GIATMARA PADANG BESAR

GIATMARA PADANG BESAR Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from GIATMARA PADANG BESAR, Education, LOT PT 1260, MUKIM JEJAWI, Arau.

28/08/2026

๐’๐„๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ-๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡

Tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Ts. Ahmad Hamdi bin Hj Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA, atas pengurniaan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa gelaran โ€œDatukโ€.

Pengurniaan ini telah disempurnakan sempena Istiadat Pengurniaan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Hari Lahir Tuan Yang Terutama Yang Dipertua ke-77, pada 24 Ogos 2026 di Balai Istiadat, Seri Negari, Melaka.

Seluruh warga GIATMARA Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah atas pengurniaan yang amat bermakna ini. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus mencurahkan khidmat bakti dan kepimpinan demi kemajuan GIATMARA serta pembangunan TVET negara.

๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก ๐˜๐๐ก๐ . ๐ƒ๐š๐ญ๐ฎ๐ค ๐“๐ฌ. ๐€๐ก๐ฆ๐š๐ ๐‡๐š๐ฆ๐๐ข ๐›๐ข๐ง ๐‡๐ฃ ๐ˆ๐›๐ซ๐š๐ก๐ข๐ฆ!




09/07/2026

GiatMara Buka Jalan Muhammad Anis Berdikari

KEMAHIRAN teknikal, ketelitian kerja dan keupayaan menyelesaikan masalah secara amali sering menjadi tunjang utama dalam dunia Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Bagi Muhammad Anis Hussin, 33, kemahiran praktikal dalam bidang penyejukbekuan dan penyaman udara kini menjadi senjata utamanya dalam memacu kerjaya sebagai usahawan teknikal berjaya.

Dia yang merupakan bekas pelajar GiatMara Padang Besar, Perlis, membuktikan bahawa laluan pendidikan TVET mampu melahirkan modal insan yang kompeten serta mampu berdikari dalam industri tempatan tanpa perlu bergantung kepada makan gaji semata-mata.

Menurut Anis, dia memilih laluan TVET dengan langkah yang agak menarik iaitu bermula daripada sekadar mahu mencuba sesuatu yang baharu.

Minatnya terhadap bidang teknikal mula dipupuk secara serius apabila dia mengambil keputusan untuk mendaftar dalam kursus Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara di institusi latihan kemahiran tersebut selepas melihat potensi besar dalam industri berkenaan.

โ€œKeputusan memilih aliran TVET ini pada mulanya sekadar satu kemahiran yang ingin saya cuba. Saya mahu melihat sejauh mana bidang praktikal ini boleh pergi dan adakah ia serasi dengan jiwa saya.

โ€œSelepas menamatkan pengajian di GiatMara dan memperoleh sijil kemahiran, saya tidak terus terburu-buru membuka perniagaan sendiri. Sebaliknya, saya memilih untuk mengutip pengalaman praktikal terlebih dahulu sebagai pekerja biasa di sebuah syarikat di Kangar, Perlis,โ€ katanya.

Di syarikat tersebut, dia memperuntuk masa selama tiga tahun untuk mengasah bakat, mendalami selok-belok industri dan memperoleh kemahiran teknikalnya di bawah bimbingan majikan serta rakan sekerja yang lebih berpengalaman.

Tempoh tiga tahun itu ternyata mengubah persepsinya dengan menjadi sebuah minat yang mendalam.

Pengalaman yang diperoleh di lapangan memberikan keyakinan tinggi untuk dia mengambil langkah yang lebih berani.

Melalui perusahaan dinamakan Fayyadh Cooling Enterprise, Anis mula mengukir nama sebagai usahawan teknikal tempatan yang berwibawa di sekitar Kedah dan Perlis.

Mengimbau detik awal penubuhannya, dia mengakui fasa bermula dari bawah adalah waktu yang menuntut kesabaran yang tinggi.

โ€œSaya mula buat sendiri secara serius selepas tamatnya fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Saya bermula betul-betul dari bawah dengan hanya mengambil tugasan servis biasa dahulu demi mencari dan bina hubungan dengan pelanggan.

โ€œApabila tempoh masa berlalu dan keyakinan diri semakin menebal, barulah saya mula melebarkan skop perkhidmatan dengan membekalkan serta memasang set pendingin hawa baharu, melakukan kerja-kerja membaiki peti sejuk, sistem pendawaian elektrik (wiring), perpaipan air serta pemasangan pam air. Sekarang, apa sahaja tugasan teknikal yang termampu, semua saya lakukan,โ€ jelasnya.

Katanya, pengalaman paling manis dan mencabar sepanjang bergelar juruteknik adalah ketika negara dilanda pandemik Covid-19 beberapa tahun lalu. Pada waktu kritikal itu, kekangan pergerakan menyebabkan tidak ramai juruteknik yang dapat menjalankan operasi di luar.

Bagaimanapun, tuah menyebelahinya apabila dia memiliki surat pelepasan rasmi yang membolehkannya bergerak untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan.

โ€œMasa PKP dahulu tidak ramai juruteknik yang boleh berjalan untuk membuat kerja lapangan. Sampaikan ada pelanggan yang berhadapan situasi kecemasan sanggup membayar upah dua kali ganda (double) semata-mata mahukan servis perkhidmatan saya,โ€ katanya mengenangkan detik itu.

Berkat kecekapan mutu kerja dan sifat mesra pelanggan, Fayyadh Cooling Enterprise kini bukan lagi sebuah perniagaan โ€˜one-man showโ€™.

Perniagaan yang dibina daripada bawah itu kini semakin berkembang dan sudah mampu membayar tiga orang kakitangan untuk membantunya mengurus permintaan pelanggan yang semakin meningkat.

Bagi perancangan masa hadapan untuk kekal relevan dalam industri, dia menekankan kepentingan untuk sentiasa mengemas kini ilmu memandangkan teknologi sistem penyejukbekuan kini semakin canggih dan memerlukan kepakaran yang dinamik.

Dalam pada itu, Anis turut menitip pesanan kepada generasi muda terutama pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) agar tidak mudah mengaku kalah dengan keputusan peperiksaan yang diterima. Dia berpendapat stigma lama yang menganggap kegagalan memasuki universiti sebagai pengakhiran masa depan adalah tidak lagi relevan.

โ€œCuba dan terokailah bidang TVET dengan hati yang terbuka.

โ€œInstitusi seperti GiatMara menyediakan platform terbaik untuk membina masa depan. Apabila kita ada kemahiran acuan industri yang diperlukan pasaran, peluang menjana pendapatan, membuka peluang pekerjaan kepada orang lain dan berdikari sebenarnya sangat luas di luar sana,โ€ ujarnya.

Gambar : Bekas pelajar GiatMara Padang Besar, Perlis, Muhammad Anis melakukan kerja-kerja menampal simen di kotak elektrik dan pemasangan pendingin hawa.Pendidikan Vokasional & Lanjutan
Artikel Penuh Di Ruangan Komen ๐Ÿ”ฝ
Sumber : KOSMO!
Teruskan Bersama Perlis Permai Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.




12/06/2026

Kepada pelatih yang tamat latihan pada tahun 2025 boleh hubungi GIATMARA Arau dan GIATMARA Kangar..

Kepada yang telah menerima tawaran kemasukan terutama Giatmara Arau Dan Giatmara Kangar anda mengesah boleh mengesahkan ...
22/05/2026

Kepada yang telah menerima tawaran kemasukan terutama Giatmara Arau Dan Giatmara Kangar anda mengesah boleh mengesahkan tawaran kemasukan pada 25hb mei 2026 ini dengan kadar segera..

๐Ÿ“ข MAKLUMAN MESRA KEPADA YANG DITAWARKAN

Mulai 25 Mei 2026, calon yang menerima tawaran boleh mula โ€œKlik Terima Tawaranโ€ di portal rasmi UP_TVET.

โœ… Terima SATU tawaran sahaja
โŒ Tawaran lain akan terbatal secara automatik
โš ๏ธ Selepas โ€œKlik Terima Tawaranโ€, pindaan tidak lagi dibenarkan

Pastikan anda menyemak tawaran dengan teliti sebelum membuat keputusan.

Pilih dengan bijak demi masa depan kerjaya anda! ๐Ÿš€

Portal Rasmi : https://mohon.tvet.gov.my/
๐Ÿ’กTVET - Pilihan Utama Kerjaya!

27/04/2026

Check out GIATMARA Padang Besarโ€™s video.

23/02/2026

PEMBELAJARAN DI GIATMARA Malaysia

GIATMARA Malaysia komited dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang mesra, selamat dan berkualiti kepada semua pelatih. Setiap program latihan dilaksanakan secara profesional, beretika serta mematuhi piawaian keselamatan dan kualiti yang ditetapkan.

Penekanan diberikan bukan sahaja kepada pembangunan kemahiran teknikal, malah pembentukan sahsiah, disiplin dan nilai profesional dalam kalangan pelatih.

Komitmen ini selaras dengan usaha GIATMARA Malaysia untuk melahirkan tenaga mahir yang berdaya saing serta bersedia menghadapi keperluan industri.

GIATMARA Malaysia, Pemacu Latihan Kemahiran Negara

19/02/2026

๐™Ž๐™–๐™ก๐™–๐™ข ๐™๐™–๐™ข๐™–๐™™๐™–๐™ฃ

GIATMARA merakamkan ucapan Salam Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam.

Semoga bulan penuh keberkatan ini menjadi ruang untuk kita memperkukuh disiplin diri, memperhalusi nilai integriti, dan memperkasa potensi bukan sahaja dari sudut rohani, malah dalam pembinaan kemahiran dan masa depan.

Mari kita manfaatkan Ramadan ini dengan niat yang tulus, usaha yang konsisten, dan semangat untuk terus berkembang.

13/01/2026

Address

LOT PT 1260, MUKIM JEJAWI
Arau
02600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:15
Tuesday 08:00 - 17:15
Wednesday 08:00 - 17:15
Thursday 08:00 - 17:15
Friday 08:00 - 17:15

Telephone

+6049761495

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GIATMARA PADANG BESAR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category