10/10/2025
Belajar Al Quran di Masjid Nabawi, Madinah Al Munawwarah..
Belajar dan Mengajar Al Quran Penganjuran bengkel akan diadakan di seluruh negara dan juga luar negara mengikut permintaan dan sambutan.
Bengkel yang dianjurkan adalah kelolaan Nadi Al Baghdadi Centre (NAC), Pandan Prima dengan kerjasama Hadeef Training and Consultancy. Pihak kami juga menerima undangan daripada pihak sekolah, IPTA/S dan juga jabatan kerajaan/swasta.
10/10/2025
Belajar Al Quran di Masjid Nabawi, Madinah Al Munawwarah..
09/04/2025
[MOTIVASI PESARA : BAHAGIAN 1]
Begitu pantas masa berlalu. Jika sebelum ini, masa yang ada dimanfaatkan untuk berkhidmat di medan pekerjaan, kini tibalah masa untuk bersara. Ia berkait rapat tentang umur seorang manusia.
Umur adalah peluang berharga kepada kita untuk menggandakan ketaatan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.
1. Siapakah manusia yang terbaik?
عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِى بَكْرَةَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَجُلاً قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَىُّ النَّاسِ خَيْرٌ قَالَ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ قَالَ فَأَىُّ النَّاسِ شَرٌّ قَالَ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَسَاءَ عَمَلُهُ
Dari Abdurrahman bin Abu Bakrah, dari bapanya, bahawa seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang terbaik?”
Baginda SAW menjawab, “Orang yang panjang umurnya dan baik amalnya”. Dia bertanya lagi, “Lalu siapakah orang yang terburuk?” Baginda SAW menjawab, “Orang yang berumur panjang dan buruk amalnya”.
[HR. Ahmad; Tirmidzi; dan al-Hâkim.]
2. Sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam:
يَكْبَرُ ابْنُ آدَمَ وَيَكْبَرُ مَعَهُ اثْنَانِ حُبُّ الْمَالِ وَطُولُ الْعُمُرِ
Anak Adam semakin tua, dan dua perkara semakin besar juga bersamanya: cinta harta dan panjang umur.
[HR. Bukhâri, no: 5942]
3. Doa Mohon Penghujung Umur yang Baik.
Sabda Nabi SAW:
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ عُمْرِي آخِرَهُ ، وَخَيْرَ عَمَلِي خَوَاتِمَهُ ، وَخَيْرَ أَيَّامِي يَوْمَ أَلْقَاكَ
Maksudnya: "Ya Allah! Jadikanlah sebaik-baik umurku adalah pada penghujungnya dan sebaik-baik amalanku sebagai penutupnya. Dan jadikanlah sebaik-baik hariku, adalah hari di mana daku berjumpa dengan-Mu kelak.”
[Riwayat al-Tabarani]
Semoga fasa persaraan ini kita dapat memanfaatkan umur dengan sebaik-baiknya, terutama membina hubungan yang paling istimewa dengan Al Quran.
SHARE
Jom meriahkan Bulan al-Quran ini dengan belajar asas membaca al-Quran melalui Kaedah Madaniyyah! 😊
SHARE