Planter's Guild UiTM Perlis

Planter's Guild UiTM Perlis

Share

Planters Guild (PG`s) UiTM Cawangan Perlis, Kampus Arau OBJEKTIF PENUBUHAN :

1. Berusaha dalam menjaga kebajikan dan keperluan semua ahlinya.
3.

Memastikan hubungan erat antara semua pelajar FPA amnya dan ahli PG's khususnya melalui aktiviti yang dijalankan.
2. Membantu pihak pengurusan FPA dalam segala hal berkaitan pelajar FPA. VISI :
★ Menjadi sebuah persatuan utama bagi FPA dalam membantu,menyokong dan berkongsi khidmat nasihat dalam segala aktiviti berkaitan pelajar FPA. MISI :
★ Gerak kerja persatuan dalam menjalankan aktiviti yang

Photos from Planter's Guild UiTM Perlis's post 17/04/2023

14 April 2023 - Program Iftar, Infaq & Ihya Ramadan 3.0 telah di adakan bersama-sama penghuni rumah Sinar Kasih Darul Aitam, seramai 15 orang anak2 yatim dan miskin menerima sumbangan dr staf UiTM Perlis dan individu2 persendirian. Selain dari program ihya ramadan, program konsultasi secara berkala berkaitan penanaman pokok buah-buahan juga turut di adakan di plot wakaf tanah di Pertubuhan tersebut.

Photos from Planter's Guild UiTM Perlis's post 08/03/2023

Alhamdulillah selesai sudah Planters' Molder Camp Siri 1/2023 Edisi Khas, 3 - 5 Mac 2023 untuk calon-calon Planters' Guild penggal baharu bermula semester Mac 2023 nanti. Kem ni diadakan di Taman Negeri Perlis, Wang Kelian dengan kekuatan 24 orang Planters muda dan 8 orang Fasilitator.

Sekalung tahniah kepada semua barisan tenaga pengajar Fakulti Perladangan dan Agro teknologi Kampus Arau, Cawangan Perlis kerana memberi sokongan padu bagi menjayakan program kali ini.

Setinggi penghargaan Terima Kasih juga kepada Pengarah Perhutanan Negeri Perlis, En Ag Shaffie Awang dan En Fendi dari Jabatan Perhutanan Negeri Perlis kerana memberi keizinan serta menyediakan kemudahan untuk pihak kami menjalan program kali ini. Turut tidak di lupakan pada rakan rakan yang terlibat. Terima Kasih.



Photos from Planter's Guild UiTM Perlis's post 24/01/2023

Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2022/2023
Tahniah Muhammad Fitri & Nursyahzani Amirah mewakili Fakulti Perladangan dan Agroteknologi UiTM Cawangan Perlis pada sesi kali ini.

19/01/2023

Tahniah Muhammad Fitri bin Jamil dari AT110 dan Nur Syahzani Amirah Binti Selamat dari AT232 atas perlantikan sebagai Jawatankuasa Pewakilan Pelajar sesi 2022/2023. Semoga kalian mampu mengorak UiTM Perlis & FPA ke arah yang lebih cemerlang dan gemilang.

Photos from Planter's Guild UiTM Perlis's post 14/01/2023

Jom kita mengundi calon MPP dari FAKULTI PERLADANGAN DAN AGROTEKNOLOGI, UiTM Cawangan Perlis, Kampus Arau.

27/06/2022

Penutup SAF 2022
TEAM FPA tetap juara di mata kita semua...
Terbaik planters...

20/06/2022

Assalam & Salam Sejahtera.

Data Alumni UiTM Cawangan Perlis

Pihak ICAN, UiTM Perlis sedang mengumpul data-data alumni UiTM Perlis. Mohon kerjasama untuk semua alumni FPA UiTM Cawangan Perlis untuk mengisi maklumat melalui link berikut:

https://forms.gle/srTLuXDwExQwN5Dh9

Terima kasih.

17/06/2022

Jom sama2 sokong team FPA untuk SAF 2023

06/06/2022
Want your school to be the top-listed School/college in Arau?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


UiTM
Arau
02600