01/08/2019
| TAHNIAH ATAS KEPUTUSAN TAWARAN KEMASUKAN UNIVERSITI 2019/2020 |
1 OGOS 2019 || GM UniMAP ||
WELCOME,
Gerakan Mahasiswa UniMAP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat semua mahasiswa mendapat tawaran kemasukan universiti terutama Univerisiti Malaysia Perlis khususnya.
27/07/2019
BANTAH KENAIKAN YURAN UNIVERSITI (UTM)
Gerakan Mahasiswa UniMAP menyambut baik protes Kenaikan Yuran UTM. Sehubungan dengan itu, GM UniMAP menyeru kepada semua mahasiswa untuk turun bersama ke HIMPUNAN PROTES KENAIKAN YURAN UNIVERSITI bagi kita melaungkan suara mahasiswa
Berikut adalah butiran HIMPUNAN PROTES KENAIKAN YURAN UNIVERSITI :
Masa : 1.30 pm
Tarikh : 28 Julai 2019
Tempat : UTM, Kuala Lumpur
Tema : Putih
Perjalanan : Berkumpul di LRT Damai dan berarak ke UTM KL
Ayuh kita bersolidariti bersama mahasiswa UTM dalam menghadapi masalah ini.
GERAKAN MAHASISWA
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
15/02/2019
ISU INTEGRITI
Saya terkejut apabila melihat satu 'posting' berkenaan satu kelab ini yang baru sahaja melangsungkan Mesyuarat Agung Tahunan mereka semalam (Khamis, 14 Feb 2019).
Notis pemberitahuan atau memo itu telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) pada tahun lepas.
Dalam memo tersebut jelas menyatakan bahawa
"Tempoh untuk mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan adalah sehingga 30 Nov 2018.."
Jelas sekali 2018 adalah tahun lepas kerana tahun ini adalah 2019. Alih-alih, ada satu kelab yang "berkecuali" daripada penguatkuasaan tersebut sedangkan kelab itu juga berdaftar di bawah JHEPA sama seperti persatuan yang lain.
Bagaimana boleh wujudnya kelab yang berkecuali dalam penguatkuasaan notis tersebut manakala setengah yang lainnya p**a terpakai ?
Atau adakah ada "tangan-tangan ghaib" yang menjadi kabel untuk melindungi kepentingan sesetengah benda serta menghalalkan segala tindakan walaupun tindakan tersebut menyalahi undang-undang yang telah ditetapkan sendiri.
Situasi seperti ini banyak kali sudah saya lewati, bahkan baru-baru ini saya "dinasihatkan" oleh pakcik pengawal keselamatan supaya "patuhi undang-undang universiti, sebab kita ada undang-undang.." hanyasa kerana p**ang lewat. Maka jika kejadian seperti ini, tidak perlukah pada nasihat seumpama itu juga?
Nasihat saya, jika undang-undang atau garis panduan yang telah digubal atau sedia ada tidak diikuti oleh "tangan-tangan ghaib" maka untuk keperluan apa mahasiswa perlu mengikutnya juga?
Atau adakah kerana kami ini kelas bawahan di Universiti ini dan layaknya dilayan seumpama budak sekolah dan bukannya "kelas atasan" yang senang senang melulus serta menghalalkan (legal) segala benda yang sudah digubal?
Anda fikir fikirkan.
05/12/2018
ANGKA PERATUSAN YANG BELUM CUKUP MEMUASKAN.
AYUH MAHASISWA, ADA SEDIKIT MASA LAGI, BANGKIT TURUN MENGUNDI!!!
05/12/2018
Update Peratusan Mengundi setakat ini.
AYUH MAHASISWA, TURUN MENGUNDI.
05/12/2018
Memang tiap tahun lambat ke? 🤔
Selamat mengundi. Pilihlah yang elok dan pandai buat kerja.
04/12/2018
CALON² TERBAIK MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UniMAP 2018/19
Disini, admin nak mudahkan hidup korang. So, admin dah senaraikan 7 daripada 11 Calon Konstituensi Umum.
03
04
05
07
12
11
06
Admin senaraikan based on Tips Memilih (Posting sebelum ni) iaitu Manifesto, Pencapaian dan Kredibiliti.
Selamat Memilih dan Mengundi!
04/12/2018
TIPS MEMILIH : CALON MPP UniMAP 1819
Tips diambil dari perkongsian En Muadz Nazari (HEPA UniMAP) di status WhatsApps beliau beberapa hari lepas.
Admin menyeru kepada semua mahasiswa UniMAP untuk turun mengundi pada esok hari 05 Disember 2018 di Pusat Pengajian masing-masing.
Admin juga mendoakan semoga MPP yang bakal dibina ini membawa suara mahasiswa bukannya suara Pentadbiran apatah lagi menjadi orang-orang yang mempertahankan Pentadbiran Universiti.
04/12/2018
Profresionalisme adalah satu penanda aras setiap individu termasuk mahasiswa dalam mengerjakan tugasnya. Orang-orang akan semakin percaya kepada individu professional yang mampu mengerjakan tugasnya dengan baik. Seorang mahasiswa yang profesionalisme haruslah mempunyai ciri-ciri yang baik sehingga dapat menjadi contoh kepada mahasiswa yang lain.
