21/08/2024
hari ini saya melakukan kunjungan Muhibbah ke pejabat Pengasas dan Penasihat TAMRIN, Tok Abah Mohd Fadzilah Kamsah di pejabat beliau di Kajang, Selangor. dalam pertemuan hampir dua jam ini, saya melaporkan beberapa perkembangan dan perancangan terdekat TAMRIN untuk mengembleng tenaga bersama dalam agenda membangunkan ummah.
Kami bersetuju bahawa sebagai pemain industri pembangunan insan, kita perlu sentiasa meneroka ruang yang ada untuk merancakkan kerja dakwah dan tarbiyah dalam kesempatan ada di Malaysia sekarang. 'kerja ini banyak, kita perlu bergerak bersama membina negara' mungkin itulah rumusan saya dalam perbincangan tadi.
HIKMAH:
teringat antara kat-kata hikmah Tok Abah."dalam kesempatan yang kita ada ni, kita kena fokus untuk cari pahala, bukan cari piala. Piala kadang2 boleh bawa bala, pahala p**a boleh jadi pembela." saya mengangguk dalam keinsafan... Alhamdulillah.
Sebagai pertubuhan yang menjadi 'kelab ukhuwah' kepada trainer dan motivator muslim, TAMRIN(Trainer Motivator Islam Nasional) akan berusaha untuk memainkan peranan untuk menjadi pemudahcara di antara pemain industri dengan pihak pemegang taruh, untuk kebaikan kepada masyarakat umum.
TERDEKAT:
in sya Allah TAMRIN berhasrat unuk menghimpunkan para trainer/ motivator dan pemacu bidang pembangunan insan dalam satu persidangan untuk kita menghimpunkan suara untuk disampaikan kepada pihak berwajib. kita harap nanti kalaulah dapat PM sendiri boleh turun padang Bersama dengan 'murobbi ummah' yang gigih membina negara menerusi kaedah Latihan dan motivasi ini. untuk kebajikan para ahli, perkembangan industri, dan pembinaan generasi in sya Allah.
PENUTUP:
========
Selaku Presiden TAMRIN untuk sesi kali ini, saya mohon bantuan dan sokongan daripada rakan-rakan semua untuk sebarang idea dan bantuan kepakaran masing- masing. Saya pun ada banyak kekurangan dan kelemahan, mohon pandangan dan bantuan.