21/08/2026
[ PROGRAM : DAURAH TINGKATAN 1 ]
14 - 15 OGOS 2026, AMPANG - Badan Dakwah dan Kerohanian Sekolah Menengah Islam (Arab) Ilmi telah mengadakan program iaitu ‘Daurah Tingkatan 1’ di sekolah .
Antara objektif program ini adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah agar anak-anak tingkatan 1 Ilmi dipermudahkan segala urusan serta menyatukan dan mengeratkan hubungan ikatan silaturrahim dalam kalangan guru-guru dan para pelajar.
Program ini bermula pada pukul 3 petang hari Jumaat dan tamat pada pukul 12:00 tengahari hari Sabtu.Daurah bagi tingkatan 1 ini bertemakan ‘Matin Al-Khuluk’ yang bermaksud akhlak yang mantap. Seterusnya, pelbagai aktiviti yang bermanfaat telah dijalankan antaranya membuat khidmat masyarakat (gotong royong), sesi ceramah, latihan dalam kumpulan dan bermacam lagi. Program ini hanya disertai oleh para pelajar tingkatan 1 Sekolah Menengah Islam (Arab) Ilmi.
Semoga dengan program yang diadakan ini dapat mengukuhkan lagi kesatuan dan memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga Ilmi dan semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah SWT.
“Membentuk Generasi Rabbani”
Badan Dakwah dan Kerohanian, Sekolah Menengah Islam (Arab) Ilmi tahun 2026
’26