Dalam konteks ini, Banyak perkara yang mahasiswa zaman ini tidak dapat untuk menyelesaikan masalah peribadi mahupun juga masalah di kuliah. Ini berpunca daripada hilangnya sikap profesionalisme terhadap mahasiswa pada masa kini.
Bagi seorang mahasiswa yang merupakan calon-calon pendidik generasi bangsa, sikap profesionalisme sangatlah penting di dalam diri setiap individu yang bernama mahasiswa. Paling tidak memenuhi beberapa aspek memiliki pengetahuan yang relevan sesuai dengan sikap profesional yang memiliki kemampuan dan memahami standard akademik, bersikap ramah, sopan, punya keperibadian yang bagus, serta mempunyai keterampilan mengajar atau memberi ilmu pengetahuan kepada mahasiswa. Paling tidak ada dua sikap profesionalisme yang harus dimiliki oleh setiap individu mahasiswa iaitu profesionalisme dalam jati diri dan kependidikan.
Profesionalisme ini dapat dikaitkan dengan perwakilan pelajar di setiap universiti di malaysia sama ada IPTA mahupun IPTS. Profesionalisme jati diri di dalam seorang mahasiswa dapat dinilai dari segi keperibadian individu itu sendiri. Kita boleh melihat jika mahasiswa itu seorang yang sabar dalam sesuatu perkara, seorang yang ikhlas dan juga seseorang yang berintergriti tinggi di dalam sesuatu komuniti mahupun kelab/persatuan.
Profesionalisme kependidikan p**a dapat dinilai daripada pencapaian seseorang itu dalam akademik dan juga kokurikulum. Mahasiswa yang proaktif adalah mahasiswa yang bukan hanya menghadap kitab di kuliah dan di bilik sahaja tetapi melibatkan diri seperti bersukan dan juga menyertai aktiviti kemasyarakatan.
28/11/2018
Ketika di dalam dewan kuliah hari ini, pensyarah kami menegur salah seorang pelajar kerana melanggar etika pemakaian.
Pelajar tersebut hadir ke kelas dengan memakai seluar jeans, baju yang tidak berkolar dan lebih teruk lagi, hanya memakai selipar dan apabila melihat nama nya, dia adalah seorang calon perwakilan dan bukan itu sahaja dia juga seorang couser representative.
Persoalannya, ini kah pelajar yg patut dicontohi oleh mahasiswa? adakah ini yang seharusnya menjadi penampilan seorang pelajar bergelar mahasiswa?
Etika berpakaian di dalam Institusi Pengajian Tinggi(IPT) sememangnya berbeza jika ingin dibandingkan dengan alam persekolahan.
Ketika di peringkat sekolah, semua pelajar terikat dengan uniform khas yang telah ditetapkan. Berbeza p**a keadaannya di IPT, para pelajar diberikan kebebasan sepenuhnya dalam berpakaian.
Walaupun begitu, kebebasan berpakaian bukanlah suatu lesen untuk melanggar etika pemakaian ketika hadir ke kelas dan program formal universiti. Etika ini wajib dipatuhi oleh semua mahasiswa tanpa sedikit pun pengecualian.
Justeru itu, salah satu aspek penting dalam melahirkan mahasiswa berketrampilan adalah dengan melatih mereka mempraktikkan tatacara berpakaian yang betul sesuai dengan urusan dan majlis.
Melazimi penampilan yang kemas dan tidak berlebihan akan menjadi satu nilai tambah kepada mahasiswa, ianya akan memaksimumkan lagi tanggapan positif serta penghormatan masyarakat kepada mereka.
Sebagai konklusi, mahasiswa yang bakal bergelar 'seorang pemimpin pelajar' tidak seharusnya memandang enteng etika pemakaian ketika berada di dalam kawasan kampus. Etika ini diwujudkan sebagai salah satu alternatif yang membawa kepercayaan masyakat kepada sebuah entiti yang bergelar mahasiswa.
Kredit gambar : FB Amirhakim Razali
22/11/2018
JOM MASUK MPP
TRIP KE LUAR NEGARA TIAP HUJUNG TAHUN !
KERJA-KERJA GOYANG KAKI, MASUK SEKALI PASTI NAK LAGI !!!
AYUH DAFTAR SEKARANG!!
BORANG PENCALONAN BOLEH DIBELI PADA HARI INI!!
02/10/2018
Salam Ilmu, Keikhlasan,Kecemerlangan UniMAP.
Seiring dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia berkenaan memberi laluan Pelaksanaan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar untuk dikendalikan oleh mahasiswa, Jawatankuasa Pemilihan Pemimpin Mahasiswa (JPPM) Universiti Malaysia Perlis telah ditubuhkan.
Sehubungan dengan itu Pihak JPPM turut menyambut baik semangat autonomi dengan kebebasan bersuara oleh mahasiswa dengan membuka peluang kepada semua mahasiswa untuk turut serta dalam proses Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2018/2019.
Berikut adalah Kriteria yang diperlukan sebagai JPPM seperti di Poster;
Kepada yang berminat, boleh mengisi _Google Form_ yang telah disediakan di pautan berikut;
https://goo.gl/forms/0mMD8cLDhyRp6qmJ3
Jika terdapat sebarang pertanyaan mahasiswa boleh terus berhubung dengan saudara Hafiz Robert di talian 013-7053018.
Sekian, terima kasih.
Sumber : Page Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP