Sidang Redaksi SMKTT

Sidang Redaksi SMKTT

Share

Unit Majalah SMKTT menghasilkan "Cetusan Tasik" sebagai duta kecil untuk menyampaikan wadah sekolah

Photos from Sidang Redaksi SMKTT's post 08/05/2026

PERKAMPUNGAN ILMU SIRI 1 2026

SPM 2026 akan menjelma beberapa bulan lagi.

Unit Kurikulum SMKTT merancang pelbagai program Peningkatan Akademik untuk murid-murid Ting 5 calon-calon SPM. Program Perkampungan Ilmu adalah salah satu daripadanya.

Di sebalik tekanan dan debaran, terserlah keazaman untuk cemerlang di wajah-wajah polos para calon SPM.

Sama-sama kita doakan semoga dipermudahkan urusan mereka, dan mendapat keputusan cemerlang yang diharapkan 🀲🏼.

Untuk Batch 09, semoga yang baik-baik sahaja.
Get up, dress up, show up and never give up ✊🏼

07/05/2026

Sekitar Perkampungan Ilmu Siri 1 2026

05/05/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Ilahi, ingin memaklumkan bahawa mulai hari ini saya telah secara rasmi bersara daripada perkhidmatan sebagai pengetua di SMK Taman Tasik.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya tujukan kepada seluruh warga SMK Taman Tasik atas komitmen, kesetiaan dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi sepanjang saya menerajui sekolah ini.

Sesungguhnya, setiap detik kebersamaan, cabaran yang ditempuh serta kejayaan yang dikecapi bersama akan sentiasa terpahat sebagai kenangan yang amat berharga dalam lipatan perjalanan hidup saya.

Saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas segala kekhilafan dan kekurangan sepanjang tempoh saya berkhidmat.

Doa dan harapan saya agar SMK Taman Tasik akan terus melakar kecemerlangan, dipacu dengan semangat kebersamaan, keikhlasan dan dedikasi semua warganya.

Terima kasih atas segalanya.

Ikhlas,
Zainun binti Muda

30/04/2026

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 6 SESI 2026/2027

Photos from Sidang Redaksi SMKTT's post 21/04/2026

Kuat simbahan cahaya matahari menikam kulit, kuat lagi semangat anak-anak muda Tasik bertarung di trek.

Kejohanan Olahraga Tahunan 2026 melabuhkan tirai pada 15 April lalu dengan pencapaian berikut:

Johan:
Rumah DAHLIA

Naib Johan:
Rumah CEMPAKA

Olahragawan 2026:
MUHAMMAD YAZMIN DANIEL BIN YUSAINI
- Dahlia

Olahragawati 2026:
NURUL IZZAH ZAAKIRAH BINTI MOHD ZATUL IKRAM
- Kenanga

Olahragawan Harapan:
MUHAMMAD AIDIL ASHRAF BIN MOHD AIZAT
- Anggerik

Olahragawati Harapan:
FIA DANIA BINTI SHAHRUL HISHAM
- Dahlia

Johan Perbarisan:
Rumah ANGGERIK

Ribuan gambar disertakan pada pautan berikut:

https://drive.google.com/drive/folders/1hdSHSagYGnBo1bPMiZT2s1IfImwXyyGS

Tahniah & terima kasih kepada semua yang terlibat!! ✊🏼🌹πŸ”₯

Photos from Sidang Redaksi SMKTT's post 19/04/2026
15/04/2026

Sekitar Kejohanan Olahraga Tahunan 2026

Want your school to be the top-listed School/college in Ampang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Taman Tasik Tambahan, 68000 Ampang
Ampang
68000