SK Ampang, Laman Rasmi

SK Ampang, Laman Rasmi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SK Ampang, Laman Rasmi, School, Jalan Merbau, Kg Melayu Ampang, Ampang.

TAHNIAH DAN SYABAS, MUHAMMAD DANIEL QALISHA! ALHAMDULILLAH!Tahniah diucapkan kepada MUHAMMAD DANIEL QALISHA BIN MOHD SHA...
10/08/2026

TAHNIAH DAN SYABAS, MUHAMMAD DANIEL QALISHA!

ALHAMDULILLAH!

Tahniah diucapkan kepada MUHAMMAD DANIEL QALISHA BIN MOHD SHAHRUMNIZAM atas pencapaian membanggakan dalam Kejohanan Olahraga MSS Selangor (MSSS) 2026 bagi acara Lompat Tinggi.

Tempat Ke-4
Catatan: 1.48 meter

Satu pencapaian yang sangat membanggakan!
Tahniah Daniel atas usaha, semangat dan kesungguhan yang telah ditunjukkan sepanjang kejohanan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru jurulatih olahraga, barisan pentadbir, guru-guru serta seluruh warga SK Ampang atas segala sokongan dan dorongan yang diberikan kepada Daniel.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha, memperbaiki prestasi dan melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

Syabas Daniel! Terus melompat lebih tinggi!






TAHNIAH DAN SYABAS TUSPA SK AMPANG! Sekalung tahniah diucapkan kepada Pasukan TUSPA SK Ampang atas kejayaan membanggakan...
10/08/2026

TAHNIAH DAN SYABAS TUSPA SK AMPANG!

Sekalung tahniah diucapkan kepada Pasukan TUSPA SK Ampang atas kejayaan membanggakan dalam Perkhemahan Integrasi & Pertandingan Kemahiran TUSPA Peringkat Negeri Selangor 2026 yang telah berlangsung pada 4 hingga 6 Ogos 2026 bertempat di SK Assam Jawa, Kuala Selangor.

πŸ… PENCAPAIAN TUSPA SK AMPANG

πŸ₯ˆ Kawad Kaki Lelaki – Naib Johan Negeri Selangor
πŸ₯‰ Kawad Kaki Perempuan – Tempat Ketiga Negeri Selangor

Lebih membanggakan, Kontinjen Hulu Langat turut mencipta kejayaan dengan dinobatkan sebagai:

πŸ† KONTINJEN TERBAIK LELAKI
πŸ† KONTINJEN TERBAIK PEREMPUAN

Kejayaan ini membuktikan bahawa usaha, disiplin, semangat berpasukan dan komitmen yang tinggi mampu menghasilkan pencapaian yang membanggakan.

πŸ’ Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan pentadbir, guru-guru, jurulatih, ibu bapa serta seluruh warga SK Ampang atas segala sokongan, kerjasama, masa, tenaga dan sumbangan yang diberikan dalam memastikan kejayaan pasukan TUSPA ini.

Tahniah buat semua peserta yang telah mengharumkan nama SK Ampang dan Daerah Hulu Langat di peringkat negeri. Teruskan berusaha, teruskan berdisiplin dan teruskan melakar kecemerlangan!

Anda semua kebanggaan SK Ampang! ❀️πŸ’ͺ🏻

🌟 SYABAS TUSPA SK AMPANG!
🌟 SYABAS KONTINJEN HULU LANGAT!
🌟 SK AMPANG TERUS CEMERLANG!







TAHNIAH & SYABAS PASUKAN KAWAD KAKI TUSPA DAN PENGAKAPSekalung tahniah diucapkan kepada pasukan Pengakap dan TUSPA SK Am...
04/08/2026

TAHNIAH & SYABAS PASUKAN KAWAD KAKI TUSPA DAN PENGAKAP

Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan Pengakap dan TUSPA SK Ampang yang telah mewakili Daerah Hulu Langat dalam Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Piala Dato’ Menteri Besar Selangor 2026 yang berlangsung pada 3 Ogos 2026 (Isnin) di Kem Paya Jaras, Sungai Buloh.

Keputusan pertandingan:
TUSPA SK Ampang – Tempat Ketiga (Kategori Perempuan)

Pengakap SK Ampang – Tempat Keempat (Kategori Lelaki Sekolah Rendah)

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua murid yang telah menunjukkan semangat, disiplin dan komitmen sepanjang pertandingan. Ucapan terima kasih juga kepada guru-guru jurulatih atas segala usaha, bimbingan dan pengorbanan dalam melatih pasukan sehingga berjaya mengharumkan nama SK Ampang dan Daerah Hulu Langat.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

πŸ“’ MAKLUMAN KEPUTUSAN PERMOHONAN TAHUN 1 SESI AKADEMIK 2027Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumkan bahawa keputus...
03/08/2026

πŸ“’ MAKLUMAN KEPUTUSAN PERMOHONAN TAHUN 1 SESI AKADEMIK 2027

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa keputusan Permohonan Tahun 1 Sesi Akademik 2027 telah boleh disemak melalui portal idMe mulai 1 Ogos 2026.

Perhatian kepada ibu bapa/penjaga:

βœ… Permohonan BERJAYA

* Tidak perlu membuat pengesahan melalui sistem idMe.
* Tidak perlu hadir ke sekolah untuk membuat pengesahan.
* Nama murid akan didaftarkan ke sekolah yang diluluskan secara automatik.

βœ… Permohonan RAYUAN

* Rayuan hanya boleh dibuat melalui sistem idMe.

πŸ“Œ Penting
Semua ibu bapa/penjaga diminta mencetak dan menyimpan surat kelulusan sebagai rujukan. Ini kerana surat tawaran penempatan tidak akan disimpan dalam sistem idMe selepas sistem ditutup. Kegagalan menyimpan surat tersebut adalah di bawah tanggungjawab ibu bapa/penjaga.

Harap maklum dan terima kasih.

PEMILIHAN PEMAIN BOLA SEPAK MSSS KE MSSM 2026Seluruh warga SK Ampang mengucapkan tahniah kepada Muhammad Ikram Shah bin ...
30/07/2026

PEMILIHAN PEMAIN BOLA SEPAK MSSS KE MSSM 2026

Seluruh warga SK Ampang mengucapkan tahniah kepada Muhammad Ikram Shah bin Shah Rizal dari kelas 6 Kreatif, yang merupakan pemain utama bola sepak SK Ampang dan wakil Hulu Langat Bawah 12 Tahun, atas pemilihannya ke Sesi Pemilihan Pemain Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Selangor (MSSS) ke Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Tahun 2026.

πŸ“… Tarikh: 29 & 30 Julai 2026
πŸ“ Tempat: Radia Arena, Bukit Jelutong (Kategori Bawah 12 Tahun)
πŸ•£ Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang

Semoga Ikram Shah diberikan kesihatan, dipermudahkan segala urusan, dan berjaya mempamerkan aksi terbaik sepanjang sesi pemilihan. Sama-sama kita mendoakan agar beliau berjaya terpilih mewakili Selangor (MSSS) ke Kejohanan Bola Sepak MSSM 2026.

Selamat maju jaya, Ikram Shah! Kami warga SK Ampang sentiasa mendoakan kejayaanmu.

KEJOHANAN RED GIANT CUP SERIES 1 2026Tahniah kepada pasukan bola sepak SK Ampang yang telah menyertai Kejohanan Red Gian...
30/07/2026

KEJOHANAN RED GIANT CUP SERIES 1 2026

Tahniah kepada pasukan bola sepak SK Ampang yang telah menyertai Kejohanan Red Giant Cup Series 1 2026 dengan menghantar dua pasukan, iaitu kategori Bawah 10 Tahun (U10) dan Bawah 12 Tahun (U12).

Kedua-dua pasukan telah mempamerkan persembahan yang membanggakan dan berjaya mara sehingga peringkat suku akhir, sekali gus menempatkan diri dalam kelompok 8 pasukan terbaik kejohanan.

Syabas dan tahniah kepada semua pemain serta barisan jurulatih atas komitmen dan semangat juang yang ditunjukkan sepanjang kejohanan. Semoga pengalaman ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan pada masa akan datang.

Berikut merupakan keputusan perlawanan pasukan SK Ampang.

Semoga berjaya kepada pasukan dalam kejohanan yang akan datang.

Pencapaian Kokurikulum Peringkat KebangsaanTahniah dan syabas kepada dua orang murid SK Ampang yang telah mewakili Neger...
28/07/2026

Pencapaian Kokurikulum Peringkat Kebangsaan

Tahniah dan syabas kepada dua orang murid SK Ampang yang telah mewakili Negeri Selangor Girls U12 ke Junior National Touch Championship (JNTC) 2026 serta berjaya meraih Tempat Ketiga πŸ₯‰ daripada 10 negeri yang bertanding.

Kejohanan ini telah berlangsung di UKM Bangi pada 18–19 Julai 2026.

Wakil murid SK Ampang:
Nur Kafiya Taufiqiyah binti Shariman Effendi (6 Kreatif)
Dhia Afrina Shafiqah binti Shafiq Afendy (6 Kreatif)

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SK Ampang untuk terus mengharumkan nama sekolah, negeri dan negara pada masa akan datang.
Unicorns Touch Rugby

πŸ“’ PERHATIAN IBU BAPA / PENJAGA MURID TAHUN 6 πŸ“’Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumkan bahawa permohonan Ujian PK...
10/07/2026

πŸ“’ PERHATIAN IBU BAPA / PENJAGA MURID TAHUN 6 πŸ“’

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa permohonan Ujian PKSK (Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus) bagi kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sesi 2027 kini telah dibuka.

πŸŽ“ Sekolah yang terlibat: βœ… Sekolah Berasrama Penuh (SBP) βœ… Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) βœ… Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) βœ… Kolej Vokasional (KV)

πŸ—“οΈ Tarikh Permohonan: 10 Julai 2026 hingga 14 Ogos 2026

πŸ“Œ Permohonan boleh dibuat melalui: Tingkatan 1:
https://spskt1.moe.gov.my

⚠️ Peringatan penting: Pastikan semua maklumat yang diisi adalah tepat, lengkap dan sahih bagi mengelakkan sebarang masalah semasa proses permohonan.

Jangan lepaskan peluang ini untuk memberikan laluan pendidikan terbaik kepada anak-anak. Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga berjaya!

πŸ“£ UPDATE KEJOHANAN BOLA JARING MSSD HULU LANGAT 2026Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan. SK Ampang ber...
06/07/2026

πŸ“£ UPDATE KEJOHANAN BOLA JARING MSSD HULU LANGAT 2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan. SK Ampang berjaya meraih tempat ketiga bagi kumpulan A dalam Kejohanan Bola Jaring MSSD HULU LANGAT 2026.

Meskipun tidak berjaya mara ke peringkat seterusnya, kami tetap bersyukur dan berbangga dengan semangat serta usaha gigih yang telah ditunjukkan oleh semua pemain. Pelbagai cabaran dan pengalaman manis serta pahit telah kami tempuhi sepanjang tempoh persediaan ke kejohanan ini.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemain dan jurulatih yang setia bersama hingga ke akhirnya. Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada Ibu bapa, Para pentadbir dan guru-guru juga atas segala sokongan dan sumbangan yang telah diberikan untuk pasukan tahun ini.

Terima kasih atas segala sokongan yang tidak pernah putus. Insya-Allah, kami akan terus bangkit, berusaha dan kembali dengan lebih kuat pada tahun hadapan.



-Excellent

03/07/2026

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, tahniah kepada semua Pasukan Unit Beruniform SK Ampang yang telah menyertai Pertandingan Kawad Kaki TKRS dan PBB 2026. Keputusan yang diperoleh ialah TKRS – Tempat Ke-6, TUSPA – Johan dan Pengakap – Johan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Guru Besar, barisan pentadbir, semua guru, ibu bapa dan penjaga, serta qariah Masjid Al-Mustaqim, Taman Nirwana atas segala sokongan, doa dan kerjasama yang diberikan. Semoga Allah SWT membalas segala jasa dan kebaikan semua. Tahniah buat seluruh warga SK Ampang!

Address

Jalan Merbau, Kg Melayu Ampang
Ampang
68000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60342564342

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Ampang, Laman Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Ampang, Laman Rasmi:

Shortcuts

Share

Category