11/05/2026
perhimpunan Bulanan Kokurikulum - TKRS
turut dihadiri En Mohd Rosmainie Bin Mohd Aspar, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SK Ampang, Laman Rasmi, School, Jalan Merbau, Kg Melayu Ampang, Ampang.
11/05/2026
perhimpunan Bulanan Kokurikulum - TKRS
turut dihadiri En Mohd Rosmainie Bin Mohd Aspar, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM
10/05/2026
π₯ KEM WIRA GENERASI MADANI TKRS HULU LANGAT 2026 π₯
π Melahirkan generasi muda yang berdisiplin, berani dan berdaya saing melalui semangat kepimpinan serta jati diri yang tinggi.
π
Tarikh: 8 β 10 Mei 2026
π Tempat: SK Lembah Jaya, Ampang
Pelbagai aktiviti menarik menanti peserta seperti:
β
Hafazan & Pengucapan Awam
β
Bantu Mula
β
Orienteering
β
Tali Temali
β
Kraf Perkhemahan
Semoga program ini menjadi medan membentuk ahli TKRS yang cemerlang, berakhlak dan bersemangat waja selaras dengan aspirasi Generasi MADANI. πͺπ
09/05/2026
Majlis perpisahan dan pertukaran salah seorang guru di SK Ampang.
Benarlahβ¦ kata pepatah pergi membawa seribu kenangan, tinggal sejuta memori bersama kami π
Terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian daripada cerita kami di sini, seorang guru yang tegas mendidik, prihatin membimbing serta amat dikenali dan disenangi oleh murid-murid serta ibu bapa. Banyak jasa dan bakti dicurahkan sepanjang berkhidmat sebagai Guru Disiplin SK Ampang. βοΈ
Ustazah Norazila Signing Off (2021-2026)
Guru Disiplin SK Ampang
Kini melangkah ke Bahagian Pendidikan Islam, KPM
Unit Perancangan Dasar Pendidikan Islam
09/05/2026
πβ¨ PELANCARAN NILAM, HARI NILAM SELANGOR (HANIS) & KEMPEN GALAKAN MEMBACA β¨π
Warga Sekolah Kebangsaan Ampang telah menjayakan Program NILAM sesi pagi dengan penuh semangat dan keceriaan! π
Program ini bertujuan menyemai budaya membaca dalam kalangan murid serta memupuk minat terhadap ilmu pengetahuan sejak usia muda. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi menggalakkan murid menjadikan membaca sebagai amalan harian. ππ‘
Terima kasih kepada semua guru, murid dan warga sekolah yang memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga budaya membaca terus mekar di SK Ampang demi melahirkan generasi berilmu dan berwawasan. β€οΈ
βMembaca Amalan Muliaβ πβ¨
09/05/2026
ππ₯ KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-53 π₯π
Sekolah Kebangsaan Ampang
π
25 April 2026
π Stadium MPAJ
Tahniah dan syabas kepada semua murid, guru, ibu bapa serta warga SK Ampang yang telah menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-53 dengan penuh semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama. πͺβ¨
Gelanggang menjadi saksi semangat juang, keberanian dan bakat luar biasa para atlet muda SK Ampang. Menang atau kalah bukan ukuran utama, tetapi semangat berpasukan, usaha dan pengalaman yang paling berharga. πββοΈπββοΈπ
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan program berjalan lancar dan meriah. Semoga semangat kesukanan ini terus subur dalam diri setiap murid. β€οΈππ
04/05/2026
PELANCARAN NILAM, HARI NILAM SELANGOR (HANIS)
& KEMPEN GALAKAN MEMBACA 2026 TAHAP 1
04 MEI 2026
DEWAN TERTUTUP SK AMPANG
28/04/2026
π Rancangan Pendidikan Malaysia 2026β2035
Melakar masa depan pendidikan yang lebih holistik, inklusif dan berdaya saing.
Berteraskan 5 Ciri Murid Insan Sejahtera, 5 Tumpuan Utama, dan 7 Teras Strategik, usaha ini memfokuskan kepada pembangunan murid yang seimbang dari segi sahsiah, ilmu, kemahiran dan jati diri.
β¨ Bersama kita menyokong transformasi pendidikan demi melahirkan generasi masa hadapan yang cemerlang dan berdaya tahan.
-2035
24/04/2026
MAKLUMAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK AMPANG KALI KE-53
Dimaklumkan bahawa Kejohanan Olahraga Tahunan SK Ampang Kali Ke-53 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
π Tarikh: 25 April 2026
β° Masa: 7.30 pagi β 12.30 tengah hari
π Tempat: Stadium MPAJ
Ibu bapa dan penjaga dijemput hadir bagi memeriahkan kejohanan serta memberikan sokongan kepada anak-anak yang mengambil bahagian.
Kerjasama dan kehadiran tuan/puan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
24/04/2026
KEPUTUSAN RASMI SUKANTARA KALI KE-53
Dimaklumkan bahawa kejohanan telah berlangsung dengan lancar sepanjang minggu ini.
Tahniah kepada semua pemenang dan peserta atas semangat kesukanan serta komitmen yang ditunjukkan.
Terima kasih juga kepada guru-guru rumah sukan dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini.
20/04/2026
Dengan penuh rasa bangga, dimaklumkan bahawa salah seorang murid kita telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan meraih pingat gangsa di peringkat antarabangsa dalam sukan karate.
Beliau telah menyertai 15th Silent Knight International Karate Cup 2026 yang berlangsung pada 17 hingga 19 April 2026 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Pencapaian ini amat membanggakan dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Lekhhakhirtana dari kelas 4 Proaktif!
Semoga terus cemerlang di persada antarabangsa. πͺβ¨
17/04/2026
Tahniah dan syabas kepada semua peserta catur SK Ampang yang telah menyertai Kejohanan Catur MSSD Hulu Langat 2026 di Amerin Mall, Seri Kembangan pada 15/4 (individu) dan 17/4 2026 (berpasukan).
Keputusan murid kita adalah seperti berikut:
π
Uwais Izzuddin β Tempat ke-116 daripada 306 pesertaπ₯
π
Nur Muhammad, Khaleef & Hamzah - Tempat ke-57 daripada 72 pasukanπ₯
Walaupun belum berjaya meraih sebarang pingat, semua peserta telah menunjukkan komitmen yang baik.
Terima kasih atas doa dan sokongan yang hebat daripada semua pihakβ¨
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |