PIB-G SMKTT

PIB-G SMKTT

Share

Akaun Rasmi Facebook PIB-G SMKTT Sesi 2025/2026. Himpunan aktiviti dan program PIB-G SMKTT bersama pihak sekolah.

31/03/2026

UCAPAN SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA PELAJAR SPM 2025

Kepada semua pelajar SPM SMK Taman Tasik yang bakal menerima keputusan pada hari ini, PIB-G SMKTT ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas segala usaha dan pengorbanan yang telah dicurahkan selama ini.

Hari ini bukanlah penamat, tetapi satu permulaan kepada perjalanan yang lebih besar dalam kehidupan kalian. Apa jua keputusan yang diterima, terimalah dengan hati yang terbuka. Kejayaan bukan hanya diukur pada angka, tetapi pada usaha, ketabahan, dan semangat untuk terus bangkit melangkah ke hadapan.

Bagi yang memperoleh keputusan cemerlang, tahniah dan teruskan kecemerlangan anda. Bagi yang kurang seperti diharapkan, jangan berputus asa. Setiap orang mempunyai jalan kejayaan yang berbeza, dan peluang sentiasa terbuka luas.

Ingatlah, ibu bapa dan guru sentiasa bangga dengan usaha kalian. Teruskan berusaha, kejar impian, dan jadilah insan yang memberi manfaat kepada agama, bangsa, dan negara.

Semoga kalian semua dipermudahkan urusan dan dikurniakan kejayaan dunia dan akhurat. Doa kami sentiasa bersama anda.

20/03/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Di kesempatan yang indah ini, PIBG SMK Taman Tasik mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh warga SMK Taman Tasik, para ibu bapa, penjaga, guru-guru serta anak-anak pelajar yang dikasihi. Semoga segala salah dan silap, tutur kata dan perbuatan yang mengguris hati, dapat dimaafkan dengan hati yang terbuka.

Aidilfitri bukan sekadar perayaan, tetapi sebuah perjalanan hati: tentang keinsafan, pengorbanan dan kasih sayang. Setelah melalui bulan Ramadan yang penuh dengan didikan sabar dan keikhlasan, Syawal hadir membawa sinar kebahagiaan, menyatukan kembali hati-hati yang mungkin pernah terpisah, dan mengeratkan hubungan yang sedia terjalin.

Buat para guru yang tidak pernah jemu mendidik, dan ibu bapa yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada anak-anak, terima kasih atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan. Setiap usaha, doa dan harapan kalian adalah cahaya yang menerangi masa depan generasi kita.

Semoga Syawal ini membawa seribu makna—menguatkan ukhuwah, menyuburkan kasih sayang dan menghadirkan ketenangan dalam setiap jiwa. Marilah kita terus melangkah bersama, berganding bahu dengan penuh keikhlasan demi melihat anak-anak kita membesar sebagai insan yang berjaya dan berakhlak mulia.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.



19/03/2026

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.

Dengan penuh rasa dukacita, kami menerima perkhabaran bahawa seorang pelajar dari SMK Taman Tasik telah kembali ke rahmatullah pada 19 Mac 2026. Pemergian ini amat dirasai dan merupakan satu kehilangan besar buat keluarga, rakan-rakan serta warga sekolah.

Kami merakamkan ucapan takziah yang setulusnya kepada ahli keluarga arwah. Semoga mereka diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan ini. Didoakan agar roh arwah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.



Photos from PIB-G SMKTT's post 13/03/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pihak PIBG SMK Taman Tasik ingin memohon sokongan dan sumbangan daripada ibu bapa, alumni, NGO serta pihak swasta bagi merealisasikan pemasangan LED Screen di Dewan SMK Taman Tasik.

Dewan sekolah merupakan pusat utama pelbagai aktiviti seperti perhimpunan, program akademik, majlis rasmi, ceramah motivasi, aktiviti kokurikulum dan pelbagai program pembangunan pelajar. Dengan adanya LED Screen, penyampaian maklumat, pembentangan dan pelaksanaan program akan menjadi lebih interaktif, jelas dan selari dengan perkembangan era digital masa kini.

Kemudahan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pihak sekolah, malah akan memberi impak besar kepada lebih ramai pelajar dalam meningkatkan pengalaman pembelajaran, pendedahan teknologi serta kualiti penganjuran program di sekolah.

Sehubungan itu, kami amat mengalu-alukan sumbangan dana daripada ibu bapa, alumni, NGO dan pihak swasta* bagi menjayakan usaha ini sebagai satu pelaburan untuk kemudahan dan masa depan anak-anak SMK Taman Tasik.

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan memberi manfaat kepada generasi pelajar yang akan datang.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut:

Nama Akaun: PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik
Bank: CIMB Bank Berhad
No Akaun: 8011446510
Rujukan: Sumbangan LED Screen

Sekian, terima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua pihak.



13/03/2026

Ibu bapa dan penjaga yang dihormati,

Kami menjemput tuan/puan untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK TAMAN TASIK kali ke-39 dan Majlis Penetapan target SPM & STPM pada Hari ini , 14 Mac 2026 (Sabtu) , jam 7.45am bertempat di Dewan Ibnu Khaldun, SMK Taman Tasik.

Inilah ruang untuk kita bersama-sama berbincang, memberi pandangan dan menyokong usaha pihak sekolah dalam memastikan kebajikan serta kecemerlangan anak-anak sentiasa terpelihara.

Luangkan sedikit masa, kerana kehadiran tuan/puan adalah tanda sokongan besar kepada sekolah dan masa depan anak-anak kita.

Jumpa anda di sana!



08/03/2026

Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia kepada semua wanita hebat.
Wanita merupakan tunjang kekuatan dalam keluarga, masyarakat dan juga dunia pendidikan. Kecekalan, kebijaksanaan dan pengorbanan wanita sama ada sebagai ibu, pendidik mahupun pemimpin yang menjadi inspirasi kepada generasi masa hadapan.

Penghargaan Khas kepada para ibu dan wanita yang sentiasa menyokong kecemerlangan anak-anak serta kemajuan sekolah. Semoga semua wanita terus melangkah dengan yakin, dihargai atas segala jasa dan sentiasa menjadi sumber kekuatan kepada masyarakat.

Selamat Hari Wanita Sedunia.



Photos from PIB-G SMKTT's post 08/03/2026

Rewang Bubur Lambuk Perdana: Kerjasama Yang Menghangatkan Ramadan 1447 H

Alhamdulillah, pada 6 Mac 2026, buat julung kalinya Program Rewang Bubur Lambuk Perdana berjaya dilaksanakan di SMK Taman Tasik hasil kerjasama erat Pusat Khidmat Rakyat DUN Lembah Jaya, PEKAWANIS, USAHANITA, PWB dan PIBG SMK Taman Tasik. Program berlangusng dari jam 8.00 pagi hinggan 5.00 petang.

Seawal pagi, para sukarelawan berganding bahu di dapur rewang, mengacau kawah bubur lambuk dengan penuh semangat gotong-royong. Setiap kawah bukan sekadar berisi bubur, tetapi sarat dengan keikhlasan, kebersamaan dan kasih sayang komuniti. Hasilnya, bubur lambuk ini berjaya diagihkan kepada semua pelajar SMK Taman Tasik, membawa kegembiraan kecil yang cukup bermakna di bulan Ramadan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada YB Syed Ahmad, ADUN Lembah Jaya atas kesudian hadir ke sekolah dan meluangkan masa untuk bersama-sama menyantuni dan mengagihkan bubur lambuk kepada para pelajar. Kehadiran YB pastinya memberi kegembiraan dan kenangan manis buat warga sekolah.

Penghargaan penuh tulus juga kepada Puan Iryani, ahli PEKAWANIS merangkap isteri kepada YB Syed Ahmad, yang setia meluangkan masa dari awal pagi hingga tamat program, bersama-sama menyumbang tenaga dan semangat dalam menjayakan rewang ini.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak SMK Taman Tasik yang sudi menyediakan tempat serta memberi sokongan penuh sehingga program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Ucapan penghargaan khas kepada Puan Norita, selaku Penyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Lembah Jaya, yang begitu komited dan bertungkus-lumus memastikan setiap perancangan berjalan lancar.

Tidak dilupakan juga NGO USAHANITA yang bersama-sama mengerah tenaga dari awal hingga akhir, memperlihatkan semangat sukarelawan yang cukup luar biasa.

Dan yang paling dekat di hati, team Sukarelawan PIBG yang sentiasa hadir membantu tanpa mengira masa dan penat lelah. Dari persiapan awal, memasak, membungkus sehinggalah pengagihan, semuanya dilakukan dengan penuh dedikasi. kalian memang sangat hebat!

Jika ada kekurangan sepanjang program ini, kami mohon ampun dan maaf. InsyaAllah, pengalaman pertama ini akan menjadi kenangan yang sangat berharga dan ruang untuk kita memperbaiki serta memperkukuhkan lagi kerjasama pada masa hadapan.
Semoga semangat rewang, ukhuwah dan kebersamaan yang terjalin pada hari ini akan terus hidup dan memberi manfaat kepada warga SMK Taman Tasik.

Dari dapur rewang, lahirnya silaturrahim. Dari satu kawah, terjalin seribu kenangan. 🤍

-PIBG SMKTT



07/03/2026

Salam Nuzul Al-Quran kepada semua umat Islam. Semoga peristiwa agung turunnya Al-Quran ini terus mengingatkan kita untuk menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup, menerangi hati, serta memperkukuhkan iman dan amal kita.

Marilah kita memperbanyakkan membaca, memahami dan menghayati isi kandungan Al-Quran agar kehidupan kita sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.

Semoga Nuzul Al-Quran pada tahun ini membawa keberkatan, ketenangan dan kekuatan iman buat kita semua.

Salam Nuzul Al-Quran.



Photos from PIB-G SMKTT's post 05/03/2026

Mesyuarat AJK PIBG Bil 3 Sesi 2025/2026 telah berlangsung dengan jayanya.

📆 Tarikh: 31 Januari 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.00 pagi
🏫 Tempat: Bilik Mesyuarat Ibnu Sina, SMK Taman Tasik



05/03/2026

HEBAHAN PROGRAM REWANG & EDARAN BUBUR LAMBUK PERDANA DUN LEMBAH JAYA 2026

Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, dijemput untuk bersama-sama memeriahkan Program Rewang & Edaran Bubur Lambuk Perdana DUN Lembah Jaya yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 6 Mac 2026 (Jumaat)
📍 Lokasi: SMK Taman Tasik

Program ini dianjurkan dengan kerjasama:
• Pusat Khidmat Rakyat DUN Lembah Jaya
• PIBG SMK Taman Tasik
• PWB Dun Lembah Jaya
• PEKAWANIS
• USAHANITA

Untuk julung kalinya, agihan bubur lambuk akan diberikan kepada semua pelajar SMK Taman Tasik yang beragama Islam sebagai sebahagian daripada usaha menyemarakkan semangat Ramadan serta memupuk nilai kebersamaan dalam komuniti sekolah.

Marilah kita bersama-sama menyokong dan memeriahkan program kemasyarakatan ini. Semoga usaha ini membawa keberkatan dan mengeratkan lagi silaturahim dalam komuniti. 🌙





Photos from PIB-G SMKTT's post 05/03/2026

LAWATAN TAPAK PADANG SMK TAMAN TASIK

Pada 20 Januari 2026, pihak SMK Taman Tasik telah menerima kunjungan daripada SU YAB KPM, wakil JPN, PPD serta YB DUN Lembah Jaya bagi mengadakan lawatan tapak dan meninjau keadaan padang sekolah yang telah lama tidak dapat digunakan atas faktor keselamatan.

Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri keadaan semasa padang serta meneliti langkah yang boleh diambil bagi memastikan kemudahan ini dapat dipulihkan dan digunakan semula dengan selamat oleh warga sekolah.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang memandang serius isu ini serta sudi turun padang bagi menilai keadaan sebenar.

Semoga usaha dan perhatian yang diberikan ini akan membuka jalan kepada pemulihan padang sekolah, agar kemudahan tersebut dapat digunakan semula oleh para pelajar SMK Taman Tasik untuk aktiviti sukan dan kokurikulum pada masa akan datang. ⚽🏃‍♂️




Want your school to be the top-listed School/college in Ampang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Taman Tasik
Ampang
68000