06/08/2026
IM-PACT 2026 | 5.8.2026
"Industrial Machining Proposal, Critique And Technical Defence (IM-PACT 2026)"
Berlangsungnya sesi pembentangan Projek Tahun Akhir 1 bagi pelajar-pelajar 1 DVM Teknologi Pemesinan Industri pada 5hb Ogos 2026 di Makmal Kawalan Kualiti MPI KV Arau.
Terima kasih diucapakan kepada Pn. Nur Khuzaima binti Azman, Pensyarah Teknologi Kimpalan KV Arau dan En. Muhammad Hazman bin Md Isa, Pensyarah Teknologi Automotif KV Arau yang sudi meluangkan masa menjadi panel penilai pada sesi kali ini.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Ts. Ainaa Farhanah binti Mohd Razali selaku Penyelaras Projek Tahun Akhir Teknologi Pemesinan Industri KV Arau yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program ini. Dan penghargaan juga kepada Pn. Najian Athirah binti Abdullah, Pensyarah Teknologi Pemesinan Industri KV Arau yang mengemudi sesi kali ini.
Tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah mempamerkan hasil masing-masing. Semoga teguran dan cadangan yang telah disampaikan oleh panel diambil positif untuk penambahbaikan hasil kerja masing-masing.
Pemenang untuk sesi pembentangan IM-PACT 2026:-
Pembentang Terbaik - Muhammad Adam Rosli bin Abdul Ghaffar
Kertas Cadangan Terbaik - Smart Tool Condition Monitoring System
Idea Inovatif Terbaik - Smart Tool Condition Monitoring System
Penyelesaian Masalah Terbaik - Universal Clamping Jig
Potensi Industri Terbaik - Sistem Pemantauan Paras Cecair Penyejuk
"From Ideas To Industrial Impact"