28/03/2020
Kenali pengasas IKEA dan usaha keras beliau dalam mengusahakan bisnes perabot terkenal dunia
IKEA adalah antara bisnes keperluan rumah yang paling terkenal di Malaysia. Kalau tak pernah beli perabot IKEA, pasti anda pernah merasai kelazatan makanan ala-ala Sweden di restoran mereka. Namun, di sebalik kejayaan IKEA menjadi peneraju bisnes keperluan rumah dunia, ada kisah kecekalan yang boleh kita contohi.
Pengasas IKEA iatu Ingvar Feodor Kamprad membesar dalam keluarga sederhana di sebuah ladang kecil bernama Elmtaryd. Dari ladang inilah beliau belajar erti disiplin dan usaha keras yang membentuk kejayaan yang dikecapinya sekarang.
1. Usaha keras dan kreativiti
Seawal usia 5 tahun, Kamprad mula berniaga dengan menjual mancis kepada jiran-jirannya. Pada usia 10 tahun, beliau sudah berjaya mengembangkan perniagaan kecilnya dengan menjual barangan lain seperti benih bunga, dekorasi pokok Krismas, dan pen. Pada tahun 1947, beliau mula menjual perabot bersama pengeluar tempatan. Namun, kolaborasi mereka terhenti tidak lama kemudian.
Kamprad tidak putus asa dan menggunakan kreativitinya untuk mereka produk sendiri yang kini menjadi kelebihan kepada IKEA berbanding pesaing-pesaing lain.
2. Disiplin
Untuk pengetahuan anda, Kamprad tidak pernah membuat sebarang pinjaman untuk mengembangkan perniagaan beliau. Beliau juga mempunyai visi untuk menubuhkan IKEA sejak umur remaja dan beliau gigih dalam menabung untuk merealisasikan impian itu.
Usaha Kamprad daripada umur 5 tahun ini amatlah unik dan hebat jika diambil kira kejayaan beliau sekarang. Jadi, jika anak anda menunjukkan minat untuk berniaga pada usia muda, jangan disekat usaha mereka. Sebaliknya, bantu mereka dari segi kewangan agar mereka boleh berjaya seperti Kamprad.
Anda juga boleh melabur untuk membina tabung untuk anak-anak.
Sumber: http://ow.ly/UmGv30oHAyC
Jom melabur dengan Pelaburan MARA Berhad (PMB Investment). PMB Investment merupakan dana unit amanah yang PERTAMA dan PALING LAMA di Malaysia.
Bukalah akaun pelaburan PMB Investment dengan pelaburan minima RM 100.
Sila klik link berikut untuk keterangan lanjut.
www.wasap.my/60166668246/PelaburanMARA
www.wasap.my/60166668246/PelaburanMARA
www.wasap.my/60166668246/PelaburanMARA