24/08/2026
πβ¨ KONSERT MALAM KESENIAN ISLAM β¨π
Sempena Zikra Ar Rasul ο·Ί
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh meriah Konsert Malam Kesenian Islam Sempena Zikra Ar Rasul ο·Ί anjuran Persatuan Ibu Bapa Kakitangan dan Staff (PIBKS) bersama Hari Kebesaran Islam & Kelab-Kelab Kesenian Islam SMA Al Maad.
π€ PENAMPILAN KHAS ARTIS TANAH AIR
β Kumpulan Nasyid FAR EAST
Turut memeriahkan malam yang penuh bermakna ini ialah Persembahan Nasyid Khas Soutul Maad, yang menampilkan bakat dan kreativiti warga SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah dalam menghayati seni dan budaya Islam.
πΏ Bukan sekadar hiburan, tetapi sebuah wadah untuk menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah ο·Ί, menyuburkan jiwa dengan seni yang berteraskan nilai Islam serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat.
π
23 Ogos 2026 | Ahad
π 9.00 malam
π Dataran Pidato, SMA Al Maad
Semoga program seperti ini terus menjadi ruang untuk mencungkil bakat, membina keyakinan diri serta melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan kreatif. π
β€οΈ SMA AL MAAD β Membina Generasi Berilmu, Berakhlak dan Berketerampilan.