UniMAPInfo

UniMAPInfo To Promote UniMAP's Undergraduate and Postgraduate programmes.

16/09/2026
πŸ‡²πŸ‡Ύ Selamat Hari Malaysia! πŸ‡²πŸ‡ΎSatu tanah air, satu jiwa, satu Malaysia. β€οΈπŸ’™πŸ’›πŸ€Semoga semangat perpaduan terus menyatukan ki...
16/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ Selamat Hari Malaysia! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Satu tanah air, satu jiwa, satu Malaysia. β€οΈπŸ’™πŸ’›πŸ€

Semoga semangat perpaduan terus menyatukan kita dalam membina Malaysia yang lebih gemilang. ✨

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.

Dari latihan yang mencabar, sampai akhirnya berdiri sebagai Pegawai Muda. 🫑Penat lelah, keringat & kenangan. Semua terba...
15/09/2026

Dari latihan yang mencabar, sampai akhirnya berdiri sebagai Pegawai Muda. 🫑

Penat lelah, keringat & kenangan. Semua terbayar pada satu detik. ✨

This is the moment. This is the legacy. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Tahniah Pegawai Muda PALAPES UniMAP! πŸŽ–οΈπŸ”₯

13/09/2026

πŸŽ–οΈ Hi-Tea Bersama Alumni PALAPES UniMAP

Naib Canselor UniMAP telah berkesempatan meluangkan masa bersama Alumni PALAPES UniMAP di dalam Majlis Hi-Tea anjuran Pusat Perhubungan Alumni (PPA) UniMAP sempena Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam Ke-44.

Kesempatan ini telah dapat mengeratkan silaturrahim, berkongsi pengalaman dan memperkukuh jaringan alumni. πŸ’™πŸ’›πŸ‡²πŸ‡Ύ

12/09/2026

Datang sebab PALAPES, balik dengan kenangan manis di UniMAP. πŸ«‘πŸ’™

πŸŒ… Sunrise? Cun.
πŸŒ‡ Sunset? Lagi cun.
πŸƒ Track jogging? Memang layan.
🏠 Kolej kediaman? Selesa.
πŸ₯ PKU? Terbaik.

Kalau tanya kadet PALAPES yang pernah stay sini… UniMAP dapat A+++

πŸ‡²πŸ‡Ύ 1,885 PEGAWAI KADET, SATU AMANAH DEMI NEGARAPerlis bakal menjadi saksi satu detik bersejarah apabila Universiti Malay...
10/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ 1,885 PEGAWAI KADET, SATU AMANAH DEMI NEGARA

Perlis bakal menjadi saksi satu detik bersejarah apabila Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menjadi tuan rumah kepada Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam Ke 44.

Istiadat yang berlangsung pada 12 September 2026 di Kampus Alam Pauh Putra, UniMAP ini melibatkan seramai 1,885 Pegawai Kadet PALAPES daripada 20 universiti awam di seluruh negara.

Mereka telah melalui pelbagai latihan yang menguji ketahanan fizikal dan mental, disiplin, kepimpinan serta semangat setiakawan sebelum melangkah ke satu lagi fasa penting dalam perjalanan mereka sebagai pegawai muda.

Mereka bukan sekadar mahasiswa.

Mereka adalah generasi muda yang telah ditempa dengan disiplin dan kepimpinan serta bersedia memikul amanah dan tanggungjawab demi agama, bangsa dan negara.

Buat julung kalinya UniMAP menjadi tuan rumah kepada istiadat berprestij ini. Suasana di Kampus Alam Pauh Putra kini semakin meriah dengan persiapan dan raptai yang sedang giat dilaksanakan bagi memastikan istiadat berlangsung dengan penuh tertib dan gemilang.

Dari kampus mereka dibentuk.

Di medan latihan mereka diuji.

Di UniMAP mereka bakal ditauliahkan.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Disiplin. Kepimpinan. Kesetiaan.

UniMAP berbangga menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini.

10/09/2026

πŸ”₯ HARI NI UniMAP MEMANG LAIN MACAM! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸͺ‚

Kalau ingat datang UniMAP hari ni sekadar nak tengok PALAPES… NOPE! πŸ‘€πŸ”₯

Hari ni pengunjung dapat saksikan sendiri aksi penerjun payung terjun πŸͺ‚, pertunjukan tempur tanpa senjata πŸ’₯ serta pelbagai pameran ketenteraan yang memang next level!

Dari atas langit sampai ke darat. Semangat, disiplin & aksi pasukan pertahanan negara dipamerkan depan mata. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ’ͺ

Dan paling best… MASUK PERCUMA! 🀩

πŸ“ Universiti Malaysia Perlis
πŸ“… 10–12 September 2026
⏰ 10.00 pagi – 5.00 petang

Pakat mai ramai-ramai! Jangan tengok kat FYP ja 😎πŸ”₯

09/09/2026

Di sebalik setiap langkah yang kemas, ada latihan yang tak pernah sambil lewa. πŸŽ–οΈ

Menjelang Persiapan Istiadat Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Muda PALAPES Universiti Awam Ke-44 Tahun 2026 di UniMAP, para pegawai kadet giat menjalani raptai dan persiapan bagi memastikan setiap pergerakan, formasi dan protokol berjalan dengan penuh disiplin dan ketepatan.

Bukan sekadar rehearsal.
Ini persediaan sebelum satu detik yang bakal dikenang. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Dari latihan, menuju pentauliahan.

πŸŽ‚βœ¨ Selamat Ulang Tahun Kelahiran, Dato’ Prof. Ts. Dr Zaliman Sauli!Bahagian Promosi dan Pemasaran UniMAP merakamkan seti...
09/09/2026

πŸŽ‚βœ¨ Selamat Ulang Tahun Kelahiran, Dato’ Prof. Ts. Dr Zaliman Sauli!

Bahagian Promosi dan Pemasaran UniMAP merakamkan setinggi-tinggi ucapan selamat ulang tahun kelahiran buat Dato’ Prof. Ts. Dr Zaliman Sauli.

Semoga Dato’ sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan, keberkatan serta dipermudahkan dalam setiap urusan dan amanah yang dilaksanakan.

Terima kasih atas kepimpinan, inspirasi dan dedikasi yang sentiasa menjadi pemangkin kepada kecemerlangan UniMAP. πŸ’™

Selamat Hari Lahir, Dato’! πŸŽ‰πŸŽ‚

Address

Bahagian Promosi & Pemasaran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Universiti Malaysia Perlis Aras 3, Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra
Arau
02600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UniMAPInfo posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share