi Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis, Malaysia

Laman Facebook Rasmi
Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis

26/07/2026

GOTONG-ROYONG JPH WATER HARVESTING FASA 1

Sabtu - 25 Julai 2026

Sebagai usaha menangani gangguan bekalan air yang sedang dihadapi di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), warga Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) telah berganding bahu melaksanakan Gotong-Royong JPH Water Harvesting Fasa 1.

Inisiatif ini merupakan langkah kontingensi jabatan melalui pemasangan sistem tadahan air hujan yang melibatkan pembinaan saluran tadahan, tangki takungan, pam air dan sistem agihan. Usaha ini diharap dapat membantu menyediakan sumber air alternatif bagi kegunaan yang bersesuaian di JPH.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa teknikal dan staf JPH yang telah menyumbangkan tenaga, masa dan komitmen dalam menjayakan fasa pertama projek ini.

Bersama kita membina solusi, demi kelestarian dan kesejahteraan kampus.



PELANCONGAN BERASASKAN KOMUNITI: JALINAN AKADEMIAโ€“KOMUNITI KAMPUNG NESAM๐Ÿ“… 23 Julai 2026๐Ÿ“ Kampung Nesam, PerlisJabatan Pe...
24/07/2026

PELANCONGAN BERASASKAN KOMUNITI: JALINAN AKADEMIAโ€“KOMUNITI KAMPUNG NESAM

๐Ÿ“… 23 Julai 2026
๐Ÿ“ Kampung Nesam, Perlis

Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH), Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) telah berjaya menganjurkan Program Pelancongan Berasaskan Komuniti (Community Based Tourism - CBT): Jalinan Akademia-Komuniti Kampung Nesam bagi kursus DTM50462, melibatkan 80 orang pelajar daripada DUP5A, DUP5B dan DUP5C bersama 7 orang pensyarah.

Program ini dilaksanakan melalui kolaborasi strategik antara PTSS, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Perlis, Perlis Nature Explorer (PNX), Perbadanan Pengurusan Kawasan Perlis State Park (PPKNPS) serta Komuniti Kampung Nesam.

Sepanjang program, para pelajar dan komuniti Kampung Nesam telah mengikuti sesi perkongsian ilmu yang disampaikan oleh Puan Siti Zauyah binti Abu Bakar, Encik Asmirul bin Adnan dan Ustaz Faryzal Abd Razak, di samping menyertai lawatan lapangan dan sesi interaksi yang memberi pendedahan mengenai konsep, prinsip serta pelaksanaan Community Based Tourism (CBT) sebagai pemangkin pembangunan pelancongan lestari.

Program ini bukan sahaja memperkukuh pembelajaran berasaskan pengalaman, malah mengeratkan hubungan antara institusi pendidikan, agensi kerajaan dan komuniti dalam usaha memperkasa pembangunan pelancongan berasaskan komuniti di negeri Perlis.

JPH PTSS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan kolaborasi dan komuniti Kampung Nesam atas komitmen serta kerjasama dalam menjayakan program ini.






24/07/2026

PELAJAR DHF4B KUASAI OPERASI FOODCOURT MELALUI PEMBELAJARAN BERASASKAN INDUSTRI

๐Ÿ“… 21 Julai 2026
๐Ÿ“ Banquet Hall, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)

Seramai 28 orang pelajar DHF4B telah melaksanakan amali Foodcourt bagi kursus Commercial Food Service Operation (DTF40304) di bawah bimbingan En. Mohd Sharin bin Sujor dan En. Ahmad Firdaus bin Mohd Hanafiah.

Amali ini memberi peluang kepada pelajar mengendalikan operasi foodcourt dalam suasana yang menyerupai persekitaran industri sebenar. Pelajar mengaplikasikan kemahiran dalam penyediaan makanan, kawalan kualiti, kebersihan dan keselamatan makanan, serta penyampaian perkhidmatan pelanggan yang profesional.

Menerusi pelaksanaan peranan Chef of the Day (COD) dan Manager of the Day (MOD), pelajar turut mengasah kemahiran kepimpinan, komunikasi, kerja berpasukan dan pengurusan operasi. Pengalaman pembelajaran berasaskan amali ini membentuk graduan yang lebih kompeten, berkeyakinan dan bersedia memenuhi keperluan industri hospitaliti serta perkhidmatan makanan.





