Official Kolej Komuniti Arau

Official Kolej Komuniti Arau

Share

Institut Pengajian Tinggi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi

Visi
Menjadi peneraju institusi TVET yang unggul

Misi
• Menyediakan akses yang meluas kepada program TVET yang berkualiti dan diiktiraf
• Memperkasakan komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat
• Melahirkan graduan holistik, berciri usahawan dan seimbang
• Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan

Program yang ditawarkan seperti :

Hanya perlu lulus SPM Subjek BM

Photos from Official Kolej Komuniti Arau's post 11/06/2026

Kolej Komuniti Arau Luas Sayap Ke Indonesia, Laksanakan Misi Mobiliti Dan Penanda Aras TVET Global

Medan, 11 Jun 2026 – Kolej Komuniti Arau (KKA) hari ini secara rasminya memulakan misi delegasi antarabangsa empat hari di Sumatera Utara, Indonesia sebagai usaha strategik memahat penanda aras baharu dan memperkasakan agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di peringkat global.

Program yang berlangsung sehingga 14 Jun ini merangkumi siri lawatan penanda aras, jalinan strategik bersama industri serta program mobiliti pasaran antarabangsa yang melibatkan pensyarah dan pelajar.

Perjalanan delegasi bermula semalam ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan delegasi kemudiannya berlepas dan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, Medan pada jam sekitar 9.00 pagi.

Bagi memastikan pengisian program mencapai impak optimum, delegasi hari pertama telah dipecahkan kepada tiga kumpulan fokus utama:

Misi Penanda Aras (Team A): Melibatkan lawatan kerja ke Dinas Perpustakaan & Arsip Provinsi Sumatera Utara bagi meninjau serta bertukar pandangan mengenai amalan terbaik pengurusan maklumat dan sistem pengarkiban era digital.

Sinergi Industri & Akademia (Team B): Menjayakan sesi Industrial Talk di Universitas Islam Sumatera Utara (UISU). Sesi berimpak tinggi ini dihadiri oleh barisan peneraju industri, Pengarah KKA, Pengarah Kolej Komuniti Baling serta delegasi korporat berkaitan bagi membincangkan ruang kolaborasi rantaian bakat global.

Mobiliti Pelajar Antarabangsa (Team C): Seramai tujuh orang pelajar bertuah bersama lima pensyarah pengiring melaksanakan program mobiliti akademik dengan mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Tinggi Ilmu Manajemen (STIM) Sukma dan Politeknik Cendana (POLCEN) bagi pendedahan silang budaya serta perkongsian fasiliti pembelajaran.

Selesai agenda rasmi, kesemua ahli delegasi diraikan dalam sesi apresiasi budaya menerusi jamuan makan tengah hari di Restoran Simpang 3 Mongonsidi bagi merasai keunikan gastronomi tradisi kulinari Padang dan Minang.

Delegasi seterusnya bergerak ke wilayah tanah tinggi Berastagi pada sebelah petang bagi sesi pengayaan budaya di beberapa lokasi ikonik termasuk Pagoda Shwedagon di Taman Lumbini dan Seruni. Hari pertama edisi jelajah ini ditutup dengan sesi daftar masuk di ULUNA Hotel, Berastagi bagi sesi taklimat teknikal sebagai persediaan menghadapi pengisian agenda seterusnya esok.

Langkah proaktif Kolej Komuniti Arau menembusi pasaran seberang laut ini dijangka menjadi rujukan penting dalam memperkukuh jalinan kerjasama akademik serantau sekali gus membuktikan kebolehupayaan institusi TVET Malaysia di persada antarabangsa.

Photos from Official Kolej Komuniti Arau's post 11/06/2026

Hari ini, barisan pensyarah Program Sijil Teknologi Elektrik, KKAcK telah turun padang mengadakan operasi Gerak Gempur di sekitar kawasan Kangar.

Kehadiran para pensyarah adalah untuk mengedarkan risalah hantaran, memberikan konsultasi kerjaya secara terus kepada komuniti serta membantu calon menyemak keputusan eBorang MyPOLYCC untuk tindakan "Setuju Terima" menjelang Hari Pendaftaran pada 22 Jun 2026 ini.

Inisiatif proaktif ini diharapkan dapat menyuntik kesedaran yang lebih tinggi dalam kalangan ibu bapa dan anak muda sekitar Perlis mengenai kepentingan pendidikan TVET.

Kepada anda yang berminat menyambung pengajian, boleh hubungi kami sekarang di 011-13343769 | 04-986 9800 (ext. 156).

Jom sambung belajar di KKA dan KKACK. "TVET For All"


Photos from Official Kolej Komuniti Arau's post 11/06/2026

CERDAS 2.0
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pensyarah Kolej Komuniti Arau iaitu Puan Haninah Binti Ismail, Puan Ainun Rafieza Binti Ahmad Tajuddin, Puan Nurazllen Binti Ahmad@Mazlan dan Puan Shafarizan Binti Abd Samad atas perkongsian ilmu bersama pelajar STIM SUKMA menerusi tajuk “Perkongsian Kewangan Demi Masa Depan Anak Muda”.

Perkongsian ini sarat dengan inspirasi dan panduan dalam membentuk generasi muda yang lebih celik kewangan, bijak mengurus perbelanjaan serta mampu merancang masa depan dengan lebih terarah dan yakin.

Photos from Official Kolej Komuniti Arau's post 11/06/2026

📢 JOM DAFTAR PENGAJIAN DI KOLEJ KOMUNITI ARAU & KOLEJ KOMUNITI ARAU CAWANGAN KANGAR! 📢

✨Tahniah kepada semua calon yang telah memohon! Sesi I 2026/2027 bakal bermula tidak lama lagi.

✨Keputusan kemasukan eBorang MyPOLYCC sudah boleh disemak sekarang! Jangan bertangguh, jom ikuti langkah penting ini untuk sahkan tempat anda:

📌 Tindakan Segera Calon:
✨Semak & Cetak: Layari https://ambilan.mypolycc.edu.my untuk menyemak keputusan anda.

✨Setuju Terima: Klik butang "Setuju Terima" dan cetak Surat Tawaran anda selewat-lewatnya sebelum tarikh akhir tamat.

✨Hari Pendaftaran: Hadirkan diri ke kampus untuk pendaftaran pelajar baharu pada 22 Jun 2026.

✨ Kenapa Pilih Kolej Komuniti Arau?

✅Laluan Kerjaya Luas: Graduan kami mendapat sambutan hangat daripada majikan kerana dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan.

✅Suasana Kampus Harmoni: Persekitaran yang kondusif dan menyokong pembangunan jati diri pelajar.

✅Bantuan Kewangan: Peluang insentif bantuan kewangan sehingga RM7,200 (bagi yang layak sahaja).

✅Syarat Kemasukan Mudah: Warganegara Malaysia, lulus SPM (wajib lulus BM & Sejarah), dan sekurang-kurangnya 1 kredit dalam mana-mana subjek. (Lulus Matematik diperlukan untuk Sijil Teknologi Maklumat sahaja).

✅Laluan Pengajian Jelas: Peluang menyambung pengajian ke peringkat Diploma di Politeknik, seterusnya ke IPTA/IPTS!

🎓 Program Sijil Ditawarkan:

🗹Sijil Teknologi Senibina
🗹Sijil Fesyen dan Pakaian
🗹Sijil Teknologi Pemprosesan Makanan
🗹Sijil Teknologi Maklumat
🗹Sijil Teknologi Elektrik

📞 Ada sebarang pertanyaan? Hubungi Pegawai Pengambilan kami sekarang:

🗹011-13343769
🗹04-986 9800 (ext. 156)

✨Sertai Kolej Komuniti Arau dan buktikan potensi diri anda! Kami sedia membimbing anda mencapai kejayaan! Sahkan tempat anda hari ini dan jumpa anda pada 22 Jun nanti!

✨Masuk Kolej Komuniti, Terbuka Peluang Kerjaya! 🚀


10/06/2026

Minat fesyen tapi tak tahu nak mula dari mana? Di Kolej Komuniti Arau, anda bukan sekadar belajar menjahit anda akan mencipta, mereka dan menghidupkan idea menjadi karya sebenar! Dengan bimbingan pensyarah yang kompeten dan terlatih, anda akan mengasah bakat seni rekaan, membina portfolio sendiri dan bersedia melangkah ke dunia industri dengan penuh keyakinan.

Jom jadi sebahagian daripada keluarga Fesyen & Pakaian di Kolej Komuniti Arau! Pendaftaran akan berlangsung pada 22 Jun 2026 dan kekosongan masih ada untuk yang berminat rebut peluang anda sekarang!

Hubungi Pegawai Pengambilan kami di talian 011-13343769 segera!


Photos from Official Kolej Komuniti Arau's post 08/06/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada En. Abd Muhsin bin Baharin atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan, Kolej Komuniti Arau berkuat kuasa pada 8 Jun 2026.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan yang lebih gemilang dalam menerajui pengurusan institusi serta membawa kemajuan berterusan kepada Kolej Komuniti Arau. Didoakan agar sentiasa diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan kejayaan dalam menggalas tugas serta tanggungjawab yang diberikan dengan penuh dedikasi dan integriti.

Tahniah dan selamat menjalankan tugas.

Ikhlas daripada,
Pengarah serta seluruh warga Kolej Komuniti Arau dan Kolej Komuniti Arau Cawangan Kangar


08/06/2026

SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN/PENILAIAN SESI II 2025/2026

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar Kolej Komuniti Arau dan Kolej Komuniti Arau Cawangan Kangar yang telah berjaya menamatkan pengajian Sesi II 2025/2026 dengan jayanya.

Keputusan peperiksaan boleh disemak mulai 08 JUN 2026

https://app.mypolycc.edu.my/ccms/
https://app.mypolycc.edu.my/ccms/
https://app.mypolycc.edu.my/ccms/

Untuk semakan, sila memasukkan maklumat berikut:
Username : No. Kad Pengenalan Pelajar
Password : No. Matrik Pelajar

Sila muat turun slip keputusan anda untuk simpanan.

PENTING!!
Semak NAMA dan NO KAD PENGENALAN pada slip keputusan pastikan sama sepertimana yang tertulis pada kad pengenalan anda.

Syabas dan Selamat Maju!


08/06/2026

Kepada anda calon pelajar KKA & KKAcK, jom semak segera tawaran kemasukan ke kolej kami.

Ikuti arahan seperti di video ini. Jumpa anda nanti✨


Photos from Official Kolej Komuniti Arau's post 07/06/2026

Program BAKAT 2026: KURSUS PENGHASILAN POSTER, VIDEO PROMOSI MENGGUNAKAN AI

Tarikh: 7 Jun 2026
Tempat: Makmal Rangkaian 1, KKAP

Peserta: 11 orang

Penceramah : Pn. Syukriah binti Safie
Pensyarah Pembantu : Ts. Hasniza binti Abdul Wahab

Objektif:
1. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai penghasilan poster, video promosi menggunakan AI.
2. Meningkatkan kemahiran peserta dalam penghasilan poster, video promosi menggunakan AI.
3. Membolehkan peserta menghasilkan penghasilan poster, video promosi menggunakan AI.

Impak:
1. Peserta memperoleh pengetahuan dan kefahaman yang lebih jelas tentang penghasilan poster, video promosi menggunakan AI.
2. Peserta mampu mengaplikasikan penghasilan poster, video promosi menggunakan AI.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat. Jom tingkatkan kemahiran TVET anda bersama kami!!


Photos from Official Kolej Komuniti Arau's post 07/06/2026

Program BAKAT 2026: LAMINATED DOUGH & ARTISAN BREAD SIRI 6 - AI DALAM INDUSTRI MAKANAN & MINUMAN

Tarikh: 7 Jun 2026
Tempat: Makmal Komputer, KKAP

Peserta: 21 orang

Penceramah : Pn. Siti Nasiroh
Pensyarah Pembantu 1: Pn Nurdiyanah Fatin
Pensyarah Pembantu 2: Pn. Amira

Objektif:
1. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai aplikasi AI dalam perniagaan .
2. Meningkatkan kemahiran peserta mengunakan aplikasi AI dalam merekabentuk gambar, poster, ayat copywriting dan perancangan untuk pemasaran produk.

Impak:
1. Peserta memperoleh pengetahuan dan kefahaman berkenaan tujuan dan fungsi AI dalam membantu urusan perniagaan.
2. Peserta mampu mengaplikasikan AI dalam merekabentuk gambar, poster dan video untuk produk, perkhidmatan atau projek keusahawanan.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat. Jom tingkatkan kemahiran TVET anda bersama kami!!


Want your school to be the top-listed School/college in Arau?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Kolej Komuniti Arau, Jalan Tengku Budriah, Tambun Tulang
Arau
02600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00