Teknologi Elektronik KV Arau

Teknologi Elektronik KV Arau Aktiviti & Dokumentasi Bergambar bagi Program Teknologi Elektronik KV Arau.

Team Building Pensyarah Jabatan Teknologi Elektrik dan Elektonik 2026 dan Majlis Malam Kenangan Malam Kita.Tarikh : 17 &...
19/09/2026

Team Building Pensyarah Jabatan Teknologi Elektrik dan Elektonik 2026 dan Majlis Malam Kenangan Malam Kita.

Tarikh : 17 & 18 September 2026
Tempat : Jerai Hill Resort

Syabas dan tahniah kepada pelajar Wan Ammar Rizky Bin Baseri tempat ke - 4 dalam Pertandingan KV Skills Kebangsaan 2026T...
14/09/2026

Syabas dan tahniah kepada pelajar Wan Ammar Rizky Bin Baseri tempat ke - 4 dalam Pertandingan KV Skills Kebangsaan 2026

Tahniah juga kepada jurulatih dan pengurus dan semua yang terlibat.... Tahniah sekali lagi...

14/09/2026
PROUD MOMENT FOR KV ARAU! ✨Tahniah diucapkan kepada pelajar Kolej Vokasional Arau, NUR BATRISYA BINTI ROMLI (2 DIPLOMA S...
04/09/2026

PROUD MOMENT FOR KV ARAU! ✨

Tahniah diucapkan kepada pelajar Kolej Vokasional Arau, NUR BATRISYA BINTI ROMLI
(2 DIPLOMA SEM 3 ELEKTRONIK) kerana telah berjaya menerima Avery Dennison Foundation Global Children of Employees Scholarship_ bagi tahun akademik 2026-2027! πŸŽ‰

Program biasiswa ini ditadbir oleh Institute of International Education (IIE) dengan memberi sokongan kepada anak-anak kakitangan global Avery Dennison untuk melanjutkan pengajian tinggi dan latihan vokasional dalam pelbagai bidang.

Pihak Kolej Vokasional Arau amat berbangga dengan pencapaian ini. Kami percaya biasiswa ini akan menjadi pemangkin kepada Nur Batrisya untuk terus cemerlang dan menyumbang kepada masa hadapan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Avery Dennison Foundation dan Institute of International Education (IIE) atas komitmen mereka dalam memperkasa pendidikan.

Tahniah sekali lagi Nur Batrisya! Teruskan mengharumkan nama KV Arau! πŸ‘
Avery Dennison









TAHNIAH & SYABAS!Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua calon MUET Program Teknologi Elektronik Kolej Vokasional...
03/09/2026

TAHNIAH & SYABAS!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua calon MUET Program Teknologi Elektronik Kolej Vokasional Arau atas pencapaian dalam MUET Sesi 2, 2026.

Pencapaian ini mencerminkan usaha, komitmen dan kesungguhan para pelajar dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bekalan untuk melangkah lebih jauh.

Jadikan kejayaan ini sebagai motivasi untuk terus berusaha, memperkukuh keyakinan dan mencipta pencapaian yang lebih tinggi.

Teruskan melangkah. Teruskan mencipta kecemerlangan

Selamat menjalani Latihan Sangkutan Industri (LSI) kepada 2 orang pensyarah Program Teknologi Elektronik, Kolej Vokasion...
01/09/2026

Selamat menjalani Latihan Sangkutan Industri (LSI) kepada 2 orang pensyarah Program Teknologi Elektronik, Kolej Vokasional Arau.

πŸ‘©πŸ»β€πŸ« Dr. SITI INTAN DIYANA BINTI ISHAK
πŸ‘©πŸ»β€πŸ« Dr. AMANINA BINTI MUHAMAD SANUSI

Semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang tempoh LSI bermula 1 September - 30 September 2026.

Kedua-dua pensyarah ini menjalani Latihan Sangkutan Industri di Kedai Repair Phone Mefix Alor Setar untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dgn pihak industri.

PEMBENTANGAN DEB3023  PROJEK TAHUN AKHIR (FYP) 1 πŸ“šπŸ—“οΈ 24 Ogos 2026 (Isnin)πŸ“ Bengkel 2, Teknologi Elektronik Kolej Vokasio...
24/08/2026

PEMBENTANGAN DEB3023 PROJEK TAHUN AKHIR (FYP) 1 πŸ“š

πŸ—“οΈ 24 Ogos 2026 (Isnin)
πŸ“ Bengkel 2, Teknologi Elektronik Kolej Vokasional Arau

Panel Penilai:EN. MUHAMAD LATTIF BIN YAHAYA

Tahniah dan syabas diucapkan kepada 26 orang pelajar Tahun 2 semester 1 Program Diploma Teknologi Elektronik telah berjaya membentangkan Final Year Project (FYP) 1 masing-masing.

Sesi pembentangan ini merupakan satu platform penting bagi pelajar untuk mempersembahkan perkembangan projek, idea reka bentuk, penyelidikan serta inovasi yang telah dihasilkan sepanjang pelaksanaan FYP. Selain menjadi medan penilaian akademik, ia turut mengasah kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar.

Semoga segala teguran dan pandangan daripada para penilai dapat dijadikan panduan untuk menambah baik projek sebelum melangkah ke fasa seterusnya. Selamat maju jaya dan teruskan menghasilkan reka bentuk yang kreatif, inovatif serta memberi impak kepada masyarakat dan industri.

Tahniah kepada semua pelajar!

DARI DIPLOMA KE DEGREE, MELAKAR MASA DEPAN YANG LEBIH GEMILANGSetinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada 12 ora...
23/08/2026

DARI DIPLOMA KE DEGREE, MELAKAR MASA DEPAN YANG LEBIH GEMILANG

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada 12 orang pelajar Diploma Teknologi Elektronik, Kolej Vokasional Arau atas kejayaan menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana Muda.

Keputusan untuk terus menimba ilmu membuktikan semangat mereka yang tinggi dalam meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan profesionalisme bagi menghadapi cabaran industri elektronik yang semakin berkembang. Semoga perjalanan akademik ini menjadi batu loncatan untuk mencapai cita-cita dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Mulakan langkah anda di Kolej Vokasional Arau hari ini, dan bina kerjaya yang diimpikan esok. Sekali lagi, tahniah dan selamat maju jaya kepada semua yang berjaya menyambung pengajian. Teruskan melakar kecemerlangan dan jadilah inspirasi kepada generasi pelajar Teknologi Elektronik, Kolej Vokasional Arau yang akan datang.

Pemantauan OJT oleh pensyarah pemantau di industri.Tarikh : 05/08/2026 (Rabu) Tempat : BOEING COMPOSITES MALAYSIAPelajar...
05/08/2026

Pemantauan OJT oleh pensyarah pemantau di industri.

Tarikh : 05/08/2026 (Rabu)
Tempat : BOEING COMPOSITES MALAYSIA

Pelajar :
Muhd Zikril Hafiz Bin Syahrunnizam

Penyelia : En. Mohd Mukhzairi Bin Mohamad

Alhamdulillah, Tahniah diucapkan kepada wakil peserta dan guru pembimbing Team Inovasi Program Teknologi ElektronikDalam...
05/08/2026

Alhamdulillah, Tahniah diucapkan kepada wakil peserta dan guru pembimbing Team Inovasi Program Teknologi Elektronik
Dalam Pertandingan Inovasi ROVATION 2026 (ONLINE) Anjuran Kolej Vokasional Kulim.

Program Teknologi Elektronik - Silver Award
Tarikh : 22/07/2026

Address

Kolej Vokasional Arau
Arau
02600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Teknologi Elektronik KV Arau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Teknologi Elektronik KV Arau:

Shortcuts

Share

Category