Mattik- Maahad Tahfiz Turath Integrasi Al-Ikhwan

Mattik- Maahad Tahfiz Turath Integrasi Al-Ikhwan MUMTAZ AMAL TARBIAH TAKWA ILMU KHALIFAH
(1)

๐Ÿ† TAHNIAH & SYABAS! ๐Ÿฅ‰Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Adik Mohammad Affan Maulana bin Saidi, pelajar MATTIK โ€“ Ma...
04/09/2026

๐Ÿ† TAHNIAH & SYABAS! ๐Ÿฅ‰

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Adik Mohammad Affan Maulana bin Saidi, pelajar MATTIK โ€“ Maahad Tahfiz Turath Integrasi Al-Ikhwan, yang telah mengharumkan nama MATTIK dan Negeri Selangor apabila berjaya meraih TEMPAT KETIGA (PINGAT GANGSA) dalam acara Silat Tanding Remaja Putera Kategori L di Kejohanan Pemilihan Atlet Remaja PSSGMK 2026 peringkat kebangsaan.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha, disiplin, kesungguhan serta semangat juang yang tinggi sepanjang latihan dan pertandingan. ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh dan mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Teruskan melangkah, teruskan berjuang dan teruskan mengharumkan nama MATTIK! ๐Ÿฅ‹๐Ÿ†๐Ÿฅ‰






๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Semarak Merdeka di MATTIK! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พPertandingan Hiasan Kelas Sempena Bulan Kebangsaan di MATTIK.Alhamdulillah, cukup teruja...
27/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Semarak Merdeka di MATTIK! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Pertandingan Hiasan Kelas Sempena Bulan Kebangsaan di MATTIK.

Alhamdulillah, cukup teruja melihat kreativiti, usaha dan semangat anak-anak MATTIK bersama para guru dalam menghias serta menceriakan kelas masing-masing dengan tema Kemerdekaan. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Setiap kelas mempunyai keunikan tersendiri โ€” ada yang mengetengahkan Jalur Gemilang, tokoh-tokoh kemerdekaan, prinsip Rukun Negara, sejarah tanah air serta pelbagai hasil seni kreatif yang penuh dengan mesej cintakan negara.

Bukan sekadar pertandingan menghias kelas, tetapi inilah antara usaha kita untuk menyemai semangat patriotisme, mengenali sejarah perjuangan dan memupuk rasa cinta kepada agama, bangsa dan negara dalam jiwa generasi muda.

Tahniah dan syabas kepada semua warga MATTIK! ๐Ÿ‘๐Ÿ‘
Menang atau kalah bukanlah ukuran utama, tetapi semangat, kerjasama dan kecintaan kepada Malaysia itulah yang paling berharga.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐ŸŽถ Memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul dengan Nasyid & Qasidah ๐ŸŒ™โœจAlhamdulillah, anak-anak MATTIK sekali lagi diberi keper...
25/08/2026

๐ŸŽถ Memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul dengan Nasyid & Qasidah ๐ŸŒ™โœจ

Alhamdulillah, anak-anak MATTIK sekali lagi diberi kepercayaan dan penghormatan menerima dua jemputan persembahan Nasyid & Qasidah sempena Program Maulidur Rasul.

๐Ÿ“ Surau Jumaat Al-Hilal, Pandan Jaya
๐Ÿ“ Surau Ubudiah, Ampang Jaya

Sebuah peluang yang sangat bermakna buat anak-anak MATTIK untuk menyerlahkan bakat, menyampaikan mesej kecintaan kepada Rasulullah ๏ทบ serta menghidupkan suasana dengan alunan Nasyid dan Qasidah yang mendidik jiwa.

๐ŸŒน Semoga setiap bait yang dialunkan menjadi wasilah menyemarakkan mahabbah kepada Rasulullah ๏ทบ, membentuk generasi yang mencintai sunnah dan sentiasa dekat dengan Allah SWT.

Tahniah anak-anak MATTIK!
Teruskan melangkah, berkarya dan berdakwah melalui seni yang penuh hikmah. ๐ŸŽถโค๏ธ






๐Ÿ† TAHNIAH ANAK-ANAK MATTIK! ๐Ÿ†Kejuaraan Pemilihan Remaja Kebangsaan PSSGMK Negeri SelangorAlhamdulillah, syukur atas keja...
25/08/2026

๐Ÿ† TAHNIAH ANAK-ANAK MATTIK! ๐Ÿ†

Kejuaraan Pemilihan Remaja Kebangsaan PSSGMK Negeri Selangor

Alhamdulillah, syukur atas kejayaan membanggakan anak-anak pelajar MATTIK yang telah menunjukkan semangat juang, disiplin dan prestasi cemerlang dalam pertandingan Silat Tanding.

๐Ÿฅ‡ PINGAT EMAS
Remaja Putera / Kelas L (InsyaAllah seterusnya ke peringkat Kebangsaan)
MOHAMMAD AFFAN MAULANA BIN SAIDI

๐Ÿฅˆ PINGAT PERAK
Remaja Putera / Kelas J
MUHAMMAD EQHBAL HELMIE BIN MOHAMMAD EZANNI

๐Ÿฅˆ PINGAT PERAK
Remaja Putera / Bebas 1
ALBY SYAIFANI NUHIB BIN GUSTANTO

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para juara atas kejayaan yang diraih! ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ”ฅ

Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha, meningkatkan prestasi dan mengharumkan nama MATTIK di pentas yang lebih tinggi.

Teruskan berjuang, teruskan melangkah!
๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿฅ‹๐Ÿ†

MATTIK โ€” Melahirkan Generasi Berilmu, Berdisiplin & Berdaya Juang.

๐ŸŒŸ TAHNIAH & SYABAS ANAK-ANAK MATTIK! ๐ŸŒŸAlhamdulillah, satu lagi pencapaian yang membanggakan buat anak-anak pelajar Maaha...
25/08/2026

๐ŸŒŸ TAHNIAH & SYABAS ANAK-ANAK MATTIK! ๐ŸŒŸ

Alhamdulillah, satu lagi pencapaian yang membanggakan buat anak-anak pelajar Maahad Tahfiz Turath Integrasi (MATTIK)! ๐ŸŽ‰

Dalam Festival Maulid Akbar Masjid Taman Tun Abdul Razak yang berlangsung semalam, anak-anak MATTIK telah mengharumkan nama institusi dengan pencapaian:

๐Ÿ† JOHAN โ€” Acara Hafazan Al-Quran
๐Ÿฅˆ NAIB JOHAN โ€” Acara Hafazan Al-Quran
๐Ÿฅˆ NAIB JOHAN โ€” Acara Nasyid

Tahniah dan syabas buat para pelajar atas usaha, kesungguhan dan disiplin yang ditunjukkan. Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan, malah menjadi bukti bahawa generasi Al-Quran mampu menyerlah dalam ilmu, seni dan bakat. ๐Ÿ“–โœจ

Terima kasih juga kepada para asatizah dan guru pembimbing yang tidak jemu mendidik, melatih dan membimbing anak-anak sehingga mencapai kejayaan.

Semoga kemenangan ini menjadi pembakar semangat untuk terus mencintai Al-Quran, memperindah akhlak dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

MATTIK โ€” Melahirkan Generasi Al-Quran, Berilmu & Berakhlak. ๐ŸŒฟ

๐Ÿฉบ CERAMAH KESIHATAN PROSTARSebahagian anak-anak pelajar Maahad Tahfiz Turath Integrasi Al-Ikhwan (MATTIK) berkesempatan ...
20/08/2026

๐Ÿฉบ CERAMAH KESIHATAN PROSTAR

Sebahagian anak-anak pelajar Maahad Tahfiz Turath Integrasi Al-Ikhwan (MATTIK) berkesempatan menyertai Ceramah Kesihatan PROSTAR anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) & Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Gombak.

Program ini memberi pendedahan dan kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan menjaga kesihatan, mengamalkan gaya hidup sihat serta mencegah penyakit sejak usia muda.

Semoga perkongsian yang diberikan dapat menjadi ilmu yang bermanfaat dan membentuk generasi pelajar yang sihat, cergas dan berilmu. ๐ŸŒฟ๐Ÿ’ช

Terima kasih diucapkan kepada pihak KKM dan PKD Gombak atas usaha dan komitmen dalam menyampaikan pendidikan kesihatan kepada anak-anak pelajar MATTIK.

MATTIK โ€” Ilmu โ€ข Amal โ€ข Takwa โ€ข Cemerlang

๐Ÿ“š UJIAN LISAN BAHASA ARAB SPM ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฆSuasana sebahagian para pelajar sedang tekun menghadapi Ujian Lisan Bahasa Arab SPM.Semo...
20/08/2026

๐Ÿ“š UJIAN LISAN BAHASA ARAB SPM ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฆ

Suasana sebahagian para pelajar sedang tekun menghadapi Ujian Lisan Bahasa Arab SPM.

Semoga anak-anak pelajar diberikan ketenangan, keyakinan dan kelancaran dalam menjawab setiap soalan. ๐Ÿคฒ

Teruskan berusaha, berdoa dan bertawakal. Semoga segala usaha yang dicurahkan membuahkan kejayaan cemerlang dalam SPM, khususnya dalam Bahasa Arab. ๐ŸŒŸ

ุงู„ู„ู‡ู… ูŠุณุฑ ูˆู„ุง ุชุนุณุฑุŒ ุฑุจ ุชู…ู… ุจุงู„ุฎูŠุฑ

Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan buat semua calon. ๐Ÿ’š๐Ÿ“–






๐Ÿ“š SEMINAR BAHASA ARAB Alhamdulillah, telah berlangsung Seminar Bahasa Arab bersama Ustaz Mohd Saudi bin Abdullah, Guru P...
11/08/2026

๐Ÿ“š SEMINAR BAHASA ARAB

Alhamdulillah, telah berlangsung Seminar Bahasa Arab bersama Ustaz Mohd Saudi bin Abdullah, Guru Pakar Bahasa Arab SPM.

Seminar ini memberi fokus kepada pemantapan penguasaan Bahasa Arab, serta strategi untuk meningkatkan pencapaian cdalam peperiksaan.

Semoga perkongsian ilmu dan pengalaman daripada guru pakar ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta serta menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi dalam Bahasa Arab

Bahasa Arab bukan sekadar bahasa untuk dipelajari, tetapi bahasa ilmu, wahyu dan peradaban.

๐ŸŒฟ Teruskan belajar, teruskan berusaha dan teruskan membina kecemerlangan.





๐Ÿ“ PEPERIKSAAN TRIAL SPM 2026 MATTIKAlhamdulillah, beberapa hari ini para pelajar Tingkatan 5 Maahad Tahfiz Turath Integr...
06/08/2026

๐Ÿ“ PEPERIKSAAN TRIAL SPM 2026 MATTIK

Alhamdulillah, beberapa hari ini para pelajar Tingkatan 5 Maahad Tahfiz Turath Integrasi Al-Ikhwan (MATTIK) sedang menduduki Peperiksaan Percubaan (Trial) SPM 2026 dengan penuh kesungguhan dan disiplin.

Peperiksaan ini merupakan medan persediaan terbaik sebelum menghadapi SPM sebenar. Semoga setiap usaha, doa dan pengorbanan para pelajar, guru serta ibu bapa dipermudahkan dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang.

Rasulullah ๏ทบ bersabda:

"Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga." (Riwayat Muslim, no. 2699)

Kami memohon doa daripada semua agar Allah SWT mengurniakan kepada seluruh calon SPM MATTIK: ๐Ÿคฒ Ketenangan hati
๐Ÿคฒ Kefahaman yang baik
๐Ÿคฒ Kemudahan menjawab soalan
๐Ÿคฒ Keputusan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

"Ya Allah, permudahkanlah urusan mereka, lapangkan dada mereka, kuatkan ingatan mereka, dan kurniakanlah kejayaan yang terbaik."

๐Ÿฅ‹ LATIHAN SILAT MINGGUAN MATTIK ๐Ÿฅ‹Alhamdulillah, latihan silat mingguan pelajar Maahad Tahfiz Turath Integrasi Al-Ikhwan ...
31/07/2026

๐Ÿฅ‹ LATIHAN SILAT MINGGUAN MATTIK ๐Ÿฅ‹

Alhamdulillah, latihan silat mingguan pelajar Maahad Tahfiz Turath Integrasi Al-Ikhwan (MATTIK) telah berlangsung dengan penuh semangat, disiplin dan kesungguhan.

Silat bukan sekadar seni mempertahankan diri, bahkan menjadi medium membentuk jati diri, keberanian, adab, disiplin, fokus serta ketahanan fizikal dan mental para pelajar.

Semoga setiap langkah latihan menjadi asbab lahirnya generasi MUMTAZ, AMAL, TARBIYAH, TAQWA, ILMU dan KHALIFAH yang berakhlak mulia serta mampu berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

"Badan yang sihat, akal yang cerdas, jiwa yang kuat โ€“ asas kepada seorang mukmin yang berkualiti."

Address

No. 15, Jalan 14/3, Taman TAR
Ampang
68000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mattik- Maahad Tahfiz Turath Integrasi Al-Ikhwan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Mattik- Maahad Tahfiz Turath Integrasi Al-Ikhwan:

Shortcuts

Share

Category