Sekolah Kebangsaan Taman Muda, Ampang

Sekolah Kebangsaan Taman Muda, Ampang Berilmu, Berakhlak dan Berjasa. LATAR BELAKANG
Sekolah Kebangsaan Taman Muda mula ditubuhkan pada bulan Januari 1987.

Peringkat awal penubuhannya adalah bertempat di SRK Kampung Cheras Baru hanya pada sesi petang. Bilangan murid-murid pada masa itu adalah seramai 142 orang yang merupakan pelajar dari SRK Kampung Cheras Baru dan yang tinggal di kawasan taman-taman perumahan berdekatan Taman Muda. PERKEMBANGAN FIZIKAL
Sekolah kebangsaan Taman Muda akhirnya berjaya dipindahkan ke bangunan sendiri (seperti sekarang)

pada bulan April 1987. Peringkat awal perpindahan, sekolah ini mempunyai 2 blok bangunan 3 tingkat dan sebuah kantin. Ia meliputi 18 buah bilik darjah, sebuah bilik guru, sebuah pejabat, sebuah pusat sumber dan 5 buah stor / bilik serbaguna. Kemudian, bangunan sekolah ini bertambah dengan 2 blok setingkat 3 bilik dan sebuah blok setingkat 2 bilik. Pada tahun 1995, sebuah bangunan blok baru 3 tingkat telah dibina yang menempatkan 12 bilik darjah. Penghujung tahun 1999, sebuah bilik komputer (Bilik Bestari) telah berjaya diwujudkan bagi menempatkan beberapa komputer untuk pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Bilik bestari ini telah dilengkapi dengan rangkaian networking dan internet dan yang terkini WIFI. PERKEMBANGAN SEKOLAH
Sekolah ini telah berkembang dengan pesatnya sejak mula ia ditubuhkan. Pada awalnya hanya terdapat sebanyak 13 buah kelas dengan pelbagai aliran dari tahun 1 hingga tahun 6. Bilangan tenaga pengajar p**a adalah seramai 17 orang termasuk Guru Besar. Pada tahun 2009, jumlah murid telah meningkat kepada 1247 orang murid dan 69 orang guru termasuk Guru Besar,tiga orang Guru Penolong Kanan dan seorang Penyelia Petang. Adalah dijangkakan bilangan murid dan guru akan bertambah dari masa ke semasa berikutan perkembangan pesat kawasan perumahan sekitarnya.

Selamat hari guru buat para pendidik dari kami guru-guru SK Taman Muda! 🥳
14/05/2026

Selamat hari guru buat para pendidik dari kami guru-guru SK Taman Muda! 🥳

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan buat 2 murid wakil dr sekolah kita yg telah mengikutiProgram Jalinan Mahabbah Aidilf...
10/04/2025

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan buat 2 murid wakil dr sekolah kita yg telah mengikuti

Program Jalinan Mahabbah Aidilfitri

PPIM Peringkat Daerah Hulu Langat

Pada 10 April 2025

Bertempat di SMK Perimbun Cheras

SKTM telah mendapat tempat ke-4 (serta sijil pencapaian) dari 51 sekolah dalam acara Semanis Puteri Aidilfitri, memperagakan busana dari songket.

Tahniah diucapkan pada murid² cemerlang iaitu adik Qaseh Nurzulaikha dari kelas 6S dan Nur Iman Nashwa dari kelas 6M

28/03/2025
Kejohanan Merentas Desa SKTM 2025Hari : KhamisTarikh : 27.2.2025
27/02/2025

Kejohanan Merentas Desa SKTM 2025
Hari : Khamis
Tarikh : 27.2.2025

Assalamualaikum dan selamat sejahtera Makluman kepada ibu bapa / penjaga, *PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 KE SEKOLAH KEBANGSA...
26/02/2025

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Makluman kepada ibu bapa / penjaga,

*PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 KE SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MUDA MENGIKUT KALENDAR AKADEMIK SESI 2026 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)*

*SYARAT KEMASUKAN*
1. Warganegara *Malaysia*.
2. Kanak-kanak lahir *2 Januari 2019 hingga 1 Januari 2020.*

*ONLINE*
1. Bermula *1 Mac 2025 hingga 30 April 2025*
2. Layari https://idme.moe.gov.my

*CATATAN*
1. Ibu bapa perlu membuat permohonan secara *ONLINE*
2. Pendaftaran secara dalam talian boleh dibuat melalui Modul Pengurusan Awam, Sistem bersepadu Kementerian Pendidikan Malaysia (MOEIS) atau Imbas kod QR yang disediakan.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera Makluman kepada ibu bapa / penjaga, *PERMOHONAN KEMASUKAN  KE PRASEKOLAH KEMENTERI...
26/02/2025

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Makluman kepada ibu bapa / penjaga,

*PERMOHONAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) KALENDAR AKADEMIK SESI 2026*

*SYARAT KEMASUKAN*
1. Warganegara *Malaysia*.
2. Kanak-kanak lahir *2 Januari 2020 hingga 15 Januari 2022.*

*ONLINE*
1. Bermula *1 Mac 2025 hingga 30 April 2025*
2. Layari https://eprasekolah.moe.gov.my

*MANUAL*
1. Bermula *1 Mac 2025 hingga 31 Mei 2025*.
2. Borang boleh diambil di sekolah yang dimohon.

*CATATAN*
1. Ibu bapa digalakkan membuat permohonan secara *ONLINE*
2. Ibu bapa wajib menghantar borang & lampiran ke prasekolah untuk pengesahan.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan salam sejahtera 💐🏃KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2025🏃‍♂Tarikh: 27 Februari 2025 (Khamis)...
26/02/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera 💐

🏃KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2025🏃‍♂

Tarikh: 27 Februari 2025 (Khamis)
Masa: 7:30 pagi hingga 12:00 tengah hari
Penglibatan: Murid-murid Tahun 4, 5 dan 6
Anjuran: Unit Kokurikulum SKTM

17 FEBRUARI 2025 (ISNIN)PROGRAM 1ST DAY AT SCHOOLProgram 1st Day At School ialah kerjasama PDRM dan KPM bagi memastikan ...
17/02/2025

17 FEBRUARI 2025 (ISNIN)
PROGRAM 1ST DAY AT SCHOOL

Program 1st Day At School ialah kerjasama PDRM dan KPM bagi memastikan keselamatan sekolah, mencegah salah laku murid, serta mengeratkan hubungan melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS).

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Pegawai Perhubungan Sekolah,Sub Inspektor Vijaya Kumar dan Penolong Pegawai Perhubungan Sekolah,Sarjan Hairil kerana turut hadir dan meraikan kedatangan murid.

Hari Pertama Sesi Persekolahan 2025/2026. | 17 Februari 2025 (ISNIN) |Hari pertama persekolahan berjalan lancar. Murid-m...
17/02/2025

Hari Pertama Sesi Persekolahan 2025/2026. | 17 Februari 2025 (ISNIN) |

Hari pertama persekolahan berjalan lancar. Murid-murid disambut oleh Guru Besar,pentadbir dan guru-guru.
Kehadiran maskot Panda dan Si Katak turut memeriahkan hari pertama persekolahan.
Semoga anak-anak terus bersemangat untuk hadir setiap hari..Tahniah juga ibu bapa/penjaga yang hadir ke sekolah hari ini.
Tahniah kepada guru-guru yang telah membuat persiapan untuk menyambut kehadiran anak-anak.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Zaiazman bin Zainuddin@Hilmi,Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah dan Encik Ismail Fahami bin Idris,Pegawai Angkat Sekolah kerana turut hadir meraikan kedatangan anak-anak D'Muda.

Address

Sekolah Kebangsaan Taman Muda
Ampang
56100

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Friday 08:30 - 16:30

Telephone

+60342921354

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Taman Muda, Ampang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share