Unit Pengurusan Psikologi Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

  • Home
  • Malaysia
  • Arau
  • Unit Pengurusan Psikologi Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Unit Pengurusan Psikologi Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Dikendalikan oleh Kaunselor Berdaftar yang bersedia membantu.

Menyediakan perkhidmatan sokongan psikologi dan kaunseling untuk membantu kesejahteraan emosi dan perkembangan insaniah khususnyan kepada kakitangan dan pelajar PTSS dan juga komuniti setempat.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera WEBINAR BICARA@POLI : TIP SURVIVAL PELAJAR IPT ERA PANDEMIK Dengan segala hormatnya ...
29/09/2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

WEBINAR BICARA@POLI : TIP SURVIVAL PELAJAR IPT ERA PANDEMIK

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Psikologi PTSS dengan kerjasama Kelab Pembing Rakan Siswa Politeknik akan menganjurkan Webinar Bicara@poly : Tip Survival Pelajar IPT seperti butiran berikut:-

๐Ÿ“† 29 September 2021 (Rabu)
๐Ÿ–‹๏ธ Tips Survival Pelajar IPT Era Pandemik
โฐ 8:30 malam
๐Ÿ’ป Microsoft Teams : https://bit.ly/3zLAvrc

Para Peserta diminta untuk menyertai group telegram ini untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan program๐Ÿ‘‡๐Ÿป
๐Ÿ“ŒTelegram : https://t.me/joinchat/V5_106e-lyJjNTZl

โœ… Penyertaan terbuka kepada semua pelajar PTSS (pelajar semester satu diwajibkan)
โœ… E-Sijil disediakan

Sehubungan dengan semua pelajar yang terlibat adalah dijemput hadir.

Sekian terima kasih.

10 September merupakan Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia.
10/09/2021

10 September merupakan Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia.


The pandemic has greatly impacted the mental health of everyone & has increased risk of suicidal behaviour. Suicides can be prevented. We all have to play a role. Seek help, learn the warning signs, show concern, donโ€™t discriminate. We are here for you.

YB Khairy Jamaluddin
Menteri Kesihatan

10/09/2021

Bahaya ni. Ibubapa, cepat ubah!

1. Sekarang ini anak-anak muda sudah tidak berminat lagi untuk belajar tinggi-tinggi dan berjaya dalam pelajaran. Di sekolah dan di pelbagai peringkat pengajian menunjukkan kemerosotan motivasi belajar dan ketagihan anak muda dengan gadget.

Bagi anak-anak muda, sudah tidak perlu lagi belajar tinggi-tinggi untuk berjaya dan hidup senang.

Ramai yang sudah menjadi kaya-raya dengan hanya bermain game, menjadi model di instagram, buat video di Youtube dan menari di TikTok.

Ramai anak muda yang sudah menjadi hebat dan mampu membeli kereta Mustang dengan menjual produk itu ini secara online.

2. Apa faedah belajar tinggi-tinggi?

Ramai yang belajar tinggi-tinggi seperti bidang kejuruteraan dan sebagainya hanya untuk menjadi pemandu Grab dan rider foodpanda.

Kalau bernasib baik dapat bekerja menjadi kuli dengan gaji yang tersangat rendah.

**(Tiada rasa 'kebanggaan' dan hak penghormatan pada ilmu yang diperolehi)**

Lebih ramai lagi yang terpaksa menganggur akhirnya menjadi penjual produk tudung, kecantikan atau menjual makanan supliment dan agen takaful.

Pesanan ibubapa supaya belajar tinggi-tinggi agar nanti hidup senang sudah tidak lagi releven bahkan semakin menyusahkan dan membebankan.

3. Jika Kerajaan dan masyarakat tidak melakukan sesuatu untuk mengubah fenomena ini, masa depan kita dalam bahaya apabila generasi muda akan datang tidak lagi berminat dengan ilmu dan pengetahuan tetapi hanya memburu material kebendaan dan mencari jalan cepat untuk senang.

Banyak keputusan bodoh akan terhasil akibat kekurangan ilmu.

Banyak kerosakan akan berlaku sebab ramai yang jahil.

โ€Ž ู„ูˆู„ุง ุงู„ุนู„ู… ู„ูƒุงู† ุงู„ู†ุงุณ ูƒุงู„ุจู‡ุงุฆู…

Kalaulah tidak kerana ilmu, jadilah manusia seperti haiwan.

4. Kita akan mempunyai ramai orang kaya yang bodoh dan orang miskin yang pandai. Lalu si kaya yang bodoh akan menguasai masyarakat dan mengatur hidup orang ramai dengan keputusan bodoh.

โ€ŽุฅูุฐูŽุง ู„ูŽู…ู’ ูŠูุจู’ู‚ู ุนูŽุงู„ูู…ู‹ุง ุงุชู‘ูŽุฎูŽุฐูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ุฑูุกููˆู’ุณู‹ุง ุฌูู‡ู‘ูŽุงู„ุงู‹ ููŽุณูุฆูู„ููˆุง ููŽุฃูŽูู’ุชูŽูˆู’ุง ุจูุบูŽูŠู’ุฑู ุนูู„ู’ู…ู ููŽุถูŽู„ู‘ููˆุง ูˆูŽุฃูŽุถูŽู„ู‘ููˆุง

"...Apabila tiada lagi orang yang alim. maka orang ramai akan melantik ketua-ketua mereka dari kalangan orang yang jahil dan apabila mereka ditanya tentang sesuatu maka ketua yang jahil itu akan menjawab tanpa ilmu, lalu mereka pun menjadi sesat lagi menyesatkan...โ€ [HR. Al-Bukhari dan Muslim]

Kredit : Emran Ahmad
Photo By : Luther. M. E Bottrill

Salam kemerdekaan...Selagi kita dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat dan negara, kita semua adalah hero.Selamat Me...
31/08/2021

Salam kemerdekaan...

Selagi kita dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat dan negara, kita semua adalah hero.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-64

Address

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Arau
02600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Pengurusan Psikologi Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Unit Pengurusan Psikologi Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin:

Shortcuts

Share