Pusat TVET Universiti Malaysia Perlis

Pusat TVET Universiti Malaysia Perlis Center for Technical and Vocational Education and Training (TVET), Universiti Malaysia Perlis

Jom sertai bootcamp intensif selama 2 hari yang menggabungkan ceramah, perbincangan, kajian kes dan bengkel hands-on.πŸ“… 8...
01/09/2026

Jom sertai bootcamp intensif selama 2 hari yang menggabungkan ceramah, perbincangan, kajian kes dan bengkel hands-on.

πŸ“… 8 – 9 September 2026
⏰ 9.00 pagi – 4.30 petang
πŸ“ Bilik Seminar, Pusat TVET UniMAP

Sepanjang bootcamp, peserta akan dibimbing melalui aliran:

Proses Kerja ➜ Aktiviti ➜ Hazard ➜ Penilaian Risiko ➜ Kawalan ➜ JSA/JHA ➜ SOP

Antara yang akan dipelajari ialah HIRARC, Hierarchy of Control, ERA, CHRA, pemilihan kawalan risiko serta bagaimana hasil penilaian risiko boleh diterjemahkan kepada amalan kerja yang lebih selamat.

Jom daftar di https://impak.unimap.edu.my/course/view.php?id=28

10–28.8.2026 I Program Pensijilan Profesional Electric Vehicle (EV) Maintenance Technology Seramai 10 orang staf Univers...
29/08/2026

10–28.8.2026 I Program Pensijilan Profesional Electric Vehicle (EV) Maintenance Technology

Seramai 10 orang staf Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang terdiri daripada pensyarah dan penolong jurutera daripada Pusat TVET UniMAP serta Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Mekanikal (FKTM) telah berjaya menamatkan Program Pensijilan Profesional K-Youth: Track A – Electric Vehicle (EV) Maintenance Technology di bawah inisiatif UniMAP TVET FutureTech Programme (UTFP).

Program anjuran Pusat TVET UniMAP dengan kerjasama KWT EV Academy, Yantai Vocational College, China dan PERSOL ini dilaksanakan secara intensif selama 15 hari, merangkumi 10 hari latihan di UniMAP dan 5 hari latihan lanjutan di KWT EV Academy.

Sepanjang program, para peserta mengikuti latihan teori dan amali yang merangkumi teknologi serta sistem utama kenderaan elektrik, di samping menjalani penilaian teori dan praktikal bagi memastikan tahap kompetensi yang diperlukan dapat dicapai.

Latihan dikendalikan di bawah bimbingan Assoc. Prof. Wang dan Assoc. Prof. Zhao dari Yantai Vocational College, China, bersama barisan tenaga pengajar daripada KWT EV Academy. Perkongsian kepakaran antarabangsa dan industri ini memberi peluang kepada peserta mendalami teknologi EV melalui pendekatan latihan berasaskan kompetensi serta aplikasi praktikal.

Lebih signifikan, pembangunan kompetensi tenaga pengajar ini merupakan langkah penting dalam memperkukuh keupayaan UniMAP untuk membangunkan ekosistem latihan dan pensijilan profesional dalam bidang Electric Vehicle (EV). Kepakaran yang diperoleh dapat dikembangkan kepada pelajar serta peserta latihan pada masa hadapan, sekali gus menyokong keperluan tenaga mahir bagi industri mobiliti elektrik yang semakin berkembang.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada KWT EV Academy, Yantai Vocational College, PERSOL, Fakulti Kejuruteraan Dan Teknologi Mekanikal (FKTM) Dan Khazanah Nasional ,barisan tenaga pengajar serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan program ini.

Tahniah kepada kesemua 10 peserta UniMAP atas kejayaan menamatkan latihan dan pensijilan profesional ini. Semoga kompetensi yang diperoleh menjadi pemangkin kepada pembangunan latihan EV yang lebih komprehensif dan berimpak tinggi di UniMAP.

Pejabat TNC Akademik & Antarabangsa Universiti Malaysia Perlis
Faculty of Mechanical Engineering & Technology, Universiti Malaysia Perlis
Universiti Malaysia Perlis

23/08/2026
19.8.2026 I Lawatan Industri Sempena UniMAP Future Talent Roundtable 2026: Strategic Industry Dialogue on Graduate Emplo...
22/08/2026

19.8.2026 I Lawatan Industri Sempena UniMAP Future Talent Roundtable 2026: Strategic Industry Dialogue on Graduate Employability

Pusat TVET UniMAP telah menerima kunjungan 19 orang delegasi industri bersempena UniMAP Future Talent Roundtable 2026: Strategic Industry Dialogue on Graduate Employability, anjuran Pusat Kebolehpasaran Graduan & Keusahawanan (CGEE), UniMAP.
Kunjungan dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Prof. Madya Ts. Dr. Faizah Abu Bakar, Pengarah Pusat TVET UniMAP, yang berkongsi mengenai peranan Pusat TVET dalam membangunkan ekosistem latihan berteraskan industri, pensijilan profesional serta pembangunan kompetensi pelajar yang selari dengan keperluan pasaran pekerjaan.

Delegasi seterusnya dibawa meninjau Kilang Mengajar (Teaching Factory) serta beberapa model Makmal Industri yang telah dibangunkan melalui kerjasama strategik UniMAP bersama rakan industri. Pendekatan ini memperlihatkan bagaimana teknologi, kepakaran dan amalan sebenar industri boleh dibawa terus ke dalam persekitaran universiti bagi memperkukuh pengalaman pembelajaran pelajar.

Selaras dengan aspirasi Industry on Campus, Pusat TVET UniMAP sentiasa mengalu-alukan penglibatan lebih luas daripada pihak industri untuk bersama-sama membangunkan ekosistem pendidikan yang responsif terhadap perubahan teknologi dan keperluan tenaga kerja masa hadapan.

Kerjasama tersebut boleh diterokai melalui pembangunan Makmal Industri, Teaching Factory, pensijilan profesional, latihan berasaskan industri, perkongsian kepakaran serta pelbagai bentuk kolaborasi strategik yang mampu memberi nilai tambah kepada universiti, industri dan pembangunan bakat negara.

Lawatan ini menjadi pelengkap kepada sesi Future Talent Roundtable dengan membawa dialog mengenai kebolehpasaran graduan kepada satu perspektif yang lebih praktikal β€” menghubungkan keperluan industri secara langsung dengan pembangunan kompetensi pelajar di kampus.

Pusat TVET UniMAP mengalu-alukan industri untuk bersama-sama menjadi sebahagian daripada ekosistem Industry on Campus UniMAP dalam membentuk bakat masa hadapan yang kompeten, adaptif dan bersedia untuk industri.

Pejabat TNC Akademik & Antarabangsa Universiti Malaysia Perlis
Universiti Malaysia Perlis

18.8.2026 I Lawatan Kem Bina Insan YPM 2026 ke Pusat TVET UniMAPPusat TVET UniMAP menerima kunjungan seramai 100 orang p...
18/08/2026

18.8.2026 I Lawatan Kem Bina Insan YPM 2026 ke Pusat TVET UniMAP

Pusat TVET UniMAP menerima kunjungan seramai 100 orang pelajar Tingkatan 6 dari Daerah Baling, Kedah, bersama 20 orang urus setia bersempena Kem Bina Insan YPM 2026.
Program yang dilaksanakan melalui UniMAP Holdings Sdn. Bhd. (UNHSB) dengan kerjasama Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dan Pejabat Pendidikan Daerah Baling ini menjadi salah satu platform pendedahan kepada para pelajar mengenai peluang pendidikan tinggi, bidang TVET serta perkembangan teknologi dan kejuruteraan masa kini.

Sepanjang berada di Pusat TVET UniMAP, para pelajar berpeluang melihat sendiri persekitaran pembelajaran berasaskan praktikal dan teknologi melalui lawatan ke:

πŸ”Ή Kilang Mengajar UniMAP – Printed Circuit Board (PCB)
πŸ”Ή Bengkel Kemahiran Mekanikal
πŸ”Ή Bengkel Kemahiran Elektrik

Pendedahan secara langsung kepada fasiliti ini memberi gambaran kepada para pelajar mengenai hubungan antara ilmu akademik, kemahiran teknikal dan aplikasi industri, selain memperkenalkan mereka kepada pelbagai laluan pendidikan dan bidang kerjaya yang boleh diterokai selepas menamatkan pengajian Tingkatan 6.

Pusat TVET UniMAP berharap kunjungan ini dapat menjadi antara pengalaman yang mencetuskan minat dan aspirasi para pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, khususnya dalam bidang kejuruteraan, teknologi dan TVET di UniMAP.
Terima kasih kepada UniMAP Holdings Sdn. Bhd., Yayasan Pelajaran MARA, Pejabat Pendidikan Daerah Baling, para guru, urus setia serta semua pihak yang menjayakan lawatan ini.

13–14.8.2026 I Pemerkasaan Kemahiran Digital Pelajar Tahfiz melalui Program USR Pusat TVET UniMAP Menggabungkan pendidik...
15/08/2026

13–14.8.2026 I Pemerkasaan Kemahiran Digital Pelajar Tahfiz melalui Program USR Pusat TVET UniMAP

Menggabungkan pendidikan tahfiz dengan kemahiran teknologi merupakan antara pendekatan dalam menyediakan generasi muda yang lebih bersedia menghadapi perubahan dunia digital.
Pusat TVET Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama MNF TVET College telah menganjurkan Program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR): Bengkel Pemerkasaan Kemahiran Digital – Reka Bentuk Grafik dan AutoCAD pada 13 hingga 14 Ogos 2026 bertempat di Makmal CADCAM, Pusat TVET UniMAP.

Program ini memberi peluang kepada pelajar daripada Pondok Moden Darussalam Changlun (PMDC) dan Maahad Tahfiz Sains Darul Muttaqin (MASDAR) untuk meneroka kemahiran digital melalui pendekatan pembelajaran secara praktikal (hands-on).
Dua bidang utama telah diketengahkan sepanjang program:

Reka Bentuk Grafik | 13 Ogos 2026

Dikendalikan oleh Encik Ahmad Zulhusny bin Rozali, dengan bantuan Mohd Juraij bin Abd Rani dari Fakulti Perniagaan dan Komunikasi UniMAP. Para peserta didedahkan kepada asas penghasilan kandungan visual dan penggunaan kemahiran reka bentuk dalam persekitaran digital.

Lukisan Kejuruteraan & AutoCAD | 14 Ogos 2026

Dikendalikan oleh Encik Khairul Nizam Sultan Ali dari Fakulti Komputeran Cerdas. Sesi ini memperkenalkan peserta kepada asas lukisan teknikal serta penggunaan AutoCAD sebagai salah satu platform penting dalam bidang reka bentuk dan kejuruteraan.
Lebih daripada sekadar bengkel, program ini menjadi platform untuk memperluas akses kepada pendidikan TVET dan kemahiran digital, sekali gus memberi pendedahan baharu kepada pelajar tahfiz mengenai potensi pendidikan serta kerjaya dalam bidang teknologi dan kejuruteraan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada MNF TVET College, barisan tenaga pengajar, guru-guru MASDAR dan PMDC, para pelajar serta seluruh jawatankuasa yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan program ini.Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi pencetus minat untuk terus meneroka kemahiran baharu serta menjadi bekalan berguna dalam mendepani keperluan masa hadapan.

Pejabat TNC Akademik & Antarabangsa Universiti Malaysia Perlis
Universiti Malaysia Perlis

Sorotan Minggu Pertama Program Pensijilan Profesional Electric Vehicle (EV) Maintenance TechnologyMinggu pertama Program...
14/08/2026

Sorotan Minggu Pertama Program Pensijilan Profesional Electric Vehicle (EV) Maintenance Technology

Minggu pertama Program Pensijilan Profesional Electric Vehicle (EV) Maintenance Technology telah berlangsung dengan jayanya menerusi kerjasama antara Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Yantai Vocational College, China dan Kwt EV Academy

Program ini melibatkan penyertaan tenaga akademik dan penolong jurutera daripada Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Mekanikal (FKTM) serta Pusat TVET UniMAP. Sepanjang minggu pertama, para peserta didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran berkaitan teknologi kenderaan elektrik, termasuk sistem utama EV, teknologi bateri, sistem pemacu elektrik, aspek penyelenggaraan serta prosedur keselamatan.

Program pensijilan profesional ini merupakan salah satu usaha memperkukuh kompetensi tenaga pengajar dan tenaga teknikal UniMAP dalam bidang teknologi EV, selaras dengan perkembangan pesat industri mobiliti elektrik serta keperluan pembangunan bakat TVET berkemahiran tinggi.

Pejabat TNC Akademik & Antarabangsa Universiti Malaysia Perlis
Universiti Malaysia Perlis
Faculty of Mechanical Engineering & Technology, Universiti Malaysia Perlis

13.8.2026 I Lawatan Delegasi Ningbo Polytechnic University, China ke Pusat TVET UniMAP Pusat TVET UniMAP berbesar hati m...
14/08/2026

13.8.2026 I Lawatan Delegasi Ningbo Polytechnic University, China ke Pusat TVET UniMAP

Pusat TVET UniMAP berbesar hati menerima kunjungan delegasi dari Ningbo Polytechnic University, China bersempena Program Mobiliti U-Ning 2026 di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada pengisian program mobiliti antarabangsa yang memberi peluang kepada delegasi untuk mengenali dengan lebih dekat ekosistem TVET berteraskan industri di UniMAP, khususnya dalam aspek teknologi automasi, latihan kemahiran dan pembelajaran berasaskan aplikasi sebenar.

Sepanjang lawatan, delegasi telah dibawa melawat Makmal Industri Digital Siemens bagi melihat aplikasi teknologi automasi dan pendigitalan industri dalam pembangunan kompetensi pelajar. Delegasi turut mengunjungi Bengkel Kemahiran Mekanikal untuk mendapatkan pendedahan mengenai pelaksanaan latihan praktikal dan pembangunan kemahiran teknikal di Pusat TVET UniMAP.

Lawatan ini turut menjadi platform kepada perkongsian pengetahuan dan pengalaman antara institusi, di samping memperkukuh jaringan antarabangsa serta membuka ruang kepada potensi kerjasama dalam bidang TVET, teknologi dan pembangunan bakat pada masa hadapan.

Terima kasih kepada delegasi Ningbo Polytechnic University dan Sekretariat U-Ning 2026 atas kunjungan ke Pusat TVET UniMAP

Pejabat TNC Akademik & Antarabangsa Universiti Malaysia Perlis
Universiti Malaysia Perlis .

Latihan Pensijilan Profesional EV kepada tenaga pengajar UniMAP anjuran Pusat TVET UniMAP, KWT Academy dan Yantai Vocati...
11/08/2026

Latihan Pensijilan Profesional EV kepada tenaga pengajar UniMAP anjuran Pusat TVET UniMAP, KWT Academy dan Yantai Vocational College, China. Latihan ini ialah di bawah program K-Youth Track C 2026.

Latihan ini ialah antara usaha untuk memastikan tenaga pengajar UniMAP sentiasa meningkatkan kemahiran teknikal ke arah teknologi terkini dan setiap program TVET UniMAP menawarkan pensijilan profesional industri.

Pejabat TNC Akademik & Antarabangsa Universiti Malaysia Perlis



Address

UniMAP TVET Centre, Bangunan Pusat Latihan Kejuruteraan, Universiti Malaysia Perlis, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra
Arau
02600

Opening Hours

Monday 08:10 - 17:00
Tuesday 08:10 - 17:10
Wednesday 08:10 - 17:10
Thursday 08:10 - 17:10
Friday 08:10 - 17:10

Telephone

+6049414392

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat TVET Universiti Malaysia Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pusat TVET Universiti Malaysia Perlis:

Shortcuts

Share