Maahad Tahfiz Al Masyhur - MTM

Maahad Tahfiz Al Masyhur - MTM

Share

Ilmu . Akhlak . Dakwah

27/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha
1447H | 2026

Semoga Aidiladha kali ini menyuburkan nilai keikhlasan, pengorbanan dan ketaqwaan dalam kehidupan kita semua.

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال

Ikhlas daripada,
Maahad Tahfiz AlMasyhur
Arau, Perlis.

22/05/2026

📌 INFAQ JUMAAT
Maahad Tahfiz AlMasyhur, Arau, Perlis

Marilah sama-sama kita mengambil peluang hari yang penuh keberkatan ini untuk menyumbang kepada pembangunan, pendidikan dan pengurusan Maahad Tahfiz AlMasyhur.

Setiap sumbangan tuan/puan, walaupun kecil nilainya, insya-Allah menjadi saham akhirat yang berterusan selagi mana ilmu al-Quran diajar, dihafaz dan diamalkan di Maahad AlMasyhur.

Salurkan infaq melalui QR / akaun rasmi:

CIMB BANK
Maahad Tahfiz AlMasyhur
860 415 8004

Maklumat lanjut
011-2073 1048
(Mudir Maahad, Ustaz Hj Muhammad Fayyadh bin Hj Ahmad)
https://wa.me/601120731048?text=InfaqJumaat

جزاكم الله خيرًا كثيرًا
Maahad Tahfiz AlMasyhur,
Arau, Perlis.

05/05/2026

KELAS TAHSIN ALQURAN

Bersama Qari Perlis :
Ustaz Anas Hadi

21/03/2026

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐟𝐢𝐭𝐫𝐢 🤍

Ramadhan mendidik jiwa…
Aidilfitri menyatukan hati 🤍

Maahad Tahfiz AlMasyhur mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H

Maaf zahir & batin 🌙
Semoga kita bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang

Photos from Maahad Tahfiz Al Masyhur - MTM's post 05/03/2026

𝐂𝐈𝐌𝐁 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦𝐢𝐜 & 𝐘𝐚𝐲𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐥𝐢𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐒𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐌𝐚𝐚𝐡𝐚𝐝 𝐀𝐥𝐌𝐚𝐬𝐲𝐡𝐮𝐫
5 Mac 2026 | 15 Ramadhan 1447H

Alhamdulillah, satu lagi detik indah Ramadhan dirasai oleh warga Maahad Tahfiz AlMasyhur apabila menerima kunjungan penuh kasih daripada pihak 𝐂𝐈𝐌𝐁 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦𝐢𝐜 bersama 𝐘𝐚𝐲𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐥𝐢𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 yang hadir menyantuni para pelajar maahad.

Para pelajar telah menerima sumbangan duit raya serta barangan keperluan asas seperti beras, telur, gula dan lain-lain keperluan dapur bagi membantu keperluan harian warga maahad.

Rombongan ini dihadiri oleh:
- Puan Roslailee binti Mahmood (Pengurus Cawangan CIMB Kangar)
- Encik Suhaimi (Pegawai CIMB)
- Encik Mohamad Zulhisham Yusoff (Pengurus Projek Yayasan Belia Malaysia)

Sesungguhnya kehadiran dan sumbangan ini menjadi suntikan semangat dan tanda kasih masyarakat kepada para penuntut ilmu Al-Quran.

Pihak maahad merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih atas keprihatinan yang dizahirkan.

Semoga setiap kebaikan yang disumbangkan menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya, selagi mana ayat-ayat suci Al-Quran dibaca dan dihafaz oleh para pelajar di maahad ini.

Moga Allah membalasnya dengan ganjaran yang berlipat ganda.

Photos from Maahad Tahfiz Al Masyhur - MTM's post 04/03/2026

𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 & 𝐊𝐇𝐔𝐓𝐁𝐀𝐇 𝐆𝐄𝐑𝐇𝐀𝐍𝐀 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍
📅 3 Mac 2026 | 14 Ramadhan 1447H

Pada malam kelmarin, warga Maahad Tahfiz AlMasyhur berpeluang menghidupkan salah satu sunnah yang jarang disaksikan iaitu Solat Gerhana Bulan (خسوف القمر) yang disertai dengan khutbah peringatan kepada para pelajar dan jemaah yang hadir.

Fenomena gerhana bulan merupakan salah satu tanda kebesaran Allah SWT dalam sistem alam ciptaan-Nya. Dari sudut sains, gerhana bulan berlaku apabila bumi berada di antara matahari dan bulan, lalu bayang bumi menutupi cahaya matahari yang sepatutnya memantul pada permukaan bulan. Pergerakan yang begitu tepat dalam sistem orbit ini menunjukkan betapa sempurna aturan alam yang diciptakan oleh Allah SWT.

Namun bagi seorang mukmin, fenomena ini bukan sekadar kejadian astronomi semata-mata, bahkan peristiwa yang mengundang rasa takut, tafakkur dan kembali kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah ﷺ:

“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda daripada tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah gerhana kerana kematian seseorang atau kelahirannya. Maka apabila kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, solatlah dan bersedekahlah.”
— (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Melalui peristiwa ini, kita diajar bahawa Islam tidak memisahkan ilmu wahyu dan ilmu alam. Fenomena langit yang dikaji oleh sains sebenarnya menguatkan lagi keimanan terhadap kebesaran Pencipta.

Solat gerhana yang dilaksanakan pada malam kelmarin menjadi ruang muhasabah buat kita semua agar sentiasa mengingati bahawa seluruh alam ini bergerak di bawah ketentuan Allah SWT.

27/02/2026

𝐈𝐍𝐅𝐀𝐐 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐍𝐃𝐎𝐊 𝐀𝐒𝐑𝐀𝐌𝐀
𝐾𝑜𝑚𝑝𝑙𝑒𝑘𝑠 𝑃𝑒𝑛𝑑𝑖𝑑𝑖𝑘𝑎𝑛 𝐴𝑙𝑀𝑎𝑠𝑦ℎ𝑢𝑟, 𝑃𝑒𝑟𝑙𝑖𝑠

Maahad Tahfiz AlMasyhur sedang melaksanakan pembinaan pondok untuk dijadikan asrama bagi menyediakan penempatan selesa dan kondusif kepada para penuntut ilmu.

𝐃𝐚𝐧𝐚 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧: RM30,000 / 3,000 Lot
𝐁𝐚𝐤𝐢 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧: RM19,000 / 1,900 Lot
𝐒𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐫𝐞𝐧𝐝𝐚𝐡: RM10 (1 Lot)

Kami membuka peluang kepada tuan/puan untuk bersama-sama menyumbang saham akhirat melalui infaq pembangunan ini.

📌 𝐀𝐤𝐚𝐮𝐧 𝐈𝐧𝐟𝐚𝐪:
CIMB 860 415 8004
Maahad Tahfiz AlMasyhur

📞 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧:
Mudir Maahad: +6011-2073 1048
Admin: +6011-5390 2104

Semoga setiap sumbangan menjadi pemberat timbangan amal dan saham jariah yang berpanjangan.

18/02/2026

Selamat Menyambut bulan Ramadhan AlMubarak 1447H

Mudahan Allah jadikan Ramadhan kali ini penuh keberkatan buat kita semuanya

آمين يا رب العالمين

Photos from Maahad Tahfiz Al Masyhur - MTM's post 18/02/2026

𝐀𝐋𝐌𝐀𝐒𝐇𝐘𝐔𝐑 𝐁𝐎𝐖𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐂𝐇𝐀𝐌𝐏𝐈𝐎𝐍𝐒𝐇𝐈𝐏 𝟏.𝟎 🎳
Selasa | 17 Februari 2026

Kelmarin telah berlangsungnya AlMasyhur Bowling Championship 1.0 bertempat di Lite Superbowl JB 3, Kangar, Perlis. Kesemua 35 orang warga Maahad Tahfiz AlMasyhur telah terlibat dalam suasana penuh semangat, cergas dan ceria dengan jayanya.

Oleh kerana ramai antara pelajar dan guru maahad kali pertama nak main bowling, maka satu taklimat ringkas mengenai cara permainan telah disampaikan sebelum saingan bermula. Terima kasih kepada pihak Lite Superbowl yang memberi masa percubaan kepada kami untuk “cuba-try-test”.

Seronok melihat sorakan demi sorakan bergema setiap kali bola dilontar dan pin dijatuhkan. Berbagai gelagat anak-anak pelajar terlihat. Ada yang belajar mengatur langkah, ada yang mencatur strategi, dan tak kurang juga yang menceriakan suasana dengan gelak tawa.

✨ 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 ✨

🏆 𝐏𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡𝐚𝐧
🥇 Johan – Ustaz Muhammad Fayyadh bin Ahmad (349 point)
🥈 Naib Johan – Muhammad Anas Syazwan bin Aznan (330 point)
🥉 Tempat Ketiga – Ustaz Syed Taareg Saggaff bin Syed Mohamad (310 point)

🏆 𝐊𝐚𝐭𝐞𝐠𝐨𝐫𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐮𝐦𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧
🥇 Tempat Pertama – Team 4 (Ustaz Muhammad Fayyadh, Uzair, Adam Sufi, Furqon & Fawwaz) - 1266 point
🥈 Tempat Kedua – Team 7 (Ustaz Muhammad Khairullah, Maulana, Najib, Anas & Umar) - 1153 point
🥉 Tempat Ketiga – (Ustaz Ahmad Faruqi, Syahir, Afif, Zarif & Firas) - 1137 point

🏆 𝐊𝐚𝐭𝐞𝐠𝐨𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝟏𝟓 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐊𝐞 𝐀𝐭𝐚𝐬
🥇 Tempat Pertama – Muhammad Anas Syazwan bin Aznan (330 point)
🥈 Tempat Kedua – Muhammad Syahir bin Mohd Saffrin (266 point)
🥉 Tempat Ketiga – Afif Safwan bin Mohd Saufian (256 point)

🏆 𝐊𝐚𝐭𝐞𝐠𝐨𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝟏𝟒 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐊𝐞 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡
🥇 Tempat Pertama – Muhammad Adam Sufi bin Mohd Solehin (278 point)
🥈 Tempat Kedua – Ahmad Ridzwanullah bin Muhammad Mahdi (246 point)
🥉 Tempat Ketiga – Muhammad Furqon bin Muhamad Aizat (229 point)

🏆 𝐊𝐚𝐭𝐞𝐠𝐨𝐫𝐢 𝐀𝐬𝐚𝐭𝐢𝐳𝐚𝐡
🥇 Tempat Pertama – Ustaz Muhammad Fayyadh bin Ahmad (349 point)
🥈 Tempat Kedua – Ustaz Syed Taareg Saggaff bin Syed Mohamad (310 point)
🥉 Tempat Ketiga – Ustaz Mohd Izwan bin Che Ahmad (299 point)

Tahniah kepada semua pemenang dan peserta yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan kejohanan sulung ini. Strike Together, Grow Together! 💪🔥

Photos from Maahad Tahfiz Al Masyhur - MTM's post 09/02/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐂𝐏𝐑 & 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐎𝐋𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐂𝐄𝐌𝐀𝐒
𝑩𝒆𝒓𝒔𝒂𝒎𝒂 𝑺𝒕 𝑱𝒐𝒉𝒏 𝑨𝒎𝒃𝒖𝒍𝒂𝒏𝒔 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 𝑵𝒆𝒈𝒆𝒓𝒊 𝑷𝒆𝒓𝒍𝒊𝒔
📍 Musolla Roudhun Nur, Maahad Tahfiz AlMasyhur
🗓 17 Disember 2025

Program Latihan CPR & Asas Pertolongan Cemas dengan kerjasama St John Ambulans Malaysia Negeri Perlis, telah diadakan bersama warga Maahad AlMasyhur. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang ilmu menyelamat nyawa serta tindakan kecemasan yang betul dan berkesan.

Program ini telah disampaikan oleh 𝐓𝐧 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐀𝐦𝐫𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐐𝐚𝐝𝐫𝐞𝐞 𝐛𝐢𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐨 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐎𝐦𝐚𝐫, selaku 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐊𝐞𝐡𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐒𝐭 𝐉𝐨𝐡𝐧, bersama 𝐄𝐧 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐇𝐚𝐳𝐢𝐦 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐛𝐝 𝐇𝐚𝐥𝐢𝐦, yang berkongsi pengalaman serta kepakaran dalam bidang pertolongan cemas.

Sepanjang program, para pelajar didedahkan dengan:
▪️ Asas pertolongan cemas dalam situasi kecederaan dan kemalangan
▪️ Teknik CPR (Cardiopulmonary Resuscitation) yang betul
▪️ Tindakan awal menghadapi kes tercekik (choking)
▪️ Sesi praktikal : pelajar berpeluang mempraktikkan sendiri teknik CPR dan pertolongan cemas di bawah bimbingan

Program ini amat penting dalam membentuk pelajar peka terhadap keselamatan, bersedia membantu masyarakat serta memiliki kemahiran asas menyelamat nyawa.

Semoga ilmu yang diperoleh menjadi manfaat dan bekal berharga buat para pelajar dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan.

08/02/2026

𝐈𝐧𝐟𝐚𝐪 𝐈𝐡𝐲𝐚’ 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 / 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌

Maahad Tahfiz AlMasyhur dengan rendah hati menjemput para dermawan untuk bersama-sama menyumbang dalam 𝐊𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧 𝐈𝐧𝐟𝐚𝐪 𝐈𝐡𝐲𝐚’ 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 / 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌.

Sumbangan ini bertujuan menampung pelaksanaan program ibadah dan pengimarahan Ramadhan sepanjang bulan yang mulia ini, termasuk iftar jama‘ie setiap hari, solat tarawih, qiyamullail, tadarus,majlis khatam AlQuran dan daurah berkitab sepanjang ramadhan.

𝐒𝐚𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 : 𝐑𝐌𝟐𝟓,𝟎𝟎𝟎
1 Lot = RM50
Jumlah = 500 Lot

Baki diperlukan :
RM18,000 (360 Lot)

𝐒𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐝𝐢𝐬𝐚𝐥𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 :
CIMB Bank : 860 415 8004
Nama Akaun: Maahad Tahfiz AlMasyhur
Reference : IhyaRamadhan

atau melalui DuitNow QR (rujuk poster).

𝐒𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐫𝐞𝐬𝐢𝐭 𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧, 𝐬𝐢𝐥𝐚 𝐡𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐢 :
Ustaz Muhammad Fayyadh bin Ahmad
📞 +6011-2073 1048
https://wa.me/601120731048?text=IhyaRamadhan

Semoga segala sumbangan yang diberikan diterima sebagai amal soleh dan diganjari Allah dengan keberkatan serta pahala yang berpanjangan.

Want your school to be the top-listed School/college in Arau?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Arau

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00