01/02/2017
[MEMUPUK MINAT SI KECIL MENGAJI]
TIPS #2 Teladan Dari Ibu Bapa
Anak-anak belajar dari contoh kedua ibu bapanya. Apa yang dilakukan oleh kita pasti akan lebih mudah di serap ke otaknya berbanding orang lain. Sebagai permulaan untuk menanamkan kebiasaan yang baik, ibubapa wajib terlebih dahulu melakukannya. Dengan mencontohkannya sahaja, anak akan terus mengikutnya tanpa kita suruh pun. Sebagai contoh, kalau kita mula nak bersolat dan mereka selalu melihat kita bersolat, tiba-tiba sahaja mereka nak bersolat juga. Mereka akan datang sendiri dan berdiri di sebelah kita. Pernah berlaku macam tu kan? :D
Sebab anak merupakan peniru setia kepada ibu bapa. Lihatlah, ada saja perkara yang hendak ditirunya. Ini masa emas mereka, berikan contoh yang terbaik juga dengan membaca al-Quran, mereka pasti ikut dan minta untuk di ajarkan. Mulakan sekarang ya tuan-tuan dan puan-puan. Ya, sekarang! :)