10/06/2026
🏌️ *KLINIK ASAS PENGENALAN DAN SUKARELAWAN WOODBALL 2026 - PILLARS 5*🏆
Pusat Sukan dan Rekreasi UniMAP dengan sukacitanya menjemput semua pelajar UniMAP untuk menyertai Klinik Asas Pengenalan dan Sukarelawan Woodball Sempena Kejohanan Woodball 2026.
Klinik ini dianjurkan bagi memberi pendedahan awal mengenai sukan woodball, termasuk teknik asas permainan, peraturan serta kemahiran yang diperlukan dalam sukan tersebut. Selain itu, program ini juga bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat sebagai sukarelawan bagi Kejohanan Woodball Jemputan IPT Perlis, Piala Naib Canselor UniMAP 2026. ✨
📌 Maklumat Program
📅 Tarikh: 28 Jun 2026
⏰ Masa: 8:00 pagi – 1:00 petang
📍 Tempat: Laman Woodball, Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra, UniMAP
📲 Pelajar yang berminat boleh membuat pendaftaran dengan mengimbas kod QR yang disediakan pada poster.
🔗 Link pendaftaran : https://forms.gle/s84gKBUNswXrU9XL7
⚠️ Penting:
Sila baca description pada Google Form sebelum membuat pendaftaran. Pautan untuk menyertai group WhatsApp peserta turut disediakan di dalam Google Form tersebut. Link WhatsApp tersebut adalah khas untuk peserta yang berdaftar sahaja bagi memudahkan pihak penganjur dalam menyalurkan maklumat dan urusan program.
Jangan lepaskan peluang untuk menambah pengalaman, memperoleh merit serta menjadi sebahagian daripada pasukan sukarelawan yang akan menjayakan Kejohanan Woodball 2026! 🔥
📞 Sebarang Pertanyaan:
* Aliya: 018-2723422
* Areef: 011-63741910
09/06/2026
Pusat Sukan dan Rekreasi (PSR) UniMAP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada KOBELCO Precsion Technology Sdn. Bhd. atas sumbangan yang diberikan kepada Pasukan Taekwondo UniMAP. KOBELCO Precsion Technology Sdn Bhd turut hadir menyertai Northern Industrial Career Engagement (NICE) 2026 yang diadakan di Dewan Ilmu, UniMAP hari ini.
PSR UniMAP berharap lebih banyak rakan industri akan tampil menjalin kerjasama serta menyumbang ke arah pembangunan sukan universiti demi manfaat dan kesejahteraan para pelajar.
Terima kasih KOBELCO Precision Technology Sdn. Bhd. atas sokongan dan keprihatinan yang diberikan kepada Pasukan Taekwondo UniMAP.
05/06/2026
Program Senamrobik bersama Pengurusan Tertinggi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah berlangsung dengan jayanya dalam usaha membudayakan gaya hidup sihat serta memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan warga universiti.
Turut berlangsung majlis penyampaian hadiah yang telah disempurnakan oleh Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) kepada Pasukan Bola Tampar Pantai Wanita UniMAP atas kejayaan meraih Pingat Gangsa dalam Kejohanan Sukan Pantai Badan-Badan Berkanun Malaysia (SUPANUN).
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para atlet dan jurulatih atas pencapaian yang membanggakan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan serta mengharumkan nama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada masa hadapan.
23/05/2026
SUPANUN 2026
📍 23 Mei 2026 | Pusat Rekreasi Pantai Balok, Kuantan
Secara rasminya, SUPANUN 2026 telah melabuhkan tirainya. Kontinjen UniMAP berjaya membawa pulang Pingat Gangsa menerusi acara Bola Tampar Pantai Wanita yang dianggotai oleh:
1. Nurul Ashikin Josrie – Jabatan Pembangunan
2. Noordiana Mohd Shahab – PSR
3. Siti Aminah Romly – Jabatan Pendaftar
4. Azieda Azizan – Jabatan Pembangunan
5. Shuhaida Yahud – FKTEN
6. Syeamarsyeta Ahamad – PSR
7. Nur Shafawati binti Ahmad Shukri – PKU
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pengurusan Tertinggi UniMAP atas kepercayaan serta sokongan yang diberikan kepada Kontinjen UniMAP dan seluruh warga UniMAP sepanjang kejohanan ini berlangsung.
Tahniah diucapkan kepada semua atlet dan pegawai yang telah mengharumkan nama UniMAP.
22/05/2026
20 Mei 2026 |
Kursus Cat Gelanggang Sukan
Pusat Sukan & Rekreasi (PSR) UniMAP terus memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan fasiliti sukan menerusi penyertaan Kursus Cat Gelanggang Sukan anjuran Buildr bersama Bina Paint.
Kursus ini memberi pendedahan berkaitan penyediaan permukaan, kaedah cat gelanggang serta teknik membuat garisan gelanggang sukan yang betul dan berkualiti.
Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan lagi kualiti fasiliti sukan di UniMAP.
22/05/2026
Pasukan Taekwondo UniMAP Jalani Penilaian Semula, Sedia Cipta Sejarah di SUKIPT 2027
ARAU, 22 Mei – Pasukan Taekwondo Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerima suntikan semangat baharu apabila menerima kunjungan Grandmaster Krishnamurthy Suranna, Naib Presiden 1 Persatuan Taekwondo Malaysia, bagi sesi penilaian semula (reassessment) atlet-atlet Taekwondo UniMAP di kampus universiti itu baru-baru ini.
Sesi penilaian semula tersebut melibatkan atlet-atlet yang sebelum ini bernaung di bawah badan Persekutuan Taekwon-Do Malaysia (ITF) dan MTH Taekwondo Academy, bertujuan membolehkan mereka memperoleh sijil penggredan yang sah di bawah Persatuan Taekwondo Malaysia (WTF-TM). Pensijilan ini amat penting bagi memastikan atlet-atlet UniMAP layak menyertai pertandingan yang diiktiraf secara rasmi oleh Persatuan Taekwondo Malaysia di peringkat kebangsaan.
Hasil daripada sesi penilaian tersebut, seramai lima atlet UniMAP berjaya melepasi grading dengan cemerlang, membabitkan tiga atlet berjaya memperoleh grading 1st Dan (Black Belt), seorang atlet berjaya memperoleh Red Belt 2, manakala seorang lagi berjaya memperoleh Blue Belt 2. Kejayaan ini membuktikan komitmen tinggi atlet dalam meningkatkan tahap kemahiran dan memenuhi standard yang ditetapkan oleh badan induk taekwondo negara.
Langkah ini dilihat sebagai satu perkembangan positif dalam usaha memperkukuh pasukan Taekwondo UniMAP serta membuka ruang kepada atlet untuk bersaing secara lebih kompetitif dalam kejohanan-kejohanan utama negara.
Sebagai persiapan awal, seramai 11 atlet UniMAP akan membawa cabaran universiti dalam Pertandingan Taekwondo Terbuka Perak 2026 yang dijadual berlangsung pada 5 hingga 7 Jun ini, anjuran Persatuan Taekwondo Perak. Penyertaan tersebut melibatkan dua acara utama iaitu Poomsae dan Kyorugi, yang bakal menjadi medan terbaik untuk menilai tahap kesiapsiagaan atlet.
Kejohanan ini juga menjadi platform penting dalam persediaan pasukan Taekwondo UniMAP untuk melakar sejarah baharu pada SuKIPT 2027.
Untuk rekod, pencapaian terbaik pasukan Taekwondo UniMAP di pentas SuKIPT adalah pada tahun 2022, apabila berjaya meraih satu pingat perak menerusi acara Kyorugi. Dengan persiapan rapi dan sokongan padu pelbagai pihak, pasukan kali ini optimis untuk mencipta kejayaan lebih gemilang pada edisi 2027.
21/05/2026
SUPANUN 2026
21 Mei 2026 | Pusat Rekreasi Pantai Balok, Kuantan
Sorotan aksi hari kedua menyaksikan pasukan Bola Tampar Lelaki berjaya mara ke peringkat suku akhir selepas menewaskan UiTM dalam perlawanan yang penuh sengit.
Sementara itu, pasukan Petanque kategori trio dan bergu turut mempamerkan aksi cemerlang serta memberikan saingan hebat, namun langkah mereka terhenti di peringkat suku akhir.
*KEPUTUSAN Hari Ke-2 Kontinjen UniMAP di SUPANUN 2026*
_*21 Mei 2026* (Khamis)_
*PERINGKAT KUMPULAN*
🏐 Volley Lelaki (31) 🆚 UiTM (16)
- *Johan Kumpulan*, layak ke suku.
- 22 Mei/ 9:30am _vs_ BSN
☄️ Petanque Trio (7) 🆚 LPJ (5)
- *Johan Kumpulan*, layak ke suku.
☄️ Petanque Bergu (10) 🆚 LPKTN (7)
- *Johan Kumpulan*, layak ke suku.
🏐 Volley Wanita (31) 🆚 UM ‘A’ (28)
*SUKU AKHIR*
☄️ Petanque Double (3) 🆚 MPKS (13) - tewas
☄️ Petanque Trio (4) 🆚 MPKS (13) - tewas
20/05/2026
SUPANUN 2026
📍 20 Mei 2026 | Pusat Rekreasi Pantai Balok, Kuantan
Permulaan yang memberangsangkan buat Kontingen UniMAP pada hari pertama kejohanan dengan pencapaian yang positif. Semoga momentum kecemerlangan ini terus dikekalkan sepanjang pertandingan berlangsung.
Sesi Pagi
Volley Lelaki (31) 🆚 ISN (13)
Petanque Trio (13) 🆚 UMPSA (2)
Sesi Petang
Volley Lelaki (31) 🆚 TH (16)
Petanque Bergu (9) 🆚 LPKTN (7)
Go go UniMAP 💪🏻
19/05/2026
SUPANUN 2026
19 Mei 2026 | Pusat Rekreasi Pantai Balok, Kuantan
Sekitar sesi Taklimat dan Mesyuarat Pengurus Pasukan SUPANUN 2026 serta sesi penyesuaian gelanggang bagi Kontinjen UniMAP.