16/12/2023
Kedah Tua dalam catatan China.
Disebabkan kedudukan Kedah berada di sebelah pantai barat Semenanjung maka tidak banyak catatan China yang menerangkan tentang Kedah Tua kecuali satu rekod dalam 通典 tongdian (dibacakan thong tien) yang ditulis oleh 杜佑 Du You semasa Dinasti Tang yang disiapkan dalam tahun 801.
按杜氏《通典》:哥罗国,汉时闻焉。在槃槃东南,亦曰哥罗富沙罗国云。其王姓矢利婆罗,名米失钵罗。其城累石为之。城有楼阙,门有禁卫,宫室覆之以草。国有二十四州而无县。庭列仪仗,有纛,以孔雀羽饰焉。兵器有弓、箭、刀、槊、皮甲。征伐皆乘象,一队有象百头,每象有百人卫之。象鞍有钩拦,其中有四人,一人执盾,一人执弓矢,一人执殳,一人执刀。赋税人出银一铢。国无蚕丝、麻纻,唯出吉贝布。畜有牛,少马。其俗,非有官者不得上发裹头。又嫁娶初问婚,惟以槟榔为礼,多者至二百盘。或婚之时,唯以黄金为财,多者至二百两。妇人嫁讫则从夫姓。音乐有琵琶、横笛、铜钹、铁鼓、簧。吹蠡击鼓。死亡则焚尸,盛以金罂,沉之大海。
哥罗国,汉时闻焉。在槃槃东南,亦曰哥罗富沙罗国云。Negara Geluo (dibacakan Keluo) yang merujuk kepada Kedah Tua telah didengari ketika Dinasti Han lagi. Ia terletak ke tenggara Pan Pan. Geluo juga disebut negara Geluofushaluo.
Dinasti Han wujud pada tahun 202 Sebelum Masihi sehingga 220 Masehi yang menjangkau usia 400 tahun. Berdasarkan rekod China mengatakan Langkasuka yang berada di utara Kedah Tua sudah wujud di abad pertama, maka Kedah Tua dipercayai wujud seangkatan dengan Langkasuka di abad pertama Masihi.
其王姓矢利婆罗,名米失钵罗。其城累石为之。城有楼阙,门有禁卫,宫室覆之以草。Raja negaranya mempunyai nama keluarga Shilipoluo dan namanya ialah Mishiboluo. Kotanya diperbuat daripada batu-batu yang bertingkat. Ada menara peninjau, pintunya dijagai oleh pengawal. Istana ditutupi dengan rumput.
国有二十四州而无县。庭列仪仗,有纛,以孔雀羽饰焉。Negaranya mempunyai 24 buah negeri tetapi tiada daerah. Dalam istana dibariskan peralatan kebesaran. Ada panji-panji dan bulu merak dijadikan hiasan.
兵器有弓、箭、刀、槊、皮甲。征伐皆乘象,一队有象百头,每象有百人卫之。Peralatan senjata ada busar, anak panah, pisau yang mungkin dimaksudkan ialah pedang, tombak dan baju kulit. Untuk menyerang dalam peperangan kesemuanya menaiki gajah. Dalam satu pasukan ada lebih seratus ekor gajah. Setiap ekor gajah didampingi oleh lebih seratus orang askar.
Ini bermakna dalam satu pasukan atau ketumbukan mempunyai sekitar 10,000 orang askar dengan kekuatan lebih seratus ekor gajah.
象鞍有钩拦,其中有四人,一人执盾,一人执弓矢,一人执殳,一人执刀。Atas pelana gajah ada rengga iaitu struktur berbumbung yang menempatkan 4 orang. Seorang memegang perisai, seorang memegang busar panah, seorang memegang lembing dan seorang memegang pisau yang mungkin dimaksudkan pedang.
赋税人出银一铢。国无蚕丝、麻纻,唯出吉贝布。畜有牛,少马。Orang membayar cukai dengan satu 铢 zhu perak. Zhu ialah sejenis sukatan berat di zaman kuno di mana 24 zhu bersamaan dengan 1 tahil. Negaranya tiada benang sutera maupun benang jut, hanya menghasilkan kain dari benang yang diperbuat daripada pokok kekabu. Binatang ternakan banyak lembu berbanding kuda.
其俗,非有官者不得上发裹头。又嫁娶初问婚,惟以槟榔为礼,多者至二百盘。Adatnya jika bukan berjawatan pegawai kerajaan tidak dibenarkan memakai serban. Dalam perkara ingin beristeri dimulakan dengan adat merisek, hanya menggunakan buah pinang sebagai tanda adat. Ada yang banyaknya p**a sampai 200 dulang.
或婚之时,唯以黄金为财,多者至二百两。妇人嫁讫则从夫姓。Ketika untuk perkahwinan p**a hanya menggunakan emas sebagai hantaran. Ada yang banyaknya p**a sehingga 200 tahil. Wanita yang telah berkahwin akan mengikut nama keluarga suami.
音乐有琵琶、横笛、铜钹、铁鼓、簧。吹蠡击鼓。Alat-alat musik p**a ada p**a, seruling, simbal, gendang besi dan trumpet maka bertiup-tiupan dan bergendang-gendangan.
死亡则焚尸,盛以金罂,沉之大海。Orang yang mati akan dibakar mayatnya dan abunya disimpan dalam bekas emas lalu ditenggelamkan ke laut lepas.
Kedudukan Kedah Tua dapat dikenalpasti daripada beberapa catitan seperti berikut:
Jia Dan, seorang ahli geografi dan pelukis peta semasa Dinasti Tang menyebut, 又西出峡三日, 至葛葛僧祗国 ,在佛逝西北隅之别岛 ...... 其北岸则箇罗国, 箇罗西則哥谷罗國。Setelah 3 hari keluar daripada selat (Selat Melaka) menuju ke barat maka tibalah ke negara Gegeshengshi. Ia terletak di p**au lain di barat laut penghujung p**au Srivijaya (maksudnya p**au Sumatera)...... Di pantai utaranya ialah 箇罗国 negara Geluo. Ke barat daripada Geluo ialah 哥谷罗國 negara Geguluo.
Catatan Dinasti Tang tentang kedatangan 义净 Yi Jing ke Srivijaya dituliskan, 見從大唐天子處來倍加欽上. 後乘王舶經十五日達末羅瑜洲. 又十 五日到羯茶國. 至冬末轉舶西行. Raja berjumpa dengan seorang yang datang laksana putera Dinasti Tang yang agong dan diraikan dengan penuh kemeriahan. Kemudian menaiki kapal raja selama 15 hari sampailah ke Moluoyue. Lagi 15 hari sampailah ke 羯茶國 negara Jie Cha atau Kiet Cha. Menunggu sehingga musim sejuk barulah bertukar kapal untuk ke barat yakni ke India.
Yang disebut negara Jie Cha atau Kiet Cha adalah merujuk kepada Kedah Tua.
Ditulis oleh:
Megat Hisemudin Megat Kasim