27/08/2026
๐๐๐ ๐จ๐ก๐๐๐ ๐ ๐๐จ๐๐๐ ๐๐ ๐ ๐จ๐ฆ๐ง๐ข๐๐ ๏ทบ ๐๐ ๐ญ๐ฑ๐ฌ๐ญ & ๐ฃ๐๐๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ง๐๐ ๐๐๐ก๐ญ ๐๐ ๐ ๐๐ก๐๐ก
25 OGOS 2026 | 12 RABIULAWAL 1448H
Alhamdulillah, Kemuncak Maulid al Mustofa ๏ทบ ke 1501 dan Pelancaran Kitab Kanz al Minan Edisi Tahqiq telah berlangsung penuh kemeriahan di Sekolah Tinggi Islam As Sofa, Rembau, Negeri Sembilan.
Majlis dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan pembacaan Maulid Nur al Barraq, sebelum diteruskan pada jam 10.00 pagi dengan kata-kata aluan, bacaan al Quran dan pembacaan Maulid al Mirghani karya Sayyid Muhammad Uthman al Mirghani RA.
Majlis kemudiannya diserikan dengan tausiyah oleh Dr. Sayyid Mus'ab al Khair al Idrisi yang mengupas mengenai sifat Hikmah serta hubungannya dengan kebijaksanaan Rasulullah ๏ทบ sebagai pemilik sifat2 terpuji.
Sesungguhnya Hikmah merupakan antara sifat agung yang terpancar daripada keperibadian Rasulullah ๏ทบ. Kebijaksanaan Baginda ๏ทบ dalam menyampaikan Dakwah, mendidik umat, berinteraksi dengan manusia dan meletakkan sesuatu pada tempatnya menjadi teladan yang terus hidup untuk umat sepanjang zaman.
Seterusnya, majlis diserikan dengan ucapan Dato' Dr. Muhammad Fuad bin Kamaludin yang menyentuh mengenai perjuangan Dakwah As Sofa dalam memartabatkan syiar sambutan Maulid Nabi ๏ทบ sebagai penzahiran kecintaan dan khidmat kepada Rasulullah ๏ทบ.
Beliau turut menjelaskan bahawa penghayatan Maulid Nabi ๏ทบ hendaklah dilaksanakan dengan cara yang menepati Syariat Islam sebagaimana yang diajarkan oleh para Ulama' Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Kemeriahan majlis diteruskan dengan tayangan montaj dan gimik Pelancaran Kitab Kanz al Minan ala Hikam Abi Madyan Edisi Tahqiq.
Penerbitan kitab ini merupakan sebahagian daripada usaha memelihara, menyebarkan dan menghidupkan khazanah ilmu para Ulama'.
Kanz al Minan ala Hikam Abi Madyan merupakan kitab terjemahan syarah Hikam Abi Madyan al Ghauth RA oleh Ulama' tersohor Nusantara iaitu al 'Allamah Syeikh Daud ibn Abdullah al Fatoni RA.
Majlis bersurai sekitar jam 1.30 petang dan disambung pada sesi kedua dengan majlis diskusi kitab Kanz al Minan ala Hikam Abi Madyan oleh Dato' Dr Muhammad Fuad bin Kamaludin.