Kolej Komuniti Ampang Selangor

Kolej Komuniti Ampang Selangor

Share

Kolej Komuniti mula beroperasi pada tahun 2013 menawarkan program DTT, DMT dan STT.

Kolej Komuniti Ampang mula beroperasi pada tahun 2013 menawarkan program Diploma Teknologi Telekomunikasi dan Diploma Mobile Technology. Satu lagi program baru yang akan dijalankan bermula November 2016 ialah Sijil Teknologi Telekomunikasi.

Photos from Kolej Komuniti Ampang Selangor's post 10/06/2026

πŸ€–βš½ 19th FIRA Cup 2026 @ Politeknik Kota Bharu

Alhamdulillah, selesai sudah cabaran pasukan Kolej Komuniti Ampang dalam kategori MyBot Soccer 3vs3 di Politeknik Kota Bharu.
Tahniah kepada semua peserta yang telah menunjukkan semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan komitmen yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung.

Semoga pengalaman ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan pada masa akan datang. πŸ”₯πŸ’ͺ

Game On. Learn. Improve. Repeat.

#

Photos from Kolej Komuniti Ampang Selangor's post 09/06/2026

πŸ† 19th Malaysia FIRA RoboWorld Cup 2026 πŸ€–

Kontinjen Kolej Komuniti Ampang beraksi dalam 3 kategori pertandingan di Politeknik Kota Bharu.

⚽ MyBOT Soccer 3 vs 3
πŸ”Ή 2 pasukan mewakili gabungan KKAS & SEMINDA
πŸ”Ή Setiap pasukan terdiri daripada 1 pelajar Kolej Komuniti dan 2 pelajar sekolah

πŸ€– Sumo Warrior 1KG (RC Manual)
πŸ† Juara Bertahan 2 Tahun Berturut-Turut
πŸ”Ή Diwakili oleh 2 pelajar KKAS yang membawa cabaran untuk mempertahankan kejuaraan

πŸ€– Sumo Warrior 3KG (Autonomous)
πŸ”Ή Diwakili oleh 2 pelajar KKAS

Di sebalik pertandingan ini adalah usaha berbulan-bulan dalam sesi pembinaan, pengujian, penambahbaikan dan latihan bagi memastikan robot berada pada tahap terbaik untuk bersaing di pentas kebangsaan.

Semoga kontinjen KK Ampang diberikan kejayaan dan terus mengharumkan nama institusi dalam bidang robotik serta TVET.

Opening Minds, Creating The Future πŸš€

RoboticsTVET

06/06/2026

Sebanyak 270 institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) mencatat kadar kebolehpasaran graduan kira-kira 99.5 peratus, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata pencapaian membanggakan itu membuktikan bahawa institusi TVET MARA berada di garisan paling hadapan dalam menjayakan agenda TVET negara yang kini memasuki fasa TVET 2.0.

Berita penuh di https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2565274

06/06/2026

πŸ“ŒKerajaan benarkan pengunaan dana Program Berimpak Tinggi sehingga RM50 juta untuk TVET 2.0 - PM Anwar

πŸ“ŒBadan latihan penyelidikan kerajaan wajib beri latihan bidang baharu kepada pelajar TVET terpilih mulai Julai - PM Anwar

Anwar Ibrahim

06/06/2026

✨ Tahniah kepada Kolej Komuniti Ampang atas pencapaian cemerlang memperoleh 100% Penarafan Bintang Kualiti Data MyMoheS (5 Bintang) bagi cut-off date 31 Disember 2025.

Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan warga kolej dalam memastikan pengurusan data yang berkualiti, tepat dan berintegriti demi menyokong kecemerlangan pendidikan TVET negara.

Syabas dan tahniah kepada seluruh warga Kolej Komuniti Ampang atas dedikasi dan usaha yang membanggakan ini.

🌟🌟🌟🌟🌟

Opening Minds, Creating the Future





Photos from Kolej Komuniti Ampang Selangor's post 06/06/2026

Telah berlangsung sesi perkongsian "30 Minit Bersama Abam Fiber dan Adek Internet" yang disampaikan oleh En. Khairul Azha dan En. Shafiq sempena Hari TVET Negara 2026 di Dataran Putrajaya.

Sesi ini memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai teknologi gentian optik, dunia telekomunikasi serta amalan terbaik dalam pengendalian infrastruktur rangkaian yang menjadi tulang belakang komunikasi digital masa kini.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan sokongan sepanjang sesi berlangsung.

Opening Minds, Creating The Future.





05/06/2026

𝟏𝟏 π‡π€π‘πˆ 𝐒𝐀𝐇𝐀𝐉𝐀 π‹π€π†πˆ!
Pengesahan setuju terima ke Kolej Komuniti Ampang (KKAS) bagi π’πžπ¬π’ 𝐈 πŸπŸŽπŸπŸ”/πŸπŸŽπŸπŸ• sebelum πŸπŸ” 𝐉𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”.
Sijil Teknologi Telekomunikasi (STT)
Buat rayuan sekarang di:
https://ambilan.mypolycc.edu.my/
Untuk maklumat lanjut: dan sebarang pertanyaan boleh hubungi 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐒 ππžπ§π πšπ¦π›π’π₯𝐚𝐧 Kolej Komuniti Ampang, π„π§πœπ’π€ Hafiz Bin Baharuddin di
talian 𝟎𝟏78218081 atau http://wasap.my/60178218081/nakmasukKKAS
Syabas!!! Apa tunggu lagi. Langkah JUARA anda bermula bersama






04/06/2026

Kalau anda tertanya-tanya apa sebenarnya yang ada di Hari TVET Negara 2026… ini jawapannya.

Bukan sekadar dewan pameran biasa.
Bukan juga hanya reruai untuk tengok-tengok.

HTN 2026 membawakan 6 hub berbeza yang dipenuhi teknologi, pertandingan, peluang kerjaya, seminar industri dan pelbagai aktiviti menarik yang anda sendiri boleh terokai.

Daripada β€˜Drone Soccer’ hingga pameran kerjaya. Daripada seminar industri hingga teknologi masa depan.

Memang banyak pengalaman menarik yang menanti anda di sana!

πŸ“ Dataran Putrajaya
πŸ“… 5 – 7 Jun 2026 (Jumaat-Ahad)

TVET Pilhan Utama Kerjaya.






TVETForAll
POLYCCPilihanPasti

Info lanjut:

https://www.facebook.com/share/p/1Da1XPVrFp/?mibextid=wwXIfr

https://www.instagram.com/p/DZKQYZEGo-V/?igsh=anJjY3Btd2N0czFp

Photos from Politeknik.kolejkomuniti's post 03/06/2026
03/06/2026
Want your school to be the top-listed School/college in Ampang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Medan Bukit Indah 4, Taman Bukit Indah
Ampang
68000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00