15/09/2021
Firman Allah SWT,
إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَالَ الْيَتَامَى ظُلْمًا إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ نَارًا وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيرًا
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka p**a akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.”
(Surah al-Nisa’: 10)
Demikian juga Allah S.W.T berfirman:
وَلاَ تَقْرَبُواْ مَالَ الْيَتِيمِ إِلاَّ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ حَتَّى يَبْلُغَ أَشُدَّهُ
Maksudnya: Dan janganlah kalian mendekati harta anak yatim melainkan dengan cara yang terbaik sehinggalah anak tersebut sampai kepada tempoh balighnya.
(Surah Al-An’aam: 152)
Kata Imam al-Baghawi Rahimahullah ketika mengulas berkenaan ayat ini: Yang dimaksudkan dengan cara yang terbaik itu adalah perbuatan yang memberikan maslahah kepada anak yatim serta mengembangkan harta tersebut. Rujuk Ma’alim Al-Tanzil, Al-Baghawi.
Berdasarkan ayat di atas juga dapat kita fahami bahawa menjadi suatu kewajipan kepada pengurus harta anak-anak yatim untuk menjaga harta mereka dan juga mengembangkannya serta berusaha untuk menggunakan harta tersebut pada tempat-tempat yang boleh memberikan maslahah kepada anak-anak yatim.
09/09/2021
Dr. Wahbah al-Zuhaili menyebut: Gambaran infaq mereka ini sama ada yang banyak mahupun sedikit adalah bagaikan kebun yang memiliki tanah yang baik dan subur. Pepohondan tumbuhannya berkembang dengan baik. Kebun ini terletak di dataran yang tinggi, yang memperoleh sinar matahari dan pengudaraan yang baik serta disirami oleh hujan yang lebat sehingga tumbuh-tumbuhannya menghasilkan buah dua kali ganda lebih banyak berbanding yang lain. Jika kebun itu disirami oleh hujan gerimis, maka hal itu pun sudah mencukupi dan mampu menjadikan pohon-pohonnya tumbuh dengan baik dan tetap menghasilkan buah yang melimpah. Hal ini disebabkan tanahnya yang subur dan kedudukannya yang strategik. Manakala sebab kenapa kebun yang dijadikan perumpamaan di sini adalah kebun yang berada di rabwah (dataran tinggi), kerana pohon dan tumbuhan yang ada di kawasan tinggi lebih baik dan buah yang dihasilkannya juga lebih baik.
Allah SWT dengan kemurahan-Nya mengembangkan infaq yang dikeluarkan oleh orang-orang yang ikhlas dan memberi mereka balasan yang lebih banyak seperti sebuah kebun yang menghasilkan buah dua kali ganda lebih banyak berbanding buah yang dihasilkan kebun-kebun yang lain. Hal ini bertujuan memujuk hati dan fikiran kita. (Lihat al-Tafsir al-Munir, 2/80)
Nabi SAW pernah bersabda:
إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ الصَّدَقَةَ ، وَيَأْخُذُهَا بِيَمِينِهِ ، فَيُرَبِّيهَا لأَحَدِكُمْ كَمَا يُرَبِّي أَحَدُكُمْ مُهْرَهُ ، حَتَّى إِنَّ اللُّقْمَةَ لَتَصِيرُ مِثْلَ أُحُدٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud.”
Riwayat al-Tirmizi (662). Beliau berkata, hadis hasan sahih.
Firman Allah SWT:
الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Maksudnya: Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka p**a tidak akan berdukacita.
(Surah al-Baqarah: 274)
Dr. Wahbah al-Zuhaili berkata: Allah SWT menjelaskan tentang pahala orang-orang yang berinfaq dan pahala berinfaq dalam setiap keadaan dan waktu. Barangsiapa yang bersedekah – baik pada waktu malam atau siang hari, dengan cara sembunyi-sembunyi atau terang-terangan, dalam keadaan dirinya sendiri memerlukan atau tidak – maka baginya pahala yang sempurna di sisi Tuhan. Tidak ada ketakutan baginya di akhirat dan tidak p**a dia merasa khuatir dan bersedih. Maksudnya tidak ada ketakutan baginya ketika menghadapi kedahsyatan hari Kiamat dan tidak p**a dia bersedih dan khuatir terhadap keadaan anak-anaknya setelah dia meninggal dunia. Dia juga tidak merasa sedih dan menyesali atas apa yang dia tidak mampu raih dari kehidupan dunia dan keindahannya. Ini kerana dia telah menjumpai apa yang jauh lebih baik daripada itu semua. (Lihat al-Tafsir al-Munir, 2/105)
Sebarang Sumbangan Wakaf, Derma, Infaq & segala bantuan boleh menyumbang ke Akaun Rasmi Maahad atas nama Maahad As-Sobirin Patoni Malaysia
Maybank : 562245508455
CIMB : 8602165260
Sumbangan anda bolehlah dimaklumkan ke :
016-6232873
untuk tujuan rekod wang sumbangan di akaun kami.
Jazakallah khair..Moga Allah sentiasa membuka dan memurahkan pintu rezeki kita semua aamiin
30/08/2021
Sifat cintakan tanah air merupakan salah satu sifat yang terpuji dan amat dituntut. Akan tetapi, agama melarang sifat ta’assub (fanatik) terhadap sesuatu bangsa atau kaum kerana agama ini bersifat rahmat kepada seluruh alam.
Telah berkata al-Asma’iy: Aku telah mendengar seorang a’rabiy (orang asing) berkata: Sekiranya kamu ingin tahu akan keadaan seseorang itu, maka lihatlah bagaimana dia cintakan negaranya, rindukan ahli keluarganya dan tangisannya di atas masanya yang telah lalu. [Lihat: al-Jadd al-Hathith fi Bayan ma Laisa bi Hadith, 1/85]
hadith di bawah ini iaitu hadith berkaitan sifat cintakan negara termasuk di dalam sebahagian tanda keimanan adalah hadith yang tidak sahih daripada Nabi SAW. Akan tetapi, tidak salah seseorang itu untuk mencintai negaranya atau tempat lahirnya kerana ia termasuk di dalam fitrah manusia sehinggakan Nabi SAW juga mencintai tempat lahir Baginda SAW iaitu Makkah berdasarkan kepada sebuah hadith:
29/08/2021
Oleh sebab itu, kita disunatkan untuk berpuasa pada hari Isnin dan Khamis sebagaimana dinyatakan di dalam mazhab kita iaitu mazhab al-Syafie Rahimahullah berdasarkan apa yang diceritakan oleh isteri Baginda SAW yang tercinta,
Kesimp**annya, kita dituntut untuk berpuasa pada hari Isnin dan Khamis berdasarkan hadith yang kami nyatakan. Antara hikmah kita diminta untuk banyak berpuasa pada hari-hari ini adalah berdasarkan hadith yang kami nyatakan iaitu pada hari-hari ini amalan dibentangkan oleh Malaikat kepada Allah SWT. Akhirnya, semoga Allah SWT menempatkan kita dalam kalangan orang yang beriman dan juga orang-orang yang sentiasa melakukan ketaatan kepada-Nya. Amin.
29/08/2021
Hadith ini tidak menafikan sabda Nabi SAW bahawa diangkat amalan malam sebelum amalan siang dan diangkat amalan siang sebelum amalan malam. Hal ini bagi membezakan antara diangkat dan juga dibentangkan. Ini kerana, amalan-amalan dihimpunkan selama seminggu dan dibentangkan pada dua hari ini (Isnin dan Khamis).
Kata Ibn Hajar bahawa tidak dinafikan bahawa diangkatnya amalan pada bulan Sya’ban berdasarkan hadith Nabi SAW bahawa sesungguhnya ia (bulan Sya’ban) adalah bulan yang diangkat padanya amalan dan aku lebih s**a amalanku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa bagi menunjukkan amalan itu terangkat iaitu amalan mingguan berbentuk terperinci dan manakala amalan tahunan p**a berbentuk umum. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 375/3]
setiap amalan akan diangkat dan dibentangkan kepada Allah SWT, sama ada amalan tahunan yang diangkat pada bulan Sya’ban sebagaimana dikhabarkan oleh Baginda SAW dan juga amalan mingguan yang akan diangkat pada hari Isnin dan Khamis. [Lihat: Hasyiah Ibn al-Qayyim bagi Sunan Abu Daud, 12:313]
29/08/2021
Firman Allah SWT lagi:
مَّا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ
al-Qaaf : 18
Maksudnya: “Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).”
Ayat di atas ini menunjukkan bahawa setiap apa yang dilakukan oleh manusia atau insan ini akan dicatat oleh malaikat dan ia juga akan dibentangkan di hadapan Allah SWT. Berdasarkan persoalan di atas, terdapat beberapa buah hadith sahih yang menceritakan akan hal sedemikian. Antaranya ialah:
28/08/2021
وقال النووي : قَالَ أَصْحَابُنَا ( يعني الشافعية ) : يُكْرَهُ إفْرَادُ يَوْمِ الْجُمُعَةِ بِالصَّوْمِ فَإِنْ وَصَلَهُ بِصَوْمٍ قَبْلَهُ أَوْ بَعْدَهُ أَوْ وَافَقَ عَادَةً لَهُ بِأَنْ نَذَرَ صَوْمَ يَوْمِ شِفَاءِ مَرِيضِهِ , أَوْ قُدُومِ زَيْدٍ أَبَدًا , فَوَافَقَ الْجُمُعَةَ لَمْ يُكْرَهْ . المجموع شرح المهذب ج/6 ص/479
Maksudnya: Telah berkata Imam An-Nawawi Rahimahullahu Taala : Telah berkata Ashab kami iaitu dikalangan ulama As-Syafii’yyah: Makruh semata-mata berpuasa sunat pada hari Jumaat, namun sekiranya bersambung puasa tersebut dengan hari sebelum atau selepasnya ataupun bertepatan hari Jumaat tersebut dengan adatnya sebagai contohya seseorang itu bernazar berpuasa apabila sembuh dari penyakitnya atau datangnya Zaid selalu pada hari Jumaat maka bertepatan perkara tersebut pada hari Jumaat maka puasa sunatnya tidak menjadi makruh. (Lihat Al-Majmu` Syarh al-Muhazzab, Juzuk 6 / 479).
Dapatlah difahami bahawa, sekiranya ibadah puasa sunat tersebut dicantumkan pada hari sebelumnya atau selepasnya maka tidaklah makruh berpuasa sunat pada hari-hari tersebut kerana ia tidak lagi menyerupai amalan yang dilakukan oleh mana-mana kaum.
Begitu juga, tidak makruh mengerjakan puasa semata-mata Jumaat, Sabtu atau Ahad sekiranya hari-hari tersebut dianjurkan oleh syarak untuk berpuasa seperti Hari Asyura atau Hari Arafah yang jatuh bertepatan pada hari-hari berkenaan atau tidak makruh bagi mereka yang megerjakan puasa sunat Nabi Daud (puasa selang seli diantara berpuasa sehari dan berbuka sehari) atau tidak makruh juga mereka yang mengerjakan puasa Qadha’ atau puasa nazar. (Lihat Nihayatul Muhtaj, Juzuk 3 / 209)
28/08/2021
Ulama menyatakan larangan di dalam hadis tersebut merujuk kepada larangan yang tidak putus (makruh). Manakala berpuasa semata-mata pada hari Ahad p**a diqiyaskan kepada ibadah puasa pada hari Sabtu. Menurut Ulama sebab menjadikan perbuatan ibadah puasa semata-mata itu makruh adalah kerana hari tersebut merupakan hari yang diagong-agongkan oleh orang-orang Yahudi. Manakala hari Ahad, hari yang diagong-agongkan oleh Nasrani. (Lihat Hasyiah Qalyubi wal Umairah, juzuk 2/94 & Mughni Muhtaj, juzuk 2 / 185)
28/08/2021
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله
Para ulama menjelaskan hukum mengerjakan ibadah puasa sunat semata-mata pada hari Sabtu atau Ahad adalah makruh. Begitu juga dimakruhkan melakukan puasa sunat pada hari Jumaat sahaja. (Lihat Tuhfatul Muhtaj dalam Hawasyi asy-Syarwani, juzuk 3/458, Nihayatul Muhtaj, juzuk 3/209 & Mughni Muhtaj, juzuk 2/ 184-185)
26/08/2021
Imam Nawawi dalam menjelaskan hadith ini menyebut: Ulama berkata, makna hadith ini adalah bahawa amalan si mati akan terputus dengan sebab kematiannya dan terputus juga pembaharuan pahala baginya kecuali dengan tiga amalan ini. Ini kerana ia menjadi penyebabnya. Anak yang soleh daripada usahanya. Manakala ilmu yang ditinggalkannya adalah dengan sebab pengajaran atau karangannya. Begitu juga sedekah jariyah iaitu wakaf.
Dalam hadith ini juga terdapat galakan supaya berkahwin untuk mendapat anak yang soleh. Pada hadis ini juga menunjukkan sahnya asal wakaf dan besar pahalanya. Di samping itu, diterangkan kelebihan ilmu serta galakan untuk memperbanyakkannnya. Begitu juga menggalakkan untuk mewariskan ilmu dengan cara pengajaran dan karya serta penerangan. (Lihat al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim ibn al-Hajjaj, 11/85)
Al-Khatib al-Syarbini berkata: Ulama telah mentafsirkan perkataan ‘sedekah jariah’ dalam hadis yang tersebut di atas itu dengan maksud wakaf, seperti mana kata Imam al-Rafi’i. Hal ini kerana pahala sedekah jariah terus menerus mengalir kepada orang yang melakukannya, sedangkan sedekah yang lain, pahalanya tidak berterusan mengalir sepertimana sedekah amal jariah atau wakaf. (Lihat Mughni al-Muhtaj, 10/87)
Oleh itu, dapat difahami bahawa sedekah jariyah adalah sedekah yang dilakukan di mana pahalanya berterusan mengalir sekalipun seseorang telah meninggal dunia seperti amalan wakaf.
Sebarang Sumbangan Wakaf, Derma, Infaq & segala bantuan boleh menyumbang ke Akaun Rasmi Maahad atas nama Maahad As-Sobirin Patoni Malaysia
Maybank : 562245508455
CIMB : 8602165260
Sumbangan anda bolehlah dimaklumkan ke :
016-6232873
untuk tujuan rekod wang sumbangan di akaun kami.
Jazakallah khair..Moga Allah sentiasa membuka dan memurahkan pintu rezeki kita semua aamiin
19/08/2021
Takrif Sedekah Jariyah
Berkenaan dengan takrif sedekah pada bahasa, ia dengan maksud kebenaran atau pemberian ikhlas dari hati yang bersih. Manakala pada istilah p**a, ulama’ menyebut sebagai pemberian semata-mata untuk mendekatkan kepada Allah dan mencari keredhaan Allah SWT. Hal ini selaras dengan firman Allah SWT:
إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ ۖ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Maksudnya: "Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau p**a kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan."
(Surah al-Baqarah: 271)
Syeikh al-Maraghi berkata: "Jika kamu mengeluarkan derma secara terbuka, maka cara seperti itu adalah lebih baik kerana ia akan menjadi teladan yang baik kepada orang lain, sehingga ada antara mereka yang akan menirunya. Di samping itu, zakat menjadi salah satu sendi ajaran Islam yang andaikata jika dia lakukan dengan sembunyi-sembunyi, maka orang yang enggan mengeluarkannya akan berasa bimbang untuk melakukannya. Tetapi jika kamu memberi kepada orang fakir secara diam-diam, maka itulah yang terbaik kerana ia dapat menjauhkan diri dari sifat riyak, bahkan sejajar dengan keterangan dalam hadith-hadith dan contoh-contoh perbuatan sahabat." (Lihat Tafsir al-Maraghi, 2/620).
Sebarang Sumbangan Wakaf, Derma, Infaq & segala bantuan boleh menyumbang ke Akaun Rasmi Maahad atas nama Maahad As-Sobirin Patoni Malaysia
Maybank : 562245508455
CIMB : 8602165260
Sumbangan anda bolehlah dimaklumkan ke :
016-6232873
untuk tujuan rekod wang sumbangan di akaun kami.
Jazakallah khair..Moga Allah sentiasa membuka dan memurahkan pintu rezeki kita semua aamiin
17/08/2021
Satu amalan yang tidak boleh sesekali ditinggalkan setiap kali selepas solat fardu adalah membaca ayat al-Kursi,
Ada antara kita selepas sahaja memberi salam, terus ‘lompat’ membaca surah al-Fatihah dan seterusnya membaca doa,
selepas ini pastikan walau sibuk macam mana sekalipun, kita tetap perlu membaca ayat al-Kursi kerana itu adalah amalan yang disarankan Nabi SAW.
Sebaiknya selepas memberi salam, kita perlu membaca istighfar sekurang-kurangnya tiga kali, kemudian membaca ayat al-Kursi serta zikir lain.
Abi Umamah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati.” (Riwayat al-Thabarani dan al-Nasa’ie - dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban).