09/09/2026
๐ STEM UniHERO X | Membina Minat, Mencetus Kreativiti! ๐ฌ๐
Alhamdulillah, 9 September 2026 selesai dengan jayanya Program STEM UniHERO X Peringkat Daerah yang berlangsung di SK Bukit Tinggi, melibatkan seramai 150 orang murid daripada enam buah sekolah.
Program ini dikendalikan dianjurkan oleh SK Bukit Tinggi dengan kerjasama oleh fasilitator dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui Centre of Excellence for Biomass Utilization, Universiti Malaysia Perlis . Pelbagai aktiviti STEM secara hands on telah dilaksanakan dengan pendekatan yang santai melalui Modul STEM UniHERO X terbitan CoEBU UniMAP , menyeronokkan dan mencabar kreativiti murid.
Sepanjang program, murid bergerak secara berkumpulan untuk menyelesaikan beberapa misi STEM yang menggabungkan elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Apa yang paling menggembirakan ialah melihat keterujaan mereka untuk mencuba, berbincang, membina, menguji dan menyelesaikan setiap cabaran bersama rakan rakan. ๐ก๐งช๐๏ธ๐ฑ
Program turut disempurnakan dengan pelancaran Modul STEM UniHERO X, yang menghimpunkan aktiviti STEM yang telah dibangunkan dan dilaksanakan oleh pasukan CoEBU sebagai usaha memperluaskan pendekatan pembelajaran STEM yang mudah, interaktif dan menyeronokkan kepada murid sekolah.
Satu lagi detik bermakna ialah majlis menandatangani persefahaman antara SK Bukit Tinggi dan CoEBU UniMAP, yang disempurnakan oleh Guru Besar SK Bukit Tinggi, Encik Abdul Rashid, bersama Ketua CoEBU, Prof. Madya Ts. Dr. Ahmad Anas Nagoor Gunny. Kerjasama ini diharapkan menjadi titik permulaan kepada lebih banyak program STEM, perkongsian kepakaran dan aktiviti bersama antara universiti dan sekolah pada masa hadapan.
Setinggi tinggi penghargaan kepada pihak SK Bukit Tinggi, pihak pentadbir, guru guru, enam buah sekolah yang terlibat, seluruh pasukan fasilitator UniMAP serta semua yang bertungkus lumus menjayakan program ini.
Dan yang paling penting, tahniah kepada 150 UniHERO X kita! ๐
Semoga pengalaman hari ini menjadi titik kecil yang mencetuskan rasa ingin tahu dan minat mereka terhadap dunia STEM.
Cetuskan minat, terokai ilmu, bina masa depan yang cemerlang.
Research Management Centre Universiti Malaysia Perlis
Office of DVC Research & Innovation, Universiti Malaysia Perlis
Faculty of Chemical Engineering Technology
Sk bukit tinggi,keplala batas