JALINAN KERJASAMA STRATEGIK MEMPERKASA PELANCONGAN DAN GEOPARK PERLIS ๐Ÿ“… 13 Julai 2026๐Ÿ“ Pejabat Kementerian Pelancongan, ...
17/07/2026

JALINAN KERJASAMA STRATEGIK MEMPERKASA PELANCONGAN DAN GEOPARK PERLIS

๐Ÿ“… 13 Julai 2026
๐Ÿ“ Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Perlis**

Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH), Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) telah mengadakan Sesi Libat Urus Jalinan Kerjasama Strategik bersama Pejabat MOTAC Negeri Perlis , Bahagian Pelancongan, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Perlis dan Perlis Geopark bagi memperkukuh jaringan kerjasama dalam pembangunan pelancongan, seni, budaya dan geopelancongan di negeri Perlis.

Sesi perbincangan telah dipengerusikan oleh Tuan Mohammad Faidzul bin Awang Bakar, Pengarah MOTAC Negeri Perlis, serta disertai Puan Yuzaima binti Yahaya, Wakil Setiausaha Bahagian Pelancongan, BPEN Perlis. Delegasi JPH PTSS diketuai oleh Puan Siti Zauyah binti Abu Bakar , Ketua Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, PTSS bersama ketua-ketua program serta pensyarah JPH yang terlibat.

Perbincangan memberi fokus kepada potensi pelaksanaan program kolaboratif melibatkan pembangunan modal insan, latihan industri, penyelidikan, program akademik, geotourism, warisan, seni dan budaya yang mampu memberi impak kepada pembangunan pelancongan lestari serta memperkukuh pengalaman pembelajaran pelajar TVET.

Semoga jalinan kerjasama strategik ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif berimpak tinggi antara institusi pendidikan, agensi kerajaan dan rakan strategik dalam usaha memperkasakan ekosistem pelancongan serta mengangkat Perlis sebagai destinasi geopelancongan bertaraf dunia.







17/07/2026

PELAJAR DHR3A DALAMI PEMERHATIAN FLORA DAN FAUNA DI FRIM PERLIS

๐Ÿ“… 16 Julai 2026
๐Ÿ“ Stesen Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Perlis

Seramai 38 orang pelajar DHR3A telah mengikuti amali Observation Flora and Fauna bagi kursus Fundamentals of Resort Recreation (DTR30214) di bawah bimbingan Puan Junita binti Jalaluddin dan Encik Nor Haizan bin Mehat.

Amali lapangan ini memberi peluang kepada pelajar mengenali kepelbagaian flora dan fauna, meningkatkan kemahiran pemerhatian serta menghayati kepentingan pemuliharaan biodiversiti sebagai elemen penting dalam pembangunan rekreasi resort yang lestari.

Pembelajaran berasaskan pengalaman seperti ini terus memperkukuh kompetensi pelajar dalam bidang rekreasi resort serta mempersiapkan mereka menjadi graduan yang berpengetahuan, berkemahiran dan peka terhadap kelestarian alam sekitar.









17/07/2026

Beginilah rupa kelas di JPH PTSS.

Bukan sekadar memasak.
Bukan sekadar menghidang.
Tetapi belajar mengurus operasi sebenar restoran makanan segera dengan standard industri.

Seramai 27 orang pelajar DHF4B telah melaksanakan amali Fast Food bagi kursus Commercial Food Service Operation (DTF40304) di bawah bimbingan En. Sharin bin Sujor dan En. Ahmad Firdaus bin Mohd Hanafiah.

Real Kitchen.
Real Service.
Real Experience.

IGNITE YOUR FUTURE: INSPIRASI DAN MOTIVASI BERSAMA ALUMNI๐Ÿ“… 15 Julai 2026๐Ÿ“ Dewan Banquet, PTSS Jabatan Pelancongan dan Ho...
17/07/2026

IGNITE YOUR FUTURE: INSPIRASI DAN MOTIVASI BERSAMA ALUMNI

๐Ÿ“… 15 Julai 2026
๐Ÿ“ Dewan Banquet, PTSS

Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH), PTSS di bawah Program DHR dan DHF telah menganjurkan program Ignite Your Future: Inspirasi dan Motivasi Bersama Alumni yang menghimpunkan pelajar bersama dua alumni berjaya dalam industri hospitaliti.

Perkongsian telah disampaikan oleh Cik Zahirah binti Zulkifli, Alumni Diploma Pengurusan Resort yang kini berkhidmat dalam bidang Sports & Recreation. Beliau mempunyai pengalaman di Mandarin Oriental Desaru Coast serta PCB Beach Resort dan aktif dalam pengendalian aktiviti rekreasi, sukan dan pengalaman pelanggan di resort bertaraf lima bintang.

Perkongsian seterusnya p**a disampaikan oleh En. Muhammad Farizzuddin bin Ahmad Sukri, Alumni Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal yang kini berkhidmat dalam bidang Sports & Recreation di industri resort. Beliau mempunyai pengalaman di Mandarin Oriental Desaru Coast serta PCB Beach Resort dan aktif dalam pengendalian aktiviti rekreasi, sukan dan pengalaman pelanggan di resort bertaraf lima bintang

Semoga perkongsian pengalaman dan kejayaan alumni ini menjadi inspirasi kepada para pelajar untuk terus berusaha, membina kompetensi dan melakar kecemerlangan dalam kerjaya pada masa hadapan.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.








12/07/2026
PTSS HIMPUNKAN WARGA AKADEMIK DAN INDUSTRI DALAM PERKONGSIAN EKSKLUSIF TOKOH GEOPARK DUNIA๐Ÿ“… 11 Julai 2026 | ๐Ÿ“ Dewan Kuli...
12/07/2026

PTSS HIMPUNKAN WARGA AKADEMIK DAN INDUSTRI DALAM PERKONGSIAN EKSKLUSIF TOKOH GEOPARK DUNIA

๐Ÿ“… 11 Julai 2026 | ๐Ÿ“ Dewan Kuliah Utama (DKU), PTSS

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) telah menjadi tuan rumah kepada Program "Unlocking Geotourism Potential" yang menghimpunkan warga akademik, pelajar, agensi kerajaan, penggiat industri pelancongan, komuniti Perlis Geopark dalam satu sesi perkongsian ilmu berprestij.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Dr. Isyati, Timbalan Pengarah (Akademik) PTSS , diikuti ucapan oleh YBrs. Tuan Haji Hasan Hafizi bin Hanapi, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Perlis merangkap Pengurus Perlis Geopark. Turut hadir adalah YBrs. TPr Dr. Mohamad Sabri bin Ahmad, Pengarah PLANMalaysia Perlis, Encik Syamil Abd. Rahman, Pengerusi Perlis Nature Explorer (PNX), merangkap Penasihat Industri DUP, JPH, PTSS, wakil komuniti Perlis Geopark, geoguide serta agensi-agensi pelancongan negeri.

Kemuncak program menampilkan YBhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Ibrahim Komoo, Pengerusi Majlis Warisan Kebangsaan, Timbalan Presiden Global Geoparks Network (GGN) serta Panel Penilai UNESCO Global Geoparks, yang menyampaikan perkongsian ilmu berkaitan potensi geopelancongan, pembangunan lestari serta hala tuju pembangunan geopark di Malaysia.

Program ini membuka peluang kepada para pelajar, khususnya pelajar Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH), PTSS, untuk menimba ilmu secara langsung daripada tokoh geopark bertaraf dunia, sekali gus memperkukuh kefahaman mereka terhadap konsep geopark, geowarisan dan pembangunan geopelancongan lestari.

Majlis diakhiri dengan ucapan penghargaan dan penutup oleh Encik Mohammad Faidzul bin Awang Bakar, Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Perlis.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Perlis selaku penganjur, dengan kerjasama Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH), PTSS, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Perlis dan Perlis Geopark, atas kejayaan menganjurkan Program "Unlocking Geotourism Potential".

Semoga program berimpak tinggi seperti ini terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara akademia, industri, komuniti dan agensi kerajaan dalam memperkasa Perlis Geopark sebagai destinasi geopelancongan yang lestari.












๐Ÿ“ธ : Iman Balkis - Perlis Nature Xplorer

Address

Jabatan Pelancongan Dan Hospitaliti, Politeknik TUanku Syaed Sirajuddin
Arau
02400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pelancongan & Hospitaliti - JPH, PTSS